Colin Robert Chase

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Colin Chase
Kelahiran
Colin Robert Chase

(1935-02-05)5 Februari 1935
Denver, Colorado, A.S.
Meninggal dunia13 Oktober 1984(1984-10-13) (umur 49)
PekerjaanProfesor bahasa Inggeris
Tahun aktif1971–1984
Karya terkenal
  • The Dating of Beowulf (1981)
  • Two Alcuin Letter-Books (1975)
PasanganJoyce Breitbach[1]
Anak-anak5
IbuMary Chase
Tandatangan

Colin Robert Chase (5 Februari 1935 – 13 Oktober 1984) adalah seorang ahli akademik Amerika. Merupakan seorang profesor madya Bahasa Inggeris di Universiti Toronto, beliau terkenal dengan sumbangannya dalam kajian Bahasa Inggeris Lama dan kesusasteraan Inggeris-Latin. Karyanya yang paling terkenal, The Dating of Beowulf, mencabar faham ortodoks yang diterima dari pentarikhan puisi Inggeris-Saxon Beowulf, yang kemudiannya dianggap bertarikh pada separuh kedua abad kelapan tetapi kini dianggap pada hampir penghujung milenium pertama. Beliau meninggalkan apa yang diterangkan dalam A Beowulf Handbook sebagai "ketidakpastian yang berhati-hati dan perlu".[2][3]

Dilahirkan di Denver, Chase adalah salah seorang daripada tiga anak lelaki eksekutif akhbar dan pangarang lakon yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer, Mary Coyle Chase. Dua saudara lelaki Chase menjadi pelakon; dia mempertimbangkan untuk menceburi kerjaya sedemikian, tetapi akhirnya mempelajari kesusasteraan Inggeris, klasik dan falsafah. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Harvard, Sarjana Sastera dari Universiti Saint Louis dan Johns Hopkins, serta PhD dari Universiti Toronto pada tahun 1971, tahun yang sama universiti itu menamakannya sebagai pembantu profesor.

Selain The Dating of Beowulf, Chase menulis Two Alcuin Letter-Books—koleksi ilmiah dua puluh empat surat oleh cendekiawan abad kelapan Alcuin. Beliau juga menulis kira-kira lapan artikel dan bab, menyumbang kepada Dictionary of the Middle Ages, dan selama hampir sedasawarsa menulis bahagian Beowulf bagi "Karya Tahun Ini dalam Pengajian Bahasa Inggeris Lama" untuk Old English Newsletter. Chase meninggal dunia akibat barah pada tahun 1984, sejurus sebelum dinaikkan pangkat kepada profesor penuh.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Colin Robert Chase dilahirkan di Denver, Colorado, pada 5 Februari 1935.[4] Bapanya, Robert Lamont Chase adalah seorang eksekutif akhbar, dan ibunya, Mary Coyle Chase, seorang pengarang lakon yang kemudiannya memenangi Hadiah Pulitzer untuk Drama pada tahun 1945 untuk lakonannya, Harvey.[5][6] Colin Chase mempunyai dua orang saudara lelaki, Michael Lamont Chase dan Barry Jerome "Jerry" Chase.[5] Ketiga-tiganya meneruskan minat dalam bidang lakonan. Michael Chase belajar di Sekolah Drama Institut Teknologi Carnegie, dan merupakan pelakon di Teater Barter di Abingdon, Virginia.[7][8] Jerry Chase berlakon dalam drama dan filem, termasuk salah satu drama ibunya ketika berusia 14 tahun,[9][10][11] dan menulis drama Cinderella Wore Combat Boots.[6][12] Sementara itu, Colin Chase pula hampir menceburi kerjaya lakonan, dan kemudiannya akan membuat persembahan dalam produksi peringkat kampus.[4]

