Colorpoint shorthair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kucing siam titik merah berumur satu tahun.

Colorpoint shorthair merupakan sepupu pertama kucing Siam dan Cat Fanciers' Association ialah satu-satu pejabat pendaftaran yang mengiktirafnya sebagai baka tersendiri. Di semua pejabat pendaftaran lain, ia merupakan sebahagian daripada baka kucing Siam dan kucing timur. Kucing ini dibezakan dengan keanggunannya dalam enam belas warna "titik" berbeza-beza melebihi empat warna kucing Siam. Colorpoint shorthair mengongsi gaya badan, keperibadian, panjang bulu, dan corak warna bertitik dengan kucing Siam, tetapi dalam warna-warna tidak tradisional titik merah, krim, telon, dan links (tabi). Dua aliran pemikiran terpisah wujud tentang colorpoint shorthair: mereka yang berfikir bahawa kucing ini bertitik seperti kucing Siam, ia patut dianggap sebagai kucing Siam, dan mereka yang menganggap colorpoint sebagai kacukan kucing Siam. Pada kenyataan, kucing ini pada asalnya dicipta dengan mengacukkan kucing Siam dengan kucing bulu pendek Amerika, pengacukan sama yang menghasilkan baka kucing timur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kucing bela jinak