Coin Locker Girl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Coin Locker Girl
PengarahHan Jun-hee
PenerbitAhn Eun-mi
Cho Dong-ki
PenulisHan Jun-hee
BerdasarkanCoin Locker Babies oleh
Ryū Murakami
Dibintangi olehKim Hye-soo
Kim Go-eun
Park Bo-gum
Go Kyung-pyo
Muzik olehJang Young-gyu
Kim Sun
SinematografiLee Chang-jae
Disunting olehShin Min-kyung
Syarikat
penerbitan
Pollux Pictures
PengedarCGV Arthouse[1]
Mula ditayangkan
29 April 2015
Tempoh tayangan
110 minit
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggungAS$10.7 juta[2]

Coin Locker Girl (Hangul: 차이나타운; RR: Chainataun; lit. Chinatown) ialah sebuah filem Korea Selatan tahun 2015 diarahkan oleh Han Jun-hee. Filem ini dibintangi oleh Kim Hye-soo, Kim Go-eun, Park Bo-gum dan Go Kyung-pyo.[3][4][5][6][7][8][9][10][11] Filem ini dipilih untuk ditayangkan dalam bahagian Minggu Pengkritik Filem Antarabangsa di Festival Filem Cannes 2015.[12][13][14][15]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Seorang bayi dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah loker di stesen keretapi Seoul Barat pada tahun 1996. Seorang pengemis mengambil bayi tersebut dan menamakannya Il-young. Ketika dia mencapai umur 10 tahun, dia dijual kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Emak. Emak ialah seorang bos untuk sebuah organisasi jenayah ah long dan penyeludupan organ di Chinatown, Incheon. Dia berjaya mengekalkan kuasanya dengan menjadi seorang yang tidak mempunyai belas kasihan dan hanya mengekalkan orang yang berguna kepadanya. Emak membesarkan Il-young dan melatihnya untuk memegang jawatan di dalam organisasinya satu hari nanti. Ketika Il-young berumur 18 tahun, dia telah menjadi orang kanan Emak yang dipercayai. Pada satu hari, Il-young diberi tugas untuk mendekati Suk-hyun, anak kepada seorang penghutang. Untuk beberapa hari berikutnya, dia telah menjadi rapat dengan lelaki itu dan mengenali dunia yang berbeza seperti yang diketahuinya. Dia iri hati dengan kehidupan normal remaja perempuan lain dan membuka hatinya kepada Suk-hyun. Tetapi selepas bapa Suk-hyun melarikan diri, Emak mengarahkannya untuk membunuh Suk-hyun. Il-young enggan melaksanakan arahan itu dan dengan membuat pilihan tersebut, dia kini perlu melarikan diri daripada satu-satunya keluarga yang dikenalinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Kim Hye-soo sebagai Ma Woo-hee / Emak
  • Kim Go-eun sebagai Ma Il-young
  • Park Bo-gum sebagai Park Seok-hyun
  • Go Kyung-pyo sebagai Chi-do
  • Um Tae-goo sebagai Woo-gon
  • Lee Soo-kyung sebagai Ssong
  • Jo Hyun-chul sebagai Hong-joo
  • Lee Dae-yeon sebagai Dr. Ahn
  • Jo Bok-rae sebagai Detektif Tak
  • Jung Suk-yong sebagai En. Woo
  • Baek Soo-jang sebagai Nombor 2
  • Lee Jang-won sebagai Chubby
  • Oh Dae-hwan sebagai Bruiser
  • Lee Sang-hee sebagai isteri Bruiser
  • Kim Su-an sebagai Il-young (kanak-kanak)
  • Park Ji-bo sebagai Ssong (kanak-kanak)
  • Wi Ha-jun sebagai Woo-gon (kanak-kanak)
  • So Sang-seop sebagai Hong-joo (kanak-kanak)
  • Ki Guk-seo sebagai lelaki memakai seragam
  • Gi Ju-bong sebagai lelaki memakai sut

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2015
Festival Filem Fantastic Antarabangsa Bucheon ke–19
Anugerah Pilihan Juri
