Cloudbric

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cloudbric merupakan syarikat teknologi maklumat yang dibangunkan oleh Penta Security Systems Inc. yang menawarkan sekuriti-sebagai-perkhidmatan (SECaaS) dan solusi aplikasi web tembok api (WAF). Perkhidmatan ini meliputi perlindungan daripada serangan-serangan laman web seperti suntikan SQL, penskripan tapak silang, peniruan identiti dan serangan DDoS dalam lapisan aplikasi. Cloudbric menggunakan teknologi teras 100% berasaskan perkakasan WAPPLES[1] yang dibangunkan oleh syarikat induknya. Penta Security mengumumkan pertubuhan Cloudbric Business Edition pada bulan Mac 2016 dengan visi untuk menawarkan penyelesaian yang lebih fleksibel untuk pelbagai perusahaan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2015, konsep ‘sekuriti untuk semua’ dicadangkan kepada ahli-ahli lembaga Penta Security Systems. Seterusnya, lahirlah syarikat Cloudbric. Cloudbric diberi lessen teknologi Enjin Analisis Logik dan tempoh percubaan selama 3 bulan. Tempoh ini adalah untuk menguji perkhidmatan Cloudbric khususnya dalam bidang sekuriti-sebagai-perkhidmatan (SECaaS). Dalam masa 6 bulan selepas perlancaran, Cloudbric memperoleh sebanyak 1,227 orang pengguna, yang mana 75 penggunanya merupakan pengguna yang aktif.[3]

Hasil daripada sokongan Penta Security Systems, Cloudbric berkembang dan memperoleh pelbagai perkongsian dari seluruh dunia dengan pangkalan pelanggan yang antarabangsa.

Pada bulan Mei 2016, Cloudbric bekerjasama dengan Pentadbiran Perniagaan Kecil Amerika Syarikat (SBA) dan menjadi penganjur inisiatif untuk meraikan Minggu Perniagaan Kecil Kebangsaan (National Small Business Week).[4]

Dalam bulan Julai tahun yang sama, Penta Security Systems bekerjasama dengan pakar pengimbasan kerentanan yang berasas di Israel, iatitu GamaSec bagi meningkatkan platform imbasan kerentanan yang sedia ada dengan mendaftarkan perkhidmatan sekuriti web Cloudbric.[5]

Pada bulan Oktober 2016, Cloudbric dianugerahkan juara Kesedaran Sekuriti Siber Kebangsaan (National Cyber Security Awarenenss Month) untuk dua tahun berturut-turut.[6] Ini merupakan usaha kerjasama antara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat dan Perikatan Sekuriti Siber Nasional bagi mempromosikan kesedaran terhadap keselamatan dalam talian.

Seiring dengan itu pada 20 Oktober, CEO Penta Security System juga mengulas kejayaan Cloudbric. Jumlah akaun aktif yang menggunakan servis ini melepasi 3,900 akaun, iaitu hampir dua kali ganda berbanding dengan jumlah pada awal tahun 2016.[7]

Komponen[sunting | sunting sumber]

Model untuk kos Cloudbric berbeza dari perkakasan induk WAPPLES kerana kadar perbayaran berdasarkan jumlah trafik laman web dan bukannya ciri-ciri perkhidmatan premium yang ditawarkan. Dengan memadan gubah rekod Nama Domain laman web untuk mengarahkan trafik laman web melalui Cloudbric, ia dapat menapis laman-laman web daripada serangan-serangan web.

  • Aplikasi Web Tembok Api [WAF] – Perlindungan terhadap 10 top kerentanan OWASP dan sebagainya
  • CDN – Pengoptimuman laman web
  • Perlindungan DDoS – Perlindungan DDoS untuk lapisan ke-3, 4 dan 7
  • SSL – Sijil SSL percuma kepads pengguna-pengguna bagi memastikan komunikasi web yang selamat antara laman web dan pelayan web

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Cloudbric dinamakan Solusi Sekuriti SME yang terbaik oleh SC Majalah Awards 2016 di Eropah.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.pentasecurity.com/press-releases/format-preserving-encryption-sample-vendor/
  2. ^ http://www.prweb.com/releases/2016/03/prweb13283964.htm
  3. ^ http://thestartupmag.com/cloudbric-effect/
  4. ^ https://www.sba.gov/about-sba/sba-newsroom/press-releases-media-advisories/national-small-business-week-2016-full-swing-cosponsors-make-week-possible
  5. ^ http://www.prweb.com/releases/cloudbric/partnerships/prweb13546558.htm
  6. ^ http://www.bizcommunity.com/Article/196/661/151399.html
  7. ^ http://english.etnews.com/20161021200003
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-16. Dicapai pada 2017-07-28.