Selakant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Coelacanthiformes)

Selakant
Julat zaman:
Devon AwalKini,[1] 409–0 Ma
Selakant hidup dilihat dari Pumula di Pesisir Selatan KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, 2019
Spesimen Axelrodichthys araripensis dari Batu Kapur Awal Brazil (Mawsoniidae)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Klad: Sarcopterygii
Kelas: Actinistia
Cope, 1871
Order: Coelacanthiformes
Huxley, 1861
Spesies jenis
Coelacanthus granulatus
Agassiz, 1839
Keluarga dan genus

Lain-lain, lihat teks

Selakant (Inggeris: coelacanth; /ˈsləkænθ/) (order Coelacanthiformes) ialah kumpulan ikan bersirip cuping kuno (Sarcopterygii) dalam kelas Actinistia.[2][3] Sebagai sarkopterigi, mereka lebih dekat dengan ikan peparu dan tetrapod (yang termasuk amfibia, reptilia, burung dan mamalia) berbanding ikan bersirip ruji.

Ia turut termasuk dua spesies yang masih ada dalam genus Latimeria seperti gombessa (Latimeria chalumnae) yang bertaburan di sekitar Kepulauan Comoro di pantai timur Afrika dan ikan raja laut (Latimeria menadoensis )[4] di utara Sulawesi dan Papua di Asia Tenggara.

Nama order hidupan ini berasal dari genus usia Perm Coelacanthus, yang merupakan hidupan yang pertama kali dikenali secara saintifik.[5] Ikan-ikan dalam order ini pernah dianggap telah pupus pada zaman Batu Kapur Akhir sekitar 66 juta tahun yang lalu, tetapi ditemui semula pada tahun 1938 di lepas pantai Afrika Selatan.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ref4 tidak disediakan
  2. ^ Nelson, Joseph S. Fishes of the World. ISBN 978-1-119-22081-7. OCLC 951128215.
  3. ^ "Order Summary for Coelacanthiformes". www.fishbase.se. Dicapai pada 2023-03-13.
  4. ^ Yokoyama, Shozo; Zhang, Huan; Radlwimmer, F. Bernhard; Blow, Nathan S. (1999). "Coelacanths, Coelacanth Pictures, Coelacanth Facts – National Geographic". Proceedings of the National Academy of Sciences. 96 (11): 6279–84. Bibcode:1999pnas...96.6279y. doi:10.1073/pnas.96.11.6279. PMC 26872. PMID 10339578. Dicapai pada 2015-10-30.
  5. ^ Agassiz, L. 1839. Recherches sur les poissons fossiles II. Petitpierre, Neuchâtel.
  6. ^ Smith, J. L. B. (1956). Old Fourlegs: the Story of the Coelacanth. Longmans Green.
  7. ^ Lavett Smith, C.; Rand, Charles S.; Schaeffer, Bobb; Atz, James W. (1975). "Latimeria, the Living Coelacanth, is Ovoviviparous". Science. 190 (4219): 1105–6. Bibcode:1975Sci...190.1105L. doi:10.1126/science.190.4219.1105.