(Pilihan Bucheon: Kategori Filem)
Coin Locker Girl Menang
Festival Filem Giffoni ke–45
Anugerah Gryphon untuk Filem Terbaik
(bahagian Generator 18+)
Menang
Sijil Institut Filem British Menang
Anugerah Filem Buil ke–24
Pelakon Wanita Terbaik Kim Hye-soo Dicalonkan
Kim Go-eun Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Um Tae-goo Dicalonkan
Pengarah Baru Terbaik Han Jun-hee Dicalonkan
Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–35
Pelakon Wanita Terbaik Kim Hye-soo Menang
10 Filem Teratas Tahunan Coin Locker Girl Menang
Anugerah Grand Bell ke–52
Pelakon Wanita Terbaik Kim Hye-soo Dicalonkan
Pengarah Baru Terbaik Han Jun-hee Dicalonkan
Anugerah Filem Blue Dragon ke–36
Pelakon Wanita Terbaik Kim Hye-soo Dicalonkan
Pengarah Baru Terbaik Han Jun-hee Dicalonkan
Arahan Seni Terbaik Lee Mok-won Dicalonkan
2016
Anugerah Max Movie ke–11
Anugerah Bintang Meningkat Naik Park Bo-gum Dicalonkan
2016
Anugerah Filem Asia ke–10
Pelakon Wanita Terbaik Kim Hye-soo Dicalonkan
Anugerah Seni Baeksang ke–52
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Um Tae-goo Dicalonkan
Pelakon Baru Lelaki Terbaik (Filem) Go Kyung-pyo Dicalonkan
Park Bo-gum Dicalonkan
Pengarah Baru Terbaik (Filem) Han Jun-hee Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Conran, Pierce (2014-12-29). "Genre Diversity from Major 3 in 2015". Korean Cinema Today. Dicapai 2015-04-21. 
  2. ^ Ma, Kevin (2015-05-22). "Evil dethrones Avengers in South Korea". Film Business Asia. Dicapai 2015-05-24. 
  3. ^ Na, Won-jung (2015-05-20). "Interview: Director HAN Jun-hee and Actress KIM Go-eun of COIN LOCKER GIRL". Korean Film Biz Zone. Dicapai 2015-06-11. 
  4. ^ Ma, Kevin (2015-05-22). "Creating a female-driven crime film". Film Business Asia. Dicapai 2015-05-24. 
  5. ^ Conran, Pierce (2014-05-14). "KIM Hye-soo and KIM Go-eun Team Up for COIN LOCKER GIRL". Korean Film Biz Zone. Dicapai 2015-04-21. 
  6. ^ "Kim Hye-soo Undergoes Transformation for Her Upcoming Film". The Chosun Ilbo. 2015-03-18. Dicapai 2015-04-26. 
  7. ^ Kwon, Ji-youn (2015-04-13). "Star actresses top cast credits in upcoming films". The Korea Times. Dicapai 2015-04-21. 
  8. ^ Jin, Eun-soo (2015-04-24). "Noir film Coin Locker Girl puts women in lead". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2015-04-26. 
  9. ^ "Kim Hye-soo Excited to Take on New Challenge". The Chosun Ilbo. 2015-04-25. Dicapai 2015-04-26. 
  10. ^ Won, Ho-jung (2015-04-28). "Herald Review: Life in its harshest form in Coin Locker Girl". The Korea Herald. Dicapai 2015-04-30. 
  11. ^ Lee, So-eun (2015-05-07). "Kim takes on tough image for Coin". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2015-05-09. 
  12. ^ "Selection of the 54th Semaine de la Critique". International Critics' Week. Dicapai 2015-04-20. 
  13. ^ Goodfellow, Melanie (2015-04-20). "Cannes: Critics' Week unveils 2015 line-up". Screen International. Dicapai 2015-04-21. 
  14. ^ Conran, Pierce (2015-04-21). "Critics' Week Takes COIN LOCKER GIRL". Korean Film Biz Zone. Dicapai 2015-04-22. 
  15. ^ "Coin Locker Girl Achieves Better-Than-Expected Results at Box Office". The Chosun Ilbo. 2015-05-12. Dicapai 2015-05-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]