Cookie Run

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cookie Run
GenrePermainan video larian tanpa had
PembangunDevsisters Corporation
PlatformiOS
Android
Keluaran pertamaOvenBreak
12 Jun, 2009
Keluaran terkiniCookie Run: Puzzle World
2019

Cookie Run (Hangul: 쿠키 런; RR Kukireon; Erti Harfiah: Larian Biskut; Jawi: لارين بيسکوت) merupakan satu siri permainan video larian tanpa henti mudah alih dalam talian yang dicipta oleh Devsisters Corporation. Matlamat permainan tersebut adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin markah dalam jangka hayat anda dengan mengumpul jeli, sambil mengelak pelbagai rintangan. Permainan ini boleh dimuat turun pada peranti iOS dan Android.

Permainan[sunting | sunting sumber]

Cookie Run merupakan satu siri permainan berlari mudah alih dalam talian. Permainan asas terbaharu mereka, Cookie Run: Ovenbreak (Larian dari Ketuhar), di mana pemain perlu berlari dengan sepasang biskut dan makhluk peliharaannya, dengan pilihan untuk menggunakan harta karun bagi memberi bonus kepada permainan tersebut, semuanya membawa sejumlah mata yang berbeza bergantung pada kombinasi (Combi) yang digunakan. Cookie Run pada masa ini merangkumi 6 mod permainan, dengan beberapa mod permainan khas yang hanya boleh dimain sepanjang sesetengah acara. Cookie Trial (Cubaan Biskut) merupakan mod permainan di mana anda berlari menggunakan pasangan combi tertentu yang telah ditetapkan. Dalam mod tersebut, anda perlu berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin markah untuk naik ke peringkat, dari Gangsa ke Berlian. Setiap kali peringkat baharu dicapai, anda akan mendapat ganjaran baru. Apabila biskut baharu diterbitkan, ia akan mendapat satu Cookie Trial, dan akan ada satu acara Piala Biskut Baharu (New Cookie Cup), yang memberi anda ganjaran tambahan untuk setiap peringkat, seperti lebih banyak kristal atau peti yang akan digunakan di Gacha untuk mendapat biskut, makhluk peliharaan, atau harta karun baharu.

Trophy Race (Lumba Piala) merupakan mod berbilang pemain dalam talian di mana anda bermain dengan sehingga 10 pemain di serata dunia untuk mendapatkan skor tertinggi. Semakin tinggi skor yang diperolehi, semakin banyak Piala (Trophy) yang anda akan dapat. Piala digunakan untuk membuka kawasan baharu hingga ke peringkat Champion's League (Liga Johan). Champion's League merupakan mod di mana pemain yang paling mahir berlari di 3 arena, untuk memperolehi pangkat pada akhir musim. Dengan berlari di Champion's League, anda akan memperolehi Pingat (Medal), yang dapat ditukar dengan barang, biskut, kostum, makhluk peliharaan, atau harta karun di satu kedai. Champion's League juga mempunyai satu Hall of Fame (Dewan Termasyhur), di mana anda akan memberi penghormatan kepada tiga pemain terhebat dikenali sebagai Grand Champion (Johan Raya) di seluruh dunia, secara percuma, untuk mendapat ganjaran seperti kristal, Tiket Penyelamat (Rescue Ticket), atau syiling.

Setiap empat bulan, satu Grand Champion's League (Liga Johan Raya) akan diadakan, di mana pemain perlu bayar 3,000 kristal untuk sebagai yuran kemasukan, dan perlu bersaing dengan pemain-pemain berkemahiran tinggi dari serata dunia. Tiga pemain yang mendapat markah tertinggi akan dinobatkan sebagai Grand Champion sepanjang empat bulan. Bagi tahun 2020, Cookie Run telah mengadakan acara khas Grand Prix bagi setiap Grand Champion's League yang diadakan pada tahun itu. Di dalam acara Grand Prix, pemain-pemain akan dibahagi kepada empat rantau, Glasier (Glacier), Dataran (Plains), Lautan (Ocean) dan Padang Pasir (Desert).

Breakout (Pelarian Diri) merupakan mod utama Cookie Run, di mana mana-mana dari 3 hingga 12 biskut akan berlari untuk melepaskan diri dari ketuhar. Setiap pengganti akan menambah lebih banyak mata ke markah anda yang digunakan untuk menentukan pangkat anda untuk jangka masa tertentu. Peringkat yang lebih tinggi akan memberi anda lebih banyak kristal pada akhir satu musim, dan biskut atau makhluk peliharaan legenda jika anda mencapai peringkat Berlian pada akhir tempoh tersebut.

