Conventionsthaler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Conventionstaler ialah duit syiling perak piawai Empayar Rom Holy. Diperkenalkan pada 1754, ia mengandungi satu persepuluh kandungan logam perak mark Cologne (~23.39 gram).

Conventionstaler digunakan sebagai piawai di kebanyakan kawasan Empayar, dengan berbagai-bagai subbahagian digunakan, termasuk Reichsthaler, gulden Austria-Hungary, gulden Jerman Selatan, Groschen, Pfennig, dan Heller. Kronenthaler yang digantikan oleh Conventionstaler sebagai piawai memiliki nilai satu persembilan mark.

Semasa awal abad ke-19, Conventionstaler digantikan oleh Thaler yang mengandungi satu perempat belas kandungan logam perak mark Cologne, berdasarkan Thaler Prusia.