Cochin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cochin kini Kochi, ialah sebuah bandar di dalam negeri kerala, India. Buat beberapa abad sehingga dan termasuk zaman Raj British bandar Kochi merupakan pusat kerajaan putera Kochi. Sejarah Kochi berbalik beberapa abad, sewaktu ia menjadi pusat perdagangan rempah India. Pada zaman itu, Kochi dikenali oleh orang Yavana (Yunani dan Rom purba, Yahudi, Arab dan orang China.[1]Kochi menjadi pusat perdagangan penting selepas kemusnahan Cranganore (kini Kodungallur akibat banjir besar Sungai Periyar pada tahun 1341 M.[2]
Rujukan bertulis berhubung Kochi terdapat dalam buku-buku karya pengembara China Ma Huan, sewaktu lawatannya ke Kochi dalam band ke-15 sebagai sebahagian anggota armada Laksamana Cheng Ho.[3] Kochi juga disebut dalam laporan pengembara Itali Niccolò Da Conti yang melawat Cochin dalam tahun 1440.[4] Kini, Kochi ialah hab perdaganan Kerala,[5] dan satu daripada metro yang membangun pesat di India.[6]

Pra-sejarah[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak yang diketahui tentang zaman pra-sejarah Cochin.

Kerajaan diraja[sunting | sunting sumber]

Sejarah Cochin sebelum kedatangan orang Portugal tidak dirakamkan dengan baik. Mahupun tempat-tempat di bahagian utara dan selatan Cochin dirakamkan dengan terperinci oleh pengembara zaman kuno, nama Cochin tidak disebut sehingga kedatangan orang Portugis.

Pemerintahan kuasa asing[sunting | sunting sumber]

Cochin jatuh ke bawah pemerintahan beberapa empayar. Dalam tempoh ini Raja Cochin kekal digelar ketua negara.

Zaman Portugal (1503–1663)[sunting | sunting sumber]

Kuil Istana Mattancherry yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Portugal oleh Raja Cochin, Veera Kerala Varma

Cochin merupakan penempatan Eropah pertama di India. Dalam tahun 1500 M, Laksamana Portugal Pedro Álvares Cabral mendarat di Cochin setelah ditangkis di Calicut. Raja Cochin yang bermusuhan dengan raja Calicut mengalu-alukan kedatangan tetamunya dan satu perjanjian persahabatan dimeterai antara kedua-dua negara. Cabral dan penggantinya berjanji dengan raja Cochin untuk membantu Cochin menentang Calicut; namun berundur apabila berdepan dengan tentera Calicut (Zamorin). Ini membuta raja Portugal tidak berpuas hati dan beliau menghantar Vasco Da Gama, yang membedil Calicut dan memusnahkan pos-pos perdagangan Arab. raja Cochin meneruskan pakatannya dengan Portugal bagi menentang Calicut.

Lama kelamaan kuasa raja Cochin menurun sementara Portugal bertambah berkuasa dan dari tahun 1503 sehingga 1663, Kochi diperintah Portugal. Pada tahun 1530, Santa Francis Xavier tiba dan mengasaskan pusat mubaligh Kristian.[7]

Zaman Belanda (1663–1773)[sunting | sunting sumber]

Istana Bolgatty, dibina pada tahun 1744 oleh pedagang Belanda

Pemerintahan Portugal diganti oleh Belanda (Malabar Belanda). Ahli keluarga diraja Cochin yang tidak berpuas hati menjemput Belanda membantu menggulinkan Raja Cochin.

Serangan Mysore[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1773 conquest Raja Mysore menyerang Cochin dan Raja Cochin terpaksa membayar ufti buat seketika.

Zaman British (1814–1947)[sunting | sunting sumber]

Cochin pada zaman kolonial

Pada tahun 1814, mengikut syarat-syarat Treati Inggeris–Belanda tahun 1814, kepulauan Cochin, dan tanah jajahnnya diserahkan kepada pihak British sebagai ganti Pulau Banka yang diserahkan kepada Belanda.[8]

Era pasca-kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

India mencapai kemerdekaan daripada British dalam tahun 1947 dan Cochin merupakan negeri diraja pertama yang menyertai persatuan India dengan rela hati..[9] Selepas beberpa siri penggabungan, Cochin digabungkan ke dalam negeri Mysore dan pada tahun 1956, Kerajaan India mewujudkan negeri baharu, Kerala, yang menyerap Cochin, Malabar, Travancore dan Kasargod.[10]

Notes[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History of Ernakulam". Ernakulam Portal. National Informatics Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-15. Dicapai pada 2006-05-23.
  2. ^ "Emergence of Kochi harbour". History of Kochi. Centre For Heritage Studies, India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-15. Dicapai pada 2006-05-23.
  3. ^ Ma Huan: Ying Yai Sheng Lan – translated by J.V.G. Mills (1970). The Overall Survey of the Ocean's Shores. Hakluyt Society, White Lotus Press. ISBN 974-8496-78-3.
  4. ^ "Accounts of Nicolo de' Conti (ca.1395-1469)". Niccolo di Conti. win.tue.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2006-05-23.
  5. ^ "The Economy of Kochi— Trade & Industry in Kochi". Kochi Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-03. Dicapai pada 2006-05-23.
  6. ^ Rakee Mohan (2006-04-08). "Developing metro and quaint environs". Economic Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2006-05-23.
  7. ^ "Death of Vasco Da Gama in Kochi". MSN Encarta Encyclopedia. Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-01. Dicapai pada 2006-05-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Kochi Rajyacharithram by KP Padmanabha Menon. P(1914)
  9. ^ "History and culture of Kochi". Corporation of Kochi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-03. Dicapai pada 2006-05-23.
  10. ^ Plunkett, R, Cannon, T, Davis, P, Greenway, P & Harding (2001). Lonely Planet South India, Lonely Planet. ISBN 1-86450-161-8.CS1 maint: multiple names: authors list (link)