Mohor Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cop sulaiman)
Bentuk Heksagram
Bentuk Pentagram
Dua betuk mudah bagi cop sulaiman

Cop Sulaiman (Bahasa Arab: خاتم سليمان; Bahasa Ibrani: חותם שלמה) ialah sebuah cincin bermohor dengan lingkaran berbentuk bintang segi enam di dalamnya, yang mana dipercayai dimiliki Nabi Sulaiman. Cincin ini membolehkan baginda mengarahkan para jin, memerintah angin, dan bercakap dengan segala jenis haiwan. Bentuk cop ini muncul dalam dua rupa iaitu heksagram (segi enam) dan kadangkala pentagram (segi lima).

Cop Sulaiman biasanya dikenali sebagai Bintang Daud (Star of David) dan ia sering dikaitkan dengan bangsa Yahudi. Cop Sulaiman merupakan simbol biasa dalam Islam pada abad pertengahan, namun disebabkan ia dikaitkan dengan bangsa Yahudi pada hari ini, segelitir umat Islam memandang serong terhadapnya.