Coldplay
Rencana ini perlu dikemas kini.(Oktober 2022) |
Coldplay | |
---|---|
![]() Coldplay ketika membuat persembahan untuk Nissan Live Sets | |
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai |
|
Berasal dari | London, England ![]() |
Genre |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1996–kini |
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | coldplay |
Ahli |
Coldplay ialah kugiran rock alternatif British yang dibentuk pada 1996 oleh penyanyi vokal utama dan pemain papan nada Chris Martin dan pemain gitar utama Jonny Buckland di Kolej Universiti London (UCL).[1] Setelah mereka dibentuk di bawah nama Pectoralz, Guy Berryman menyertai kumpulan itu sebagai pemain bes dan mereka mengubah nama kumpulan kepada Starfish.[nota 1] Will Champion menyertai mereka sebagai pemain dram dan penyanyi vokal sandaran. Pengarah kreatif Phil Harvey sering kali dianggap sebagai ahli kelima kugiran ini.[2] Kumpulan ini menamakan semula diri mereka sebagai "Coldplay" pada 1998,[2] sebelum merakamkan dan melancarkan Safety pada 1998 serta "Brothers & Sisters" dan The Blue Room pada 1999, di mana The Blue Room merupakan pelancaran pertama di bawah syarikat rakaman utama selepas menyertai Parlophone.[3]
Coldplay mencapai kemasyhuran di seluruh dunia dengan pelancaran single "Yellow" pada tahun 2000, diikuti dengan album penampilan sulung Parachutes pada tahun yang sama, yang telah dicalonkan untuk Hadiah Mercury. Album kedua kugiran, A Rush of Blood to the Head (2002), telah memperoleh pujian kritis dan memenangi beberapa anugerah termasuklah Album Tahun Ini di NME. Pelancaran mereka yang seterusnya, X&Y, album terlaris di seluruh dunia pada 2015, menerima ulasan-ulasan yang kebanyakannya positif, walaupun sesetengah pengkritik menganggap ia "kurang baik" berbanding pelancaran sebelumnya. Album studio keempat Coldplay, Viva la Vida or Death and All His Friends (2008) yang dihasilkan oleh Brian Eno menerima banyak ulasan positif dan mendapat beberapa percalonan di Anugerah Grammy.[4] Pada Oktober 2011, Coldplay melancarkan Mylo Xyloto dan ia berjaya menduduki tangga teratas dalam carta di lebih 34 buah negara dan merupakan album rock terlaris di United Kingdom untuk tahun 2011.[5] Pada Mei 2014, mereka melancarkan album keenam Ghost Stories dan pada Disember 2015, album ketujuh A Head Full of Dreams pula dikeluarkan, di mana kedua-duanya menerima ulasan bercampur dan baik serta berada di kedudukan teratas di beberapa carta.
Kugiran ini telah memenangi 85 anugerah daripada 252 pencalonan sepanjang kerjaya mereka termasuklah Anugerah Brit, enam Anugerah Video Muzik MTV, tujuh Anugerah Muzik Eropah MTV dan tujuh Anugerah Grammy daripada 32 pencalonan. Mereka berjaya menjual lebih daripada 100 juta rakaman di seluruh dunia, menjadikan mereka salah satu seniman muzik dengan jualan terlaris di dunia.[6] Pada Disember 2009, pembaca majalah Rolling Stone mengundi Coldplay seniman keempat terbaik untuk 2000-an.[7] Kugiran itu menyokong pelbagai kempen sosial dan siasah seperti kempen Make Trade Fair Oxfam dan Amnesty International. Mereka juga membuat persembahan di projek-projek amal termasuklah Band Aid 20, Live 8, Global Citizen Festival, Sound Relief, Hope for Haiti Now: A Global Benefit for Earthquake Relief, One Love Manchester, The Secret Policeman's Ball, Sport Relief dan Amanah Barah Remaja UK.[nota 2]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
1996–1999: Pembentukan kugiran dan tahun-tahun awal[sunting | sunting sumber]
Chris Martin dan Jonny Buckland bertemu buat pertama kalinya semasa minggu orientasi di Kolej Universiti London (UCL) pada September 1996.[8] Mereka meluangkan masa mereka di universiti dengan merancang untuk membentuk sebuah kugiran, dan akhirnya Pectoralz terbentuk.[1] Guy Berryman, rakan sekelas Martin dan Buckland kemudiannya menyertai kugiran itu. Pada 1997, kumpulan tersebut dinamakan semula sebagai Starfish, membuat persembahan untuk promoter Camden tempatan di kelab-kelab kecil.[nota 1] Martin juga telah mengambil rakan sekolahnya Phil Harvey, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang klasik di Universiti Oxford untuk menjadi pengurus kugiran.[nota 3] Coldplay telah menerima dan menganggap Harvey sebagai ahli kelima kumpulan itu.[2] Barisan anggota kumpulan tersebut selesai apabila Will Champion menyertai mereka sebagai pemain alat genderang. Champion membesar dengan bermain piano, gitar, bes dan wisel tin; beliau belajar bermain dram dengan cepat (meskipun tidak mempunyai pengalaman).[1] Kumpulan itu akhirnya menetapkan dengan nama "Coldplay" yang dicadangkan oleh Tim Crompton, pelajar tempatan yang telah menggunakan nama untuk kumpulannya.[2]