Chase dibesarkan di Denver, di mana beliau bersekolah di Sekolah Rendah Teller.[13] Kejayaan lakonan ibunya Harvey membawa kepada masalah buli semasa beliau di darjah empat, menyebabkan ibunya menulis ruangan tetamu tentangnya di akhbar Dunkirk Evening Observer.[13] Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Harvard pada tahun 1956, dan mempelajari klasik dan falsafah selama lima tahun di seminari Jesuit.[4] Pada tahun 1962, beliau menerima Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Saint Louis, dan pada tahun 1964, beliau menerima sarjana kedua dari Universiti Johns Hopkins.[14][4] Chase kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Toronto pada tahun yang sama, menjadi pengajar sambilan pada tahun 1967, dan menamatkan pengajian doktor falsafahnya pada tahun 1971.[4][15] Disertasinya bertajuk Panel Structure in Old English Poetry.[15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Chase mempunyai seorang isteri, Joyce (née Breitbach), dan lima orang anak iaitu Deirdre, Robert, Tim, Mary, and Patrick.[4][1][16] Beliau merupakan seorang diakon di Gereja Roman Katolik dan menyertai program latihannya.[4] Chase meninggal dunia disebabkan oleh barah pada tahun 1984; isterinya pula meninggal dunia pada 2003, juga disebabkan oleh kanser.[1]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Chase, Colin (1971). Panel Structure in Old English Poetry (Tesis). Universiti Toronto. ProQuest 302621579.
  • Chase, Colin, penyunting (1975). Two Alcuin Letter-Books. Toronto Medieval Latin Texts. 5. Toronto: Institut Pengajian Zaman Pertengahan Kepausan. ISBN 0-88844-454-0.
  • Chase, Colin, penyunting (1981). The Dating of Beowulf. Toronto Old English Series. 6. Toronto: University of Toronto Press. ISBN 0-8020-7879-6. JSTOR 10.3138/j.ctt1287v33.
  • Termasuk dua bab yang ditulis oleh Chase:

Bab[sunting | sunting sumber]

  • Chase, Colin (1981). "Alcuin's Grammar Verse: Poetry and Truth in Carolingian Pedagogy". Dalam Herren, Michael W. (penyunting). Insular Latin Studies: Papers on Latin Texts and Manuscripts of the British Isles: 550–1066. Papers in Mediaeval Studies. 1. Toronto: Institut Pengajian Zaman Pertengahan Kepausan. m/s. 135–152. ISBN 0-88844-801-5. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Chase, Colin (1983). "The Age of Ælfric". Dalam Szarmach, Paul E. (penyunting). Anglo-Latin in the Context of Old English Literature. Old English Newsletter Subsidia. 9. Binghamton, New York: Pusat Pengajian Zaman Pertengahan dan Renaissance Awal, Universiti Negeri New York di Binghamton. m/s. 17–24. ISSN 0739-8549.
  • Diterbitkan semula sebagai Chase, Colin (2000). "Beowulf, Bede, and St. Oswine: The Hero's Pride in Old English Hagiography". Dalam Baker, Peter S. (penyunting). The Beowulf Reader. Basic Readings in Anglo-Saxon England. 1. New York: Routledge. m/s. 181–194. ISBN 0-8153-3666-7.

Makalah[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

  • Chase, Colin (November 1976). "Review of Ingeld and Christ: Heroic Concepts and Values in Old English Christian Poetry, by Michael D. Cherniss". The Review of English Studies. Oxford: Clarendon Press. XXVII (108): 448–450. doi:10.1093/res/XXVII.108.448. JSTOR 513799. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Chase, Colin (Musim Panas 1980). "Review of The Early Charters of the Thames Valley, by Margaret Gellin". Albion. Boone, Carolina Utara: Jabatan Sejarah Universiti Negeri Appalachia. 12 (2): 175–176. doi:10.2307/4048817. JSTOR 4048817. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Chase, Colin (Musim Sejuk 1983). "Review of Alcuin: The Bishops, Kings, and Saints of York, edited by Peter Godman". Albion. New Series. Boone, Carolina Utara: Jabatan Sejarah Universiti Negeri Appalachia. 15 (4): 343–344. doi:10.2307/4049139. JSTOR 4049139.penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Chase, Colin (Julai 1985). "Review of The Old English Elegies: New Essays in Criticism and Research, edited by Martin Green". Speculum. Cambridge, Massachusetts: Akademi Zaman Pertengahan Amerika. 60 (3): 680–682. doi:10.2307/2848198. JSTOR 2848198. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

