Cluster 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"Cluster 5" ialah nama yang diberikan kepada varian mutasi virus SARS-CoV-2. Cluster 5 ditemui di Region Nordjylland, Denmark, dan disyaki disebarkan dari cerpelai ke manusia menerusi penternakan cerpelai. Pada 4 November 2020, populasi cerpelai di Denmark diumumkan akan dimusnahkan untuk mencegah kemungkinan penyebaran mutasi ini dan mengurangkan risiko mutasi baru. Kurantin wilayah dan sekatan perjalanan dilaksanakan di tujuh perbandaran Region Nordjylland untuk mencegah penyebaran mutasi yang dapat menepis pandangan negara atau dunia terhadap pandemik COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa Cluster 5 memiliki kepekaan yang agak menurun untuk meneutralkan antibodi.[1] Institut Serum Negara (Statens Serum Institut, SSI) Denmark memperingatkan bahawa mutasi ini dapat mengurangkan kesan vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan, meskipun tidak mungkin menjadikan vaksin tidak berguna. Setelah kuarantin wilayah dan pengujian besar-besaran, SSI mengumumkan Cluster 5 kemungkinan besar telah musnah pada 19 November 2020.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "6 countries find coronavirus at mink farms; fears mutation could hinder vaccine". The Times of Israel. 2020-11-08. Dicapai pada 2020-11-09. Italy, the Netherlands, Spain and Sweden are the other nations to have discovered SARS-CoV-2 in minks, WHO said in a statement.
  2. ^ "De fleste restriktioner læmpes i Nordjylland". Sundheds- og Ældreministeriet. 19 November 2020.