Cordon bleu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
A Schnitzel Cordon Bleu, as served in Switzerland

Cordon bleu ialah sejenis makanan dengan daging membaluti keju (atau berintikan keju), kemudian dibalut dengan serbuk roti dan digoreng.

Cordon bleu (daging anak lembu) ialah makanan dengan daging anak lembu yang telah diketuk nipis bersalut serbuk roti dan membalut sekeping prosciutto dengan sekeping keju (seperti Swiss), disalut serbuk roti dan digoreng atas kuali atau dibakar.[1] Schnitzel Cordon Bleu boleh menggunakan sama ada daging anak lembu atau peha babi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul cordon bleu ialah schnitzel yang diisi di dalamnya keju dan berasal dari Switzerland, barangkali sekitar 1940-an, mula-mula sekali muncul dalam buku masakan ialah pada 1949. Rujukan terawal bagi "cordon bleu ayam" ialah dalam The New York Times bertarikh 1967, sementara resepi daging anak lembu pula dijumpai sekurang-kurangnya pada tahun 1955.[2] Istilah Cordon Bleu berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud "Reben Biru".[3]

Pengubahsuaian[sunting | sunting sumber]

Bagi negara yang penduduk majoritinya beragama Islam, terdapat versi halal bagi cordon bleu yang juga popular. Pengubahsuaian itu menggunakan ayam membaluti daging lembu atau kambing berbanding daging babi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charles Anderson, Derek Blakemore -Modern food service – Page 51 1991 Cordon Bleu – Sliced ham and gruyere cheese in an escalope of veal
  2. ^ "The Food Timeline"
  3. ^ "The Phrase Finder"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]