Pada tahun itu juga, Martin telah berjumpa dengan pelajar jurusan klasik Tim Rice-Oxley, di mana semasa hujung minggu di kampung Virginia Water, Surrey, mereka bertanya sesama sendiri untuk memainkan lagu mereka dengan menggunakan piano. Martin mendapati bahawa Rice-Oxley cukup berbakat dan bertanya kepadanya untuk menjadi pemain papan nada untuk Coldplay tetapi Rice-Oxley menolak kerana beliau telah mempunyai kugirannya sendiri, Keane yang sedang aktif ketika itu. Beberapa hari selepasnya, peristiwa itu mungkin akan membentuk barisan kedua ahli kumpulan untuk Keane dan Coldplay walaupun akhirnya ia tidak berubah dan kedua-dua kugiran itu kekal dengan empat orang ahli akhirnya.[9] Pada 1998, Coldplay melancarkan 500 salinan untuk EP Safety.[10] Kebanyakan salinan diberikan kepada syarikat-syarikat rakaman dan rakan-rakan; hanya 50 salinan yang tinggal untuk dijual. Pada Disember tahun itu, Coldplay menandatangani dengan syarikat bebas Fierce Panda.[10] Pelancaran pertama bersama syarikat itu ialah single tiga runut "Brothers and Sisters" (Abang dan Kakak), di mana mereka telah merakamkan single selama empat hari pada Februari 1999.[10]
Selepas selesai peperiksaan akhir mereka, Coldplay menandatangani kontrak lima album dengan Parlophone pada awal 1999. Selepas membuat penampilan sulung di Glastonbury, kugiran itu pergi ke studio untuk merakamkan EP kedua berjudul The Blue Room.[nota 4] Lima ribu salinan disediakan untuk dijual kepada orang awam pada Oktober[nota 5] dan single "Bigger Stronger" (Lebih Besar Lebih Kuat) menerima tayangan ke udara di BBC Radio 1. Sesi-sesi rakaman untuk The Blue Room dalam keadaan kacau-bilau. Champion telah dipecat daripada kumpulan, tetapi Martin kemudiannya merayu kepada beliau untuk kembali setelah menghalaunya keluar, dan sebab rasa bersalah, mereka pergi minum secara lewah. Akhirnya, kugiran itu menyelesaikan perbezaan mereka dan menetapkan peraturan supaya kumpulan itu tidak terjejas. Mendapat ilham daripada kugiran seperti U2 dan R.E.M., Coldplay memutuskan bahawa mereka akan berfungsi sebagai satu demokrasi. Tambahan lagi, kugiran itu memutuskan untuk memecat sesiapa sahaja yang mengambil dadah berbahaya.[11]
1999–2001: Parachutes[sunting | sunting sumber]
Coldplay pada asalnya merancang untuk merakamkan album penampilan sulung mereka dalam masa dua minggu. Walau bagaimanapun, aktiviti jelajah dan persembangan langsung yang lain menyebabkan sesi rakaman menjangkau di antara September 1999 hingga April–Mei 2000.[nota 6] Album itu dirakamkan di Rockfield Studios, Matrix Studios, dan Wessex Sound Studios bersama penerbit Ken Nelson, walaupun kebanyakan runut lagunya dirakamkan di Parr Street Studios, Liverpool. Proses pengadunan untuk kesemua lagu dilakukan oleh jurutera Amerika Michael Brauer di New York.[12]
Selepas melancarkan tiga album mini tanpa lagu yang meletup, Coldplay mendapat kedudukan 40 teratas yang pertama melalui single utama album Parachutes, "Shiver" yang dikeluarkan pada Mac 2000 dan ia memuncak pada kedudukan ke-35 di Carta Single UK.[nota 7] Jun 2000 merupakan detik penting dalam sejarah Coldplay apabila mereka memulakan jelajah utama pertama mereka termasuklah membuat persembahan di Festival Glastonbury. Kugiran itu juga melancarkan single cemerlang mereka, "Yellow".[nota 8] Ia adalah pelancaran pertama mereka yang berada dalam kedudukan lima teratas, meningkat kepada nombor empat di Carta Single UK.[nota 8] "Yellow" dan "Shiver" pada asalnya dilepaskan sebagai album mini pada musim bunga tahun 2000.[13] Lagu yang terdahulu kemudiannya dilancarkan sebagai single di United Kingdom pada 26 Jun 2000. Di Amerika Syarikat, lagu itu dikeluarkan sebagai single utama daripada album penampilan sulung mereka. Pada Oktober 2000, runut tersebut dihantar ke stesen-stesen radio maktab dan alternatif di Amerika Syarikat.[14]