Island of Memories (Pulau Kenangan) merupakan satu mod permainan di mana anda akan mengikuti kisah "Hero Cookie" (Biskut Adiwira), "Cheerleader Cookie" (Biskut Penyorak), dan "Dr Wasabi" dan cucunya "Mustard Cookie" (Biskut Biji Sawi), dengan jenis pertarungan bos baharu bagi setiap Island of Memories yang anda pergi. Setiap peringkat yang dimainkan akan memberi anda bintang bergantung pada seberapa baik anda menyelesaikan objektif tertentu, yang digunakan untuk membuka kunci barang seperti kostum, kristal, syiling, dan pulau serta biskut lain.

Mod terbaharu Cookie Run, Guild Run (Larian Perseikatan), merupakan satu mod permainan di mana anda berjalan dengan ahli lain dalam Perseikatan (Guild) anda, satu kumpulan interaktif di antara pemain di serata dunia, di mana anda boleh berlari, memasak, dan meneroka pelbagai kawasan secara bersama-sama. Guild Run dibahagikan kepada tiga musim kompetitif pada setiap tahun, di mana 4 Perseikatan akan bertarung dengan satu sama lain di kawasan berbeza, masing-masing mempunyai bonus yang berbeza. Peringkat yang diperolehi dalam Guild Run menentukan pangkat Perseikatan anda, yang memberi ganjaran kepada pemain, bergantung pada kadar penyertaan mereka, dan pangkat itu sendiri.

Siri utama[sunting | sunting sumber]

OvenBreak[sunting | sunting sumber]

OvenBreak dikeluarkan pada 12 Jun 2009. Sejak dilancarkan, ia dikemas kini ke OvenBreak 2 pada 10 November 2011. [1] Judul yang terpisah, OvenBreak Infinity, juga dikeluarkan pada bulan September 2009. [2] [3] Pada akhir tahun 2010, OvenBreak Infinity mencapai # 1 di App Store iOS di Amerika Syarikat dalam kategori "Aplikasi Percuma Teratas". [4]

Cookie Run[sunting | sunting sumber]

Cookie Run diterbitkan untuk plaform Kakao pada 2 April, 2013.[5] Ia merupakan pemainan pertama Devsisters Corporation di bawah nama Cookie Run. Ia kemudiannya diterbitkan untuk LINE sekali pada 29 January 2014, dan dimuat turun sebanyak lebih 114 juta kali.[6][7]

Pada 5 Jun 2018, versi LINE Cookie Run ditutup dan dikeluarkan dari Google Play Store dan App Store. [8]

Cookie Run: OvenBreak[sunting | sunting sumber]

Cookie Run: OvenBreak dilancarkan secara global (kecuali di China) pada 27 Oktober 2016.[9] Ini merupakan permainan Cookie Run terbaharu Devsisters Corporation dan kini ia berada di musim keenam.[10] Pada akhir November 2018, Cookie Run: OvenBreak dan Devsisters bekerjasama dengan syarikat Sanrio untuk acara khas Hello Kitty dari 29 November sehingga 19 Disember.[11]

Keluaran sampingan[sunting | sunting sumber]

Cookie Run: Cookie Wars[sunting | sunting sumber]

Cookie Wars (Perang Biskut) merupakan salah satu permainan terbitan sampingan berdasarkan plot permainan Cookie Run sebelumnya. Ia merupakan satu permainan strategi mudah alih yang dalam versi beta tertutup, dengan sekitar 10,000 pengguna menguji permainan tersebut dari 10 April hingga 16 April. [12] [13]

Pada 26 Julai 2018, permainan ini dilancarkan di tiga negara.[14] Ia dilancarkan secara global pada 23 Ogos 2018.[15] Pada 15 April 2020, Devsisters Corporation mengumumkan bahawa permainan tersebut akan ditutup pada bulan berikutnya.

Cookie Run: Puzzle World[sunting | sunting sumber]

Puzzle World (Dunia Teka-Teki; dahulu dinamakan Cookie Run: JellyPop dan Hello! Brave Cookies) merupakan permainan video teka-teki oleh Devsisters Corporation pada tahun 2019. Ia dikeluarkan secara global di pelbagai negara.[16]

Pada peringkat beta, ia dinamakan Cookie Run: JellyPop, namun nama tersebut ditukar kepada Hello! Brave Cookies ketika pelancarannya atas sebab-sebab tertentu. Pada 26 Julai 2020, permainan tersebut dijadualkan untuk menerima penjenamaan semula kepada Cookie Run: Puzzle World.[17]

Cookie Run: Kingdom[sunting | sunting sumber]

