Coburg Badge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Coburg-Insigne
Coburg-Insigne

Coburg Badge (Coburger Abzeichen atau Lencana Coburg) adalah lencana pertama yang diiktiraf sebagai anugerah kebangsaan NSDAP (Parti Nazi).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 1922 Adolf Hitler memimpin 800 askar penggempur SA dan sebuah band dengan menaiki keretapi ke Coburg untuk satu perhimpunan mingguan. Setibanya disana, beberapa pergaduhan jalanan memuncak dengan puak berhaluan kiri dan puak komunis berlaku. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada pihak Nazi. Kemudian, hari tersebut dikenali sebagai Deutscher Tag in Coburg (Hari Rakyat Jerman di Coburg).[1]

Anugerah dan status[sunting | sunting sumber]

Hitler mengarahkan Lencana Coburg dibuat pada 14 Oktober 1932 bagi memperingati peristiwa tersebut yang berlaku 10 tahun lepas, pada hari Sabtu, 14 Oktober 1922, dan memberi penghormatan kepada para peserta.[1] Ini dibuat sebelum Hitler berkuasa pada Januari 1933. Lencana tersebut berukuran 40mm lebar dan 54mm tinggi. Ia diperbuat daripada gangsa dan memaparkan sebilah pedang yang dihunus kebawah menyilangi lambang swastika didalam satu kalungan bunga berbentuk bujur. Di atas kalungan tersebut terdapat Istana Coburg dan perkampungan. Didalam kalungan ini tertulis, MIT HITLER IN COBURG 1922-1932 (Bersama Hitler di Coburg 1922-1932).[1][2]

Pada November 1936, Hitler memberikan "perintah" baru untuk "Darjah dan Anugerah" Reich Ketiga. Anugerah utama NSDAP disenaraikan mengikut perintah ini: 1. Coburg Badge; 2. Nuremberg (Nürnberg) Party Badge of 1929; 3. SA Treffen at Brunswick 1931; 4. Golden Party Badge; 5. The Blood Order; diikuti oleh lencana-lencana Gau dan Golden HJ Badge.[1][3]

Pada 1 Ogos 1939, Reichsführer-SS Heinrich Himmler memerintahkan mana-mana anggota SS (samada lain-lain pangkat atau pegawai) yang memakai Coburg Badge sememangnya layak memakai cincin Totenkopf. Nota: Oleh kerana Coburg Badge biasanya tidak direkodkan dalam fail LLP, arahan tersebut memerlukan anggota lain-lain pangkat menyediakan bukti yang mereka telahpun dianugerahkan Coburg Badge.[4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Angolia 1989, m/s. 197.
  2. ^ Robin Lumsden, Medals and Decorations of Hitler's Germany
  3. ^ Dombrowski, Hanns (1940), Orders, Ehrenzeichen und Titel.
  4. ^ Gottlieb, Craig, The SS TOTENKOPF RING: An Illustrated History from Munich to Nuremberg.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138165.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gottlieb, Craig. The SS TOTENKOPF RING: An Illustrated History from Munich to Nuremberg. ISBN 978-0-7643-3094-0