Corgi Wales Cardigan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Corgi Wales (Cardigan))
Corgi Wales Cardigan
Corgi Wales Cardigan brindle dan putih
Nama ringkasCardigan
CWC
Cardi
Negara asalWales
Anjing (Canis lupus familiaris)

Corgi Wales Cardigan[a] ialah salah satu daripada dua keragaman berbeza bagi baka anjing gembala haiwan ternakan yang dikenali sebagai corgi Wales (berasal dari Wales), dengan yang lagi satu yang bernama corgi Wales Pembroke. Ia merupakan salah satu baka tertua dari Kepulauan British.[1] Corgi Wales Cardigan terkenal sebagai baka anjing amat setia dan mudah dilatih, secara semula jadi menyesuaikan diri terhadap penggembalaan banyak haiwan berbeza, daripada ayam itik dan unggas air hingga ternakan besar seperti biri-biri dan lembu.[2] Ia juga serba boleh dan dapat hidup di pelbagai latar belakang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Corgi Wales Pembroke dan corgi Wales Cardigan kedua-duanya pada asalnya disenaraikan sebagai satu baka oleh The Kennel Club (United Kingdom) pada tahun 1925; kedua-dua keragaman diiktiraf secara rasmi sebagai baka berlainan antara satu sama lain oleh The Kennel Club menjelang tahun 1928, tetapi masih dikategorikan bersama-sama di bawah judul "Welsh Corgis".[3] Pada tahun 1935, kedua-dua baka ini akhirnya diperihalkan sebagai baka berbeza secara unik dan ditunjukkan secara berasingan.[4] The Corgi Club diasaskan pada Disember 1925 di Carmarthen, Wales Selatan.[3] Anggota tempatan dilaporkan menggemari corgi Pembroke, jadi sebuah kelab untuk penggemar corgi Cardigan diasaskan setahun kemudian pada tahun 1926.[3] Kedua-dua kumpulan telah bekerja keras untuk memastikan penampilan dan jenis baka dipiawaikan melalui pembiakbakaan teliti dan terpilih.[3]

Satu teori, mengenai asal usul baka ini, ialah bahawa kedua-dua jenis corgi berasal daripada susur galur anjing jenis spits utara;[5] teori kedua ialah bahawa corgi berasal daripada keluarga anjing tekel yang juga merupakan asal usul dachshund.[6]

Perkataan "corgi" diterbitkan daripada cor gi dalam bahasa Wales yang memaksudkan "anjing kerdil".[7] Baka ini dahulunya dipanggil "anjing seela" (ci-llathed).[8] Nama "corgi Wales Cardigan" berasal daripada kawasan asal usulnya di Wales, iaitu Cardigan (bahasa Wales: Ceredigion) dan bukan pula daripada penandaan lapis bulunya yang kerap menyerupai "kardigan" atau "rompi" yang dipakai oleh anjing ini.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Corgi Cardigan ialah anjing panjang dan rendah dengan telinga tegak dan ekor berus musang.[9]

Pada asalnya digunakan hanya sebagai penjaga ladang, ia akhirnya memperoleh trait penggiring lembu, gembala, dan banyak lagi.[10] Ia masih sangat dihargai kerana kemahiran penggembalaan, kerja, dan penjagaan, serta pendampingan. Piawaian lama American Kennel Club memanggilnya "alsatian dengan tungkai pendek".[perlu rujukan] Ekor corgi Cardigan adalah panjang (tidak seperti corgi Wales Pembroke, yang ekornya mungkin panjang,[11] kontot secara semula, atau terpotong[12]).

Corgi Cardigan merle biru

Corgi Cardigan, yang berlapis bulu ganda, terdapat dengan pelbagai warna termasuk mana-mana cahaya warna merah, sabel atau brindle, serta hitam, dengan sawo matang atau tanpa sawo matang, brindle, atau merle biru, dengan titik-titik sawo matang atau brindle atau tanpa titik-titik sawo matang atau brindle. Warna tidak rasmi lain dapat wujud, seperti merle merah, tetapi warna ini tidak dianggap boleh diterima mengikut piawaian corgi Cardigan. Ia biasanya mempunyai warna putih pada leher, dada, tungkai, muncung, bawah perut, hujung ekor, dan sebagai takik pada kepala, yang dikenali sebagai "corak Ireland".[perlu rujukan] Penandaan lain termasuk bintikan pada tungkai dan muncung, muncung comot, dan tudung rahib, terutamanya pada anjing sabel (corak helaian bulu berhujung lebih gelap di atas warna lapis bulu merah dasar).[perlu rujukan] Corgi Cardigan biasa adalah setinggi sekitar 10–13 inci (25–33 cm) pada paras kelasa dan seberat 30–38 paun (14–17 kg) untuk jantan dan 25–34 paun (11–15 kg) untuk betina.[13]

Saiz perinduknya dapat berbeza-beza; biasanya empat hingga enam ekor anak anjing.[perlu rujukan]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]

Punca paling lazim bagi kematian dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 merupakan kanser (28.3%), usia lanjut (24.6%), dan gangguan saraf (15.2%).[15]

Penyakit ceper intervertebra anjing (IVDD) diketahui berlaku pada corgi Wales Cardigan. Ini berkemungkinan kerana corgi Cardigan merupakan baka kerdil (kondrodisplastik) dan baka ini kerap menderitai penyakit cakera Jenis I. Penyakit ini umumunya ditemukan pada baka dachshund.[16]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Corgi Wales Cardigan bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, dan penjejakan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Corgi yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[17]

  • Corgi Cardigan adalah anjing amat cerdas, aktif, dan atletik.
  • Anjing peliharaan rumah: Ia telah membuktikan diri sebagai haiwan pendamping cemerlang. Corgi Cardigan adalah penyayang dan setia.
  • Berdaya saing dalam ujian anjing gembala, ketangkasan anjing, kepatuhan kompetitif, dan rally obedience.
  • Anjing pengawal: Berkemampuan sebagai anjing pengawal walaupun saiznya kecil.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: کورݢي ويل‌س کرديݢن; bahasa Inggeris: Cardigan Welsh corgi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cardigan Welsh Corgi - Details". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2017. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  2. ^ Sheldon L. Gerstenfeld; Jacque Lynn Schultz; American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (15 Oktober 1999). ASPCA complete guide to dogs (dalam bahasa Inggeris). Chronicle Books. m/s. 160–. ISBN 978-0-8118-1904-6. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  3. ^ a b c d Debra M. Eldredge (27 Januari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD (dalam bahasa Inggeris). John Wiley and Sons. m/s. 21–. ISBN 978-0-470-39061-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2017. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  4. ^ "Corgis and the Queen: Celebrating the breed that the Queen made popular". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2019. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  5. ^ Debra M. Eldredge (27 Januari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD (dalam bahasa Inggeris). John Wiley and Sons. m/s. 21–. ISBN 978-0-470-39061-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2017. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  6. ^ "History of the Cardigan Welsh Corgi" (dalam bahasa Inggeris). Cardigan Welsh Corgi Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2007.
  7. ^ "Corgi". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2018. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  8. ^ "The "Yard-Long" Dog". National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). 9 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2018. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  9. ^ Richard G. Beauchamp (1 Mac 2010). Welsh Corgis: Pembroke and Cardigan (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 25–. ISBN 978-0-7641-4242-0. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  10. ^ Jan Greye; Gail Jesse Smith (30 Julai 2002). Puppy Parenting: Everything You Need to Know About Your Puppy's First Year (dalam bahasa Inggeris). HarperCollins. m/s. 30–. ISBN 978-0-06-001260-1. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  11. ^ Hytönen et al. (2008), "Ancestral T-box mutation is present in many, but not all, short-tailed dog breeds" (Inggeris), Journal of Heredity, Capaian Pendahuluan diterbitkan dalam talian pada 14 Oktober 2008, doi:10.1093/jhered/esn085 [1]
  12. ^ "Pembroke Welsh Corgi Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2008. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  13. ^ "Welsh Corgi Cardigan Dog Breed - Facts and Traits | Hill's Pet". Hill's Pet Nutrition (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2019. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  14. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  15. ^ Adams, V. J.; Evans, K. M.; Sampson, J.; Wood, J. L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x.
  16. ^ "Health: IVDD – Cardigan Welsh Corgi Club of America" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2020. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  17. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Baka haiwan Wales