Cookie Run: Kingdom (Kerajaan) merupakan satu permainan RPG yang telah diumumkan oleh Devsisters pada tahun 2019. Permainan tersebut telah dikeluarkan pada 21 Januari 2021.[16]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Siri Cookie Run secara keseluruhan telah mendapat kejayaan hebat di peringkat antarabangsa. OvenBreak yang asli telah dimuat turun lebih dari 10 juta kali dan disenaraikan sebagai aplikasi percuma paling popular di App Store di 20 negara pada tahun 2012.[18] Cookie Run untuk platform LINE telah menduduki tempat nombor 1 di Thailand dan nombor 4 di Taiwan untuk penjualan pada tahun 2014, sementara melihat lebih dari 2.9 juta pengguna setiap hari di Kakao di Korea pada tahun 2013.[7] Cookie Run: OvenBreak berjaya dimasukkan dalam Terbaik bagi tahun 2017 (Best of 2017) Apple, untuk 10 permainan iPhone dan iPad percuma yang paling banyak dimuat turun.[19] Permainan ini juga berada di 20 permainan iPhone percuma teratas pada tahun 2017 di Asia Tenggara.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "OvenBreak - App Store revenue & download estimates - US". Sensor Tower. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2018. Dicapai pada April 15, 2018.
  2. ^ "OvenBreak Infinity - App Store revenue & download estimates - US". Sensor Tower. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2018. Dicapai pada April 15, 2018.
  3. ^ "OvenBreak Infinity". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2018. Dicapai pada April 15, 2018.
  4. ^ "OvenBreak-Infinity, 미국 애플 앱스토어 무료 어플 1위 달성". AVING Korea. November 30, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-24. Dicapai pada April 15, 2018.
  5. ^ "모바일 러닝 어드벤처 쿠키런 for Kakao 출시". This Is Game. April 2, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-02. Dicapai pada April 15, 2018.
  6. ^ LINE Games (March 4, 2014). "[LINE GAME] LINE Game Endless Runner "Cookie Run" Surpasses 10 Million Downloads Worldwide Within 30 Days of Release". LINE. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-03. Dicapai pada April 15, 2018.
  7. ^ a b Kim, Dongjoon (April 2, 2018). "'쿠키런' 탄생 5주년, 브랜드 가치 더욱 높인다" ["Cookie Run" 5th birthday... raising the brand value]. 게임인사이트 (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2018. Dicapai pada 2018-04-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "ปิดตำนานเกมฮิต Cookie Run เตรียมยุติให้บริการในไทย 5 มิถุนายนนี้". AripFan. March 15, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada September 16, 2018.
  9. ^ "[이슈] 데브, '쿠키런: 오븐브레이크' 10월 27일 글로벌 출시". Navier Sports. October 5, 2016. Dicapai pada April 15, 2018.
  10. ^ Riaz, Adnan (April 30, 2018). "Cookie Run: OvenBreak Season Three Update Now Live". Hardcore Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada May 4, 2018. Dicapai pada May 4, 2018.
  11. ^ "Cookie Run: OvenBreak Presents "Hello Kitty's Surprise Visit"". Anime News Network. November 29, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada November 29, 2018. Dicapai pada January 23, 2019.
  12. ^ "쿠키워즈 (by 쿠키런), CBT 성과 인포그래픽 공개". GameInsight. April 23, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-24. Dicapai pada April 24, 2018.
  13. ^ "「クッキーラン」シリーズのDevsisters,初の海外法人・Devsisters Japanを東京に設立". 4Gamer.net. November 1, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-02. Dicapai pada April 15, 2018.
  14. ^ "데브시스터즈, 신작 쿠키워즈 해외 3개국 소프트론칭". NSP통신. July 26, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada July 31, 2018.
  15. ^ "薑餅人系列全新手遊作品 《薑餅人聯盟》 雙平台上架!". gamebase.com.tw. August 23, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada September 16, 2018. Dicapai pada September 16, 2018.
  16. ^ a b "쿠키런 IP 게임". Devsisters. Dicapai pada January 23, 2019.
  17. ^ https://twitter.com/CRPuzzleWorld/status/1287598588013338624?s=20. Missing or empty |title= (bantuan)
  18. ^ Tebay, Andy (June 19, 2012). "[Startups in Korea] Devsisters — Leading the market in Mobile Games". VentureSquare. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-28.
  19. ^ THE NATION (December 16, 2017). "Biggest bites at the Apple this year". THE NATION. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada April 15, 2018.
  20. ^ Ismail, Izwan (December 7, 2017). "Here is Apple's list of top apps in Southeast Asia for 2017". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada April 15, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]