This Year's Work in Old English Studies

Dictionary of the Middle Ages

  • Chase, Colin (1982). "Acrostics–Wordplay". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 1. Bandaraya New York: Charles Scribner's Sons. m/s. 45–46. ISBN 0-684-16760-3.
  • Chase, Colin (1982). "Alfred the Great". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 1. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 163–164. ISBN 0-684-16760-3.
  • Chase, Colin (1982). "Alfred the Great and Translations". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 1. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 164–167. ISBN 0-684-16760-3.
  • Chase, Colin (1982). "Anglo-Latin Poetry". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 1. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 254–255. ISBN 0-684-16760-3.
  • Chase, Colin (1983). "Beowulf". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 2. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 182–185. ISBN 0-684-17022-1.
  • Chase, Colin (1983). "Carolingian Latin Poetry". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 3. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 99–103. ISBN 0-684-17023-X.
  • Chase, Colin (1985). "Frithegod". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 5. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 302. ISBN 0-684-18161-4.
  • Chase, Colin (1987). "Modoin". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 8. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 451. ISBN 0-684-18274-2.
  • Chase, Colin (1987). "Paul the Deacon". Dalam Strayer, Joseph R. (penyunting). Dictionary of the Middle Ages (dalam bahasa Inggeris). 9. Bandaraya New York: Charles Scribner’s Sons. m/s. 467–468. ISBN 0-684-18275-0.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Joyce Chase". Obituaries. Telegraph Herald. 167 (343). Dubuque, Iowa. 9 Disember 2003. m/s. 4C. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  2. ^ Bjork & Obermeier 1997.
  3. ^ Frank 2007.
  4. ^ a b c d e f g Rigg, Arthur G. & Szarmach, Paul E. (Musim Bunga 1985). "In Memoriam: Colin Chase (1935–84)" (PDF). Old English Newsletter. Binghamton, New York: Pusat Pengajian Zaman Pertengahan dan Renaissance Awal, Universiti Negeri New York di Binghamton. 18 (2): 18. ISSN 0030-1973.; diterbitkan dalam talian sebagai Rigg, Arthur G. & Szarmach, Paul E. (1985). "In Memoriam: Colin Chase (1935–84)". Old English Newsletter. Dicapai pada 16 Jun 2019. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  5. ^ a b Brennan, Elizabeth A. & Clarage, Elizabeth C. (1999). "Mary Coyle Chase". Who's Who of Pulitzer Prize Winners. Phoenix, Arizona: Oryx Press. m/s. 106. ISBN 1-57356-111-8.
  6. ^ a b "Barry J. Chase". Times Herald-Record. Middletown, New York. 3 November 2020 – melalui Legacy.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  7. ^ "Chase-Taylor Wedding Held". The Gettysburg Times. 49 (213). Gettysburg, Pennsylvania. 6 September 1951. m/s. 2 – melalui Newspapers.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  8. ^ "Chase–Taylor". The Evening Sun. 77 (149). Hanover, Pennsylvania. 7 September 1951. m/s. 2 – melalui Newspapers.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  9. ^ Schroetter, Hilda Noel (1 Ogos 1951). ""Mr. Thing" World Premiere Enraptures First-Nighters". Bristol Herald Courier. 81 (17, 635). Bristol, Virginia–Tennessee. m/s. 3, 10 – melalui Newspapers.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  10. ^ "Romanoff & Juliet open at Mission Playhouse". Entertainment & Dining Guide. Eagle Rock Sentinel. 27 (23). Los Angeles, California. 21 Mac 1963. m/s. 10 – melalui Newspapers.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  11. ^ Soanes, Wood (21 Januari 1952). "Curtain Calls: Press Agents Can Be Just Too Cute – or Vice-Versa". Oakland Tribune. CLVI (21). Oakland, California. m/s. 15 – melalui Newspapers.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  12. ^ "Jerry Chase". Dramatists Play Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2021. Dicapai pada 14 Oktober 2021. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  13. ^ a b Chase, Mary (11 Julai 1945). "Broadway". Dunkirk Evening Observer. CXCVIII (8). Dunkirk, New York. m/s. 6 – melalui Newspapers.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  14. ^ "Masters of Arts: with titles of essays". Conferring of Degrees at the close of the eighty-eighth academic year (PDF). Baltimore, Maryland: Universiti Johns Hopkins. 9 Jun 1964. m/s. 24–27.
