Country Garden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Country Garden (Holdings) Limited
碧桂园控股有限公司
Syarikat milik persendirian
IndustriHartanah
Ditubuhkan1997
PengasasEncik Yang Guoqiang
Ibu pejabatShunde, Foshan, Guangdong, China
Tempat dibekalkan
China, Malaysia
Perancang utama
Pengerusi: Encik Yang Guoqiang
Pemegang saham terbesar: Cik Yang Huiyan
Laman sesawangCountry Garden (Holdings) Limited

Country Garden (Tulisan Cina: 碧桂園; Pinyin: Bìguìyuán) (SEHK: 2007) ialah sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Guangdong, China, yang dimiliki oleh keluarga Yang Guoqiang (Tulisan Cina: 杨国强; Pinyin: Yáng Guóqiáng). Ia memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah kediaman mewah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1997 di Shunde, Guangdong, Country Garden telah tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong pada 20 April 2007, membuatkan lima pemegang sahamnya jutawan.

Pengasas, Yang Guoqiang membina syarikat itu dari bawah. Beliau sebelum ini bekerja sebagai petani dan di tapak pembinaan.

Pada tahun 2005, Yang memindahkan sahamnya di Country Garden kepada anaknya, Yang Huiyan. Pada bulan Oktober 2007, beliau telah diisytiharkan sebagai wanita terkaya di Asia oleh Majalah Forbes dengan nilai bersih $16 bilion. [1] Yang kekal menjadi pengerusi dan ketua eksekutif syarikat itu.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]