Criss Angel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Criss Angel
KelahiranChristopher Nicholas Sarantakos
(1967-12-19) 19 Disember 1967 (umur 51)
Hempstead, New York, A.S.
PekerjaanAhli silap mata/Penghibur/Personaliti TV
Tahun aktif1997–kini
PasanganJoAnn Winkhart (2002–2005; bercerai)
Laman webCrissAngel.com

Christopher Nicholas Sarantakos (dilahirkan pada 19 Disember 1967),[1] lebih dikenali dengan nama pentas Criss Angel, ialah seorang ahli silap mata Amerika. Karier Angel bermula di Bandaraya New York, sebelum memindahkan pangkalan operasinya ke Las Vegas. Dia dikenali kerana membintangi rancangan TV dan pentas Criss Angel Mindfreak dan rancangan persembahan langsung ilusinya Criss Angel Believe dengan kerjasama Cirque du Soleil di kasino Luxor di Lembah Las Vegas, Nevada. Rancangan itu menjana pendapatan pelancongan sebanyak 150 juta dolar bagi Las Vegas pada tahun 2010. Dia juga membintangi siri TV Believe di Spike TV, rancangan TV Phenomenon, dan rancangan pentas 2014 Criss Angel Magicjam.

Angel telah berada dalam siaran perdana lebih banyak jam berbanding ahli-ahli silap mata yang lain dalam sejarah, antara siri TVnya dan pelbagai rancangan khas dalam TV kabel dan jaringan kerja. Dia juga memegang pelbagai rekod dunia yang dibuat sepanjang persembahan silap matanya, dan dinamakan sebagai Ahli Silap Mata Dekad ini pada tahun 2009 dan Ahli Silap Mata Kurun ini pada tahun 2010 oleh Kesatuan Ahli Silap Mata Antarabangsa. Di samping kariernya sebagai ahli silap mata, Angel adalah penyanyi utama kumpulan Angeldust, yang menerbitkan lima buah album antara 1998 dan 2003. Dia juga mengarang buku Mindfreak: Secret Revelations.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Disember 1967,[2] Angel dilahirkan di Hospital Umum Hempstead, Hempstead, New York, di Long Island. Dia berketurunan Yunani.[3][4] Angel dibesarkan di Elmont sehinggalah Gred 4, apabila keluarganya berpindah ke East Meadow, New York.[5] Bapanya, John Sarantakos memiliki sebuah restoran dan kedai donut.[6] Dia mula berminat terhadap silap mata pada usia tujuh tahun dan mempamerkan persembahannya pada usia 12 tahun dengan bayaran $10. Pengaruh awal utamanya ialah Harry Houdini. Pada usia 14 tahun, Angel membuat persembahan sepanjang persekolahan menengahnya di restoran-restoran di East Meadow, termasuklah Wine Gallery. Silap mata terbesar pertama Angel adalah membuatkan ibunya terapung di dalam bilik keluarga mereka.[2][6] Pada awal kariernya, dia dibantu oleh pembiak baka dan pengacara TV realiti Marc Morrone, yang membantu Angel mencari dan melatih sekawan merpati untuk aksinya.[7]

Pada masa dia menamatkan persekolahan di East Meadow High School, dia mengambil keputusan untuk mengejar cita-cita sebagai ahli silap mata profesional berbanding meneruskan pengajian di peringkat kolej seperti yang dihajati orang tuanya.[1] Menurut Biography Channel, "Angel berangkat dan memulakan jelajah bersama-sama lakonan persembahan kembara lain. Antara kembara dan persembahan, dia cuba melanjutkan pengajiannya secara sendiri dengan mengkaji sejarah silap mata di perpustakaan-perpustakaan awam. Dia juga mempelajari seni mistik, muzik, seni mempertahankan diri dan malahan tarian."[2]

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Angel mengatakan bahawa "Saya menjauhkan diri daripada ahli-ahli silap mata ketika saya masih muda kerana saya tidak mahu berfikir seperti mereka dan mahu mencipta gaya saya sendiri."[8] Penampilan TV pertamanya adalah pada tahun 1994, tempat dia membuat persembahan sebagai sebahagian daripada rancangan istimewa masa perdana ABC selama sejam yang berjudul Secrets.[2] Salah seorang penyokong terawal Angel ialah pengarah filem seram Clive Barker. Pada tahun 1995, Barker meminta Angel bekerja dengannya dalam filem Lord of Illusions. Dia juga kemudiannya merakam intro bagi album Angel World of Illusion: System One. Barker berkata tentang Angel pada pertengahan 1990-an bahawa "Criss Angel itu luar biasa, satu campuran silap mata khayalan yang hebat. Inilah masa depannya, dan ia tidak datang cukup cepat."[9] Pada tahun 1998, Angel mempersembahkan satu pertunjukan sepuluh minit sepanjang perjalanan persidangan "World of Illusion" di Madison Square Garden, dengan membuat persembahan sebanyak 60 pertunjukan sehari.[6]

Angel juga membintangi movie TV 1997 The Science of Magic dan susulan 2003nya The Science of Magic II.[10] Criss Angel Mindfreak, yang kemudiannya menjadi siri TV pertama Angel, pada asalnya adalah pertunjukan luar Broadway oleh Angel yang dipilih oleh World Underground Theatre pada tahun 2001. Sekiranya dia membuat pertunjukan itu, Angel bekerja di jalanan untuk mempromosikan pertunjukan itu kepada pejalan kaki.[6] Criss Angel Mindfreak menjalankan