Creed (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Creed
Creed dalam satu pertemuan semula di Salt Lake City, Oktober 2009
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Naked Toddler (1994), Maddox Creed (1994)
Berasal dariTallahassee, Florida, U.S.
Genre
Tahun aktif
  • 1994–2004
  • 2009–2012
Syarikat rakaman
Wind-up
Pengkarya berkait
Alter Bridge
Ahli
Bekas ahli
  • Brian Brasher

Creed ialah sebuah kumpulan rock Amerika dari Tallahassee, Florida, ditubuhkan pada tahun 1994. Dalam sebahagian besar kewujudannya, kumpulan itu terdiri daripada vokalis utama Scott Stapp , pemain gitar dan vokalis Mark Tremonti, pemain bes Brian Marshall dan pemain dram Scott Phillips. Creed mengeluarkan dua album studio, My Own Prison pada 1997 dan Human Clay pada 1999, sebelum Marshall meninggalkan band pada 2000. Album ketiga kumpulan itu , Weathered, dilancarkan pada 2001, dengan Tremonti sebagai pemain gitar bes. Creed dibubarkan pada 2004; Stapp meneruskan kerjaya solo manakala Tremonti, Marshall, dan Phillips mengasaskan band Alter Bridge dengan Myles Kennedy.

Pada tahun 2009, Creed bersatu semula dengan album keempat, Full Circle, dan berjelajah sehingga 2012. Sejak itu, Creed berada dalam hiatus, sementara ahli instrumental kekal aktif dengan Alter Bridge; Stapp meneruskan kerjaya solonya dan menyertai kugiran Art of Anarchy pada 2016. Tremonti juga membentuk bandnya sendiri, Tremonti, pada 2011.

Creed ialah antara kugiran-kugiran paling ketara dalam genre post-grunge yang muncul dalam pertengahan 1990-an. Masyhur pada lewat 1990-an dan awal 2000-an, Creed melancarkan tiga album multiplatinum berturut-turut, dengan album Human Clay memperoleh pengiktirafan berlian RIAA. Rekod-rekod Creed terjual sebanya lebih 28 juta di Amerika,[1] dan berjaya menjual lebih 53 juta album,[2] serta menjadi artis kesembilan paling laku pada 2000-an.[3] Walau bagaimanapun, Creed juga menerima kritikan negatif oleh sebilangan pengkritik dan pendengar; para pembaca Rolling Stone menetapkan Creed sebagai artis paling teruk 1990-an.[4]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cohen, Jonathan (December 1, 2008). "Rock act Creed in talks to reunite". Reuters.
  2. ^ "Creed's Scott Stapp: From Ruin To Redemption". chattanoogan.com. February 11, 2014.
  3. ^ "Yahoo Top 20 sellers of the 2000s". YahooMusic. Diarkibkan daripada yang asal pada January 15, 2012.
  4. ^ "Readers' Poll: The Ten Worst Bands of the Nineties". Rolling Stone. Dicapai pada June 8, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]