  15. ^ a b Chase 1971.
  16. ^ "Rita C. Breitbach". Deaths. The Bradenton Herald. Bradenton, Florida. 21 Oktober 1983. m/s. B-2 – melalui Newspapers.com. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "UT" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Carnahan.1993" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Biggs, Frederick M.; Hill, Thomas D. & Szarmach, Paul E., penyunting (1990). Sources of Anglo-Saxon Literary Culture: A Trial Version. Medieval & Renaissance Texts & Studies (dalam bahasa Inggeris). 74. Binghamton, New York: Pusat Pengajian Zaman Pertengahan dan Renaissance Awal, Universiti Negeri New York di Binghamton. doi:10.17613/dcmy-w573. ISBN 0-86698-084-9. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  • Bjork, Robert E. & Obermeier, Anita (November 1997). "Date, Provenance, Author, Audiences". Dalam Bjork, Robert E. & Niles, John D. (penyunting). A Beowulf Handbook (dalam bahasa Inggeris). Lincoln, Nebraska: University of Nebraska Press. m/s. 13–34. ISBN 0-8032-1237-2. ikon mangga kunci terbuka berwarna hijau
  • Frank, Roberta (Oktober 2007). "A Scandal in Toronto: The Dating of 'Beowulf' a Quarter Century On". Speculum (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, Massachusetts: Akademi Perubatan Amerika. 82 (4): 843–864. doi:10.1017/S0038713400011313. JSTOR 20466079. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Garfagnini, Gian Carlo (1978). "Review of Three Lives of English Saints, edited by Michael Winterbottom, of The Gospel of Nichodemus: Gesta Salvatoris, edited by Hack Chin Kim, of Peter the Venerable: Selected Letters, edited by Janet Martin, and of Two Alcuin Letter-Books, edited by Colin Chase" [Ulasan bagi Three Lives of English Saints, disunting oleh Michael Winterbottom, bagi The Gospel of Nichodemus: Gesta Salvatoris, disunting oleh Hack Chin Kim, bagi Peter the Venerable: Selected Letters, disunting oleh Janet Martin, dan bagi Two Alcuin Letter-Books, disunting oleh Colin Chase]. Annali della Scuola Normale Superiore di Pisa. Classe di Lettere e Filosofia (dalam bahasa Itali). Pisa: Scuola Normale & Universiti Pisa. VIII (4): 1720–1723. JSTOR 24303321. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Godman, Peter (1976). "Review of Two Alcuin Letter-Books, edited by Colin Chase" [Ulasan bagi Two Alcuin Letter-Books, disunting oleh Colin Chase]. Medium Ævum. Oxford: Persatuan Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Zaman Pertengahan. XLV (3): 294–296. doi:10.2307/43628227. JSTOR 43628227. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Jacobs, Nicolas (1984). "Review of The Dating of Beowulf, edited by Colin Chase" [Ulasan bagi The Dating of Beowulf, disunting oleh Colin Chase]. Medium Ævum. Oxford: Persatuan Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Zaman Pertengahan. LIII (1): 117–120. doi:10.2307/43628801. JSTOR 43628801. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Szarmach, Paul Edward (1986). "Foreword". Dalam Szarmach, Paul Edward & Oggins, Virginia Darrow (penyunting). Sources of Anglo-Saxon Culture. Studies in Medieval Culture. 20. Kalamazoo, Michigan: Medieval Institute Publications. m/s. vii–xii. ISBN 0-918720-67-2. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  • Trahern, Joseph B. Jr. (Januari 1984). "Review of The Dating of Beowulf, edited by Colin Chase, and of Beowulf and the Beowulf Manuscript, by Kevin S. Kiernan" [Ulasan bagi The Dating of Beowulf, disunting oleh Colin Chase, dan bagi Beowulf and the Beowulf Manuscript, oleh Kevin S. Kiernan]. Journal of English and Germanic Philology. Champaign, Illinois: University of Illinois Press. LXXXIII (1): 107–112. ISSN 0363-6941. JSTOR 27709285. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar