Constantinople

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Constantinople
Mozek Constantine dengan Constantinople

Constantinople atau Konstantiniyyah (Bahasa Greek: Κωνσταντινούπολις, Constantinopolis, atau Πόλις, Polis) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan mejadi pusat pemerintahan empayar Rom dan Byzantine sebelum ditawan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantine I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarang Istanbul pada 1930 [1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.

Semasa zaman Empayar Byzantine, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan Kristian Ortodoks. Constantinople masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.

Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinople. Sultan Muhammad telah membina semula bandar ini, yang kemudiannya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah dari 1453 hingga 1922.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]