Melela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Coming out)

Melela ([mĕ.lé.la], bahasa Inggeris: coming out [of the closet] - bermaksud "keluar daripada almari"), membuat pengakuan atau mendedahkan diri merujuk kepada perlakuan mendedahkan kecenderungan seksual atau pengenalan gender sendiri dalam kalangan masyarakat yang berkecenderungan rasa tertarik sesama jenis (baik sesama lelaki, perempuan atau dengan kedua-duanya) ataupun yang merasakan identiti gender sendiri berbeza daripada yang diberikan semasa lahir. Perilaku ini sering dilakukan sesama kenalan rapat sama ada dalam kalangan anggota keluarga atau sahabat handai dengan harapan situasi dihadapi mereka akan diterima dengan tenang dan baik.

Pengumuman diri sebegini sering berkait dengan hal privasi seseorang. Fenomena ini sering dirasa banyak orang yang melakukan perkara sedemikian dalam pelbagai tahap sama ada ia melibatkan psikologi;[1] kesanggupan mengambil risiko malah juga sebagai cara membebaskan diri daripada penindasan melalui suatu peluahan identiti tersendiri tanpa ada dikongkong rasa kemaluan mahupun stigma masyarakat. Namun, ia juga boleh dianggap sebagai jalan memusnahkan reputasi atau status diri (career suicide).[2]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Muasal istilah asal menerangkan konsep[sunting | sunting sumber]

Peristilahan asal yang menerangkan konsep meluahkan identiti ini iaitu "coming out" yang wujud dalam lingkungan dunia penutur bahasa Inggeris pada awal abad ke-20 hasil kiasan kepada kelaziman pemudi kelas atasan yang mula memperkenalkan diri kepada orang ramai secara rasmi (débutante); hal ini sering dipanggil coming-out party. George Chauncey, seorang profesor sejarah mengkhusus dalam subbudaya ini ada menyatakan aspek ini dengan berkata:

Gay people in the pre-war years [pre-WWI]... did not speak of coming out of what we call the gay closet but rather of coming out into what they called homosexual society or the gay world, a world neither so small, nor so isolated, nor... so hidden as closet implies[3]
("Golongan homoseksual semasa tahun-tahun menjelang perang [Dunia Pertama] ... tidak bercakap hal keluar dari apa yang dianggap "almari gay" tetapi sebaliknya keluar ke apa yang mereka sebut masyarakat homoseksual atau dunia gay, iaitu dunia yang tidak begitu kecil mahupun terpencil, malah... tidak tersembunyi sepertimana yang disangka.")

Padanan dalam lingkungan Nusantara[sunting | sunting sumber]

Terdapat seberapa perkataan yang digunakan bagi menerangkan konsep yang sama dalam rantau dunia penutur bahasa Melayu. Indonesia terutamanya menggunakan istilah "melela" yang lazim bermaksud "mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk [dengan cara yang elok]".[4] Perkataan ini dimasyhurkan oleh Pramoedya Ananta Toer dalam novelnya berjudul Bukan Pasar Malam yang terbit pada 1951. Penggunaan istilah ini dalam konteks keseksualan - yakni digunakan sebagai padanan kata coming out - dimulakan oleh beberapa kelompok gerakan LGBT di negara tersebut, seperti Melela.org[5] dan Suara Kita.[6] Pengunaan kata ini turut disokong luar lingkungan Indonesia ke negara-negara lain serantau seperti Malaysia melalui orang berkeutamaan seperti Numan Afifi.[7]

Pendekatan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Penyambutan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat yang dilihat berkecenderungan seksual di luar berlainan jenis sering disisihkan sebagai minoriti seks. Maka, perilaku ini sering menjadi cabaran dalam masyarakat awam yang boleh memulau malah mengganas terhadap golongan bukan heteroseksual.

Kegiatan berkaitan[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat sendiri mempunyai suatu tarikh khusus pada 11 Oktober[8] ditakwimkan masyarakat LGBT serta sekutu heteroseksual mereka di negara tersebut sebagai Hari Melela Nasional (National Coming Out Day) yang ditujukan memberikan kesedaran terhadap isu-isu LGBT serta individu yang terjejas serta mewujudkan hubungan aman antara pergerakan hak LGBT dengan orang ramai di sana.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Coming Out: A Journey". Utahpridecenter.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-25. Dicapai pada 2009-06-24.
  2. ^ Queerty: Japhy Grant, "Rupert Everett Says Coming Out Killed His Career," February 20, 2009 Diarkibkan Oktober 15, 2010, di Wayback Machine, accessed January 16, 2012
  3. ^ Chauncey, George (1994). Gay New York: Gender, Urban Culture, and the Making of the Gay Male World, 1890–1940. New York: Basic Books, emphasis added.
  4. ^ "melela". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 11 Oktober 2019 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Rujuk maksud kelima.
  5. ^ "ABOUT | Melela". melela.org. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  6. ^ Esa (28 Oktober 2016). "[Kisah] Melela? Tak Melulu Hanya Sebagai Lesbian Atau Gay". SuaraKita. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  7. ^ Numan Afifi [@NumanAfifi] (10 Oktober 2019). (Twit) https://twitter.com/NumanAfifi/status/1182476135398957056 – melalui Twitter. Missing or empty |title= (bantuan)
  8. ^ "History of National Coming Out Day". Human Rights Campaign. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-12. Dicapai pada 2008-10-17.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]