Cool Kiz on the Block

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelas Pendidikan Jasmani & Seni untuk Kejiranan (Hangul우리동네 예능과 체육의 능력자), juga dikenal sebagai Cool Kiz On The Block, merupakan sebuah rancangan hiburan berunsur sukan yang mula ditayangkan pada 9 April 2013 di KBS2. Ia menggantikan rancangan Moonlight Prince. Episod terakhir rancangan ini ditayangkan pada 4 Oktober 2016 dan digantikan oleh rancangan Trick & True.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seorang pekerja dari bahagian hiburan stesen TV KBS telah mengumumkan pada 25 Mac 2013 kepada portal berita Star News bahawa Kang Ho-dong, Lee Soo-geun dan Kim Byung-man akan menyertai sebuah rancangan hiburan sukan sebagai pengacara yang akan menggantikan rancangan Moonlight Prince berjudul "Our Neighborhood Arts and Physical Education". Beliau juga mengharapkan untuk menambah beberapa ahli tetap. Pada masa yang sama, Lee Ye-ji diumumkan akan mengetuai rancangan ini dan Moon Eun-ae akan menjadi penulis utama, dari rancangan Moonlight Prince dan Choi Jae-young, penulis utama dari 2 Days & 1 Night yang mengilhamkan idea rancangan baru ini. KBS menyatakan bahawa rancangan ini akan memaparkan orang awam yang mahir dalam seni dan sukan. Pengacara-pengacara akan melawat pelbagai kejiranan dan mengadakan pertandingan dengan mereka dan kebanyakan masa akan dijalankan di luar studio, manakala masa-masa lain akan dirakam di dalam studio. KBS juga menyatakan bahawa ia akan dirakam pada awal April dan episod pertama akan ditayangkan pada 9 April.[1]

Pada 27 Mac 2013, telah diumumkan bahawa ahli TVXQ, Changmin telah dipilih sebagai salah seorang pengacara untuk program ini. Malangnya walaupun Kim Byung-man akan menampilkan diri untuk rancangan ini, beliau hanya akan menyertai buat sementara waktu untuk projek pertama. Nama-nama seperti Jo Dal-han, Park Sung Ho dan Minho (SHINee) telah didedahkan akan menyertai sebagai jemputan pertama. Juga telah didedahkan bahawa beberapa episod awal akan difokuskan untuk sukan ping pong.[2]

Ia ditayangkan pada 9 April dan debut sebagai rancangan nombor satu untuk slot waktunya, mengalahkan rancangan SBS, Hwasin - Controller of The Heart. Syarikat AGB Nielsen Korea melaporkan pada 10 April bahawa episod pertama mencatat kadar tontonan 6.2%, satu kadar yang kukuh untuk slot waktu tersebut.[3]

Format[sunting | sunting sumber]

Satu sukan dipilih untuk suatu tempoh masa dan pasukan yang terdiri dari beberapa artis (termasuk pengacara) bersaing dengan rakyat dari seluruh Korea Selatan. Beberapa peraturan sukan tersebut akan disesuaikan agar sesuai dengan masa penyiaran. Bagi kebanyakan sukan, pasukan artis akan mencabar pasukan amatur tempatan dalam perlawanan rasmi setelah menjalani latihan asas, tetapi format akan berubah-ubah mengikut jenis sukan yang akan mereka hadapi: sebagai contoh, apabila sukan yang terpilih adalah taekwando, pasukan artis telah memilih orang biasa untuk berlatih dan menyertai bersama mereka dan apabila tenis adalah sukan yang telah dipilih, mereka menyertai pertandingan kebangsaan. Setakat ini, rancangan ini telah melakukan sukan ping pong, bowling, badminton, bola keranjang, taekwando, bola sepak, tenis, bola sepak kaki, berbasikal, berenang, jodo, gusti, bola tampar dan memanah.

Ahli-ahli dalam pasukan artis berubah setiap kali mereka menukar jenis sukan namun beberapa orang adalah ahli tetap: dalam episod-episod awal Kang Ho-dong, Lee Soo-geun, dan Changmin adalah ahli tetap, tapi dalam episod-episod berikutnya Kang Ho-dong adalah satu-satunya pengacara dan ahli tetap manakala ahli-ahli lain diberi giliran, termausk Jeong Hyeong-don, John Park, Seo Ji-seok, Oh Man-seok dan Yang Sang-guk.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

2013[sunting | sunting sumber]

2014[sunting | sunting sumber]

2015[sunting | sunting sumber]

2016[sunting | sunting sumber]

Kadar Tontonan[sunting | sunting sumber]

Kadar tontonan dibuat berdasarkan siaran langsung rancangan ini 우리동네 예체능 di KBS2 pada hari Selasa 11.10 malam waktu KST.

(Cool Kiz On The Block yang menyiarkan versi sarikata Inggeris yang disiarkan di KBSWorld pada setiap Selasa pukul 11.15 malam adalah lewat sebanyak 2 episod)

Rujukan[sunting | sunting sumber]