Keanggotaan[sunting | sunting sumber]
Nama | Perihalan lain |
---|---|
Chris Martin |
|
Will Champion | |
Jonny Buckland |
|
Guy Berryman |
Diskografi[sunting | sunting sumber]
- Parachutes (2000)
- A Rush of Blood to the Head (2002)
- X&Y (2005)
- Viva la Vida or Death and All His Friends (2008)
- Mylo Xyloto (2011)
- Ghost Stories (2014)
- A Head Full of Dreams (2015)
- Everyday Life (2019)
- Music of the Spheres (2021)
Konsert jelajah[sunting | sunting sumber]
- Parachutes Tour (2000–2001)
- A Rush of Blood to the Head Tour (2002–2003)
- Twisted Logic Tour (2005–2007)
- Viva la Vida Tour (2008–2010)
- Mylo Xyloto Tour (2011–2012)
- Ghost Stories Tour (2014)
- A Head Full of Dreams Tour (2016–2017)
- Music of the Spheres World Tour (2022–2023)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Catatan kaki[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Roach 2003, halaman 19
- ^ Roach 2003, halaman 122
- ^ Roach 2003, halaman 22
- ^ Roach 2003, halaman 26
- ^ Roach 2003, halaman 28
- ^ Roach 2003, halaman 45
- ^ Roach 2003, halaman 35
- ^ a b Roach 2003, halaman 42
Umum[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c Ali, Mehreen F. (26 November 2005). "All That Is Cold play". Dawn. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2008. Dicapai pada 1 Mei 2008.
- ^ a b c d "Newsreel: An appeal to Wikipedia enthusiasts". coldplay.com. 25 Julai 2008. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "Coldplay to Quit". Dailystar.co.uk. Daily Star. 7 Januari 2008. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "Nominations for the 51st Grammy Awards". USA Today. 3 Disember 2008. Dicapai pada 28 Disember 2008.
- ^ "Coldplay, Noel Gallagher and Foo Fighters revealed as biggest selling rock acts of 2011". NME.COM. 17 Januari 2012. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ Luckhurst, Phoebe (4 Disember 2015). "Coldplay: the anatomy of new album A Head Full of Dreams, featuring President Obama, Beyonce, and Gwyneth Paltrow". London Evening Standard. Dicapai pada 30 Januari 2018.
- ^ Kaufman, Gil (9 Disember 2009). "Green Day Named Top Artists of the Decade By Rolling Stone Readers". mtv.com. MTV News. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "Coldplay Concert Tickets". frontrowking.com. Front Row Working. Dicapai pada 13 Mei 2014.
- ^ Odell, Michael (1 Mei 2004). "The Shore Thing (Annotated)". Majalah Q. m/s. 48–52. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2006. Dicapai pada 12 Mac 2014.
- ^ a b c Gundersen, Edna (13 Februari 2003). "Coldplay searching for a balance". USA Today. Dicapai pada 4 Mei 2008.
- ^ Alan Cross (2003). "The Ongoing History of New Music – Coldplay". 102.1 The Edge (Audio siar). Corus Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2009. Dicapai pada 23 Ogos 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Sam Inglis (Oktober 2000). "Recording Coldplay's Parachutes". SOS. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2005. Dicapai pada 9 September 2008. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Bogdanov, Vladimir; Woodstra, Chris; Erlewine, Stephen Thomas (2002). All Music Guide to Rock: The Definitive Guide to Rock, Pop, and Soul. Backbeat Books. ISBN 087930653X. Dicapai pada 7 September 2008.
- ^ Basham, David (16 Oktober 2000). "Coldplay Escapes City For "Yellow" Single, Video". MTV. Dicapai pada 9 September 2008.
Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
- Roach, Martin (September 2003). "Coldplay: Nobody Said It Was Easy". Omnibus Press. ISBN 0-7119-9810-8. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Spivack, Gary (2004). Coldplay: Look at the Stars. MTV. ISBN 0-7434-9196-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentang Coldplay di projek saudara Wikipedia: | |
![]() |
Imej dan media dari Commons |
![]() |
Berita dari Wikiberita |
![]() |
Petikan dari Wikipetikan |