Mahkota Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Corona Borealis)
Corona Borealis
Buruj
Corona Borealis
Nama LatinCorona Borealis
SingkatanCrB
GenitifCoronae Borealis
Sebutan/korona borealis/, genitif /korone borealis/
SimbolismeMahkota Utara
Pencerapan
(Epok J2000)
15j 16m 03.8205s–16j 25m 07.1526s[1]
Keserongan39.7117195°–25.5380573°[1]
KeluargaBeruang Besar
Keluasan179 darjah persegi (ke-73)
Bintang
Bintang utama8
24
Bintang dengan planet
5
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
4
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
α CrB (Alphecca or Gemma) (2.21m)
Bintang terhampirHD 144579
(46.86 tc, 17.25 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −50°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Julai.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mahkota Utara atau Corona Borealis (CrB) ialah sebuah buruj kecil di Hemisfera Samawi Utara. Namanya dalam bahasa Latin, diilhamkan sempena rupa bentuknya, bermaksud "mahkota utara" kerana bintang-bintang cerahnya membentuk lengkung separuh bulatan. Sebagai padanan utara bagi Corona Australis (Mahkota Selatan), buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Dalam mitologi klasik, Corona Borealis pada amnya mewakili mahkota yang diberikan oleh Dewa Dionysus kepada Puteri Kreta, Ariadne, dan ditetapkan olehnya di syurga. Budaya-budaya lain menyamakan coraknya dengan sebulatan orang tua-tua, sarang helang, sarang beruang, atau juga lubang asap.

Bintang tercerahnya ialah Alpha Coronae Borealis bermagnitud 2.2. Raksasa super kuning R Coronae Borealis ialah prototaip bagi sekelas bintang raksasa jarang—bintang-bintang berubah R Coronae Borealis—yang sangat kekurangan hidrogen, dan disangakakan disebabkan daripada penggabungan dua buah kerdil putih. T Coronae Borealis, juga dikenali sebagai Bintang Nyala, ialah satu lagi jenis luar biasa bagi bintang berubah yang dikenali sebagai nova berulang. Biasanya bermagnitud 10, bintang ini menyala sehingga magnitud 2 pada 1946. ADS 9731 dan Sigma Coronae Borealis merupakan sistem berbilang bintang dengan enam dan lima komponen masing-masing. Lima sistem bintang telah ditemui mempunyai planet luar bersaiz Musytari. Abell 2065 ialah sebuah gugusan galaksi yang sangat padat sejauh satu bilion tahun cahaya dari Sistem Suria kitara, mengandungi melebihi 400 anggota, dan merupakan sebahagian daripada Gugusan Super Mahkota Utara.

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Corona Borealis, constellation boundary". The Constellations. Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Dicapai pada 27 Februari 2014.
Teks kutipan
  • Ridpath, Ian; Tirion, Wil (2001). Stars and Planets Guide. Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat: Akhbar Universiti Princeton. ISBN 978-0-691-08913-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Templat:Bintang dalam Corona Borealis

Koordinat: Peta langit 16h 00m 00s, +30° 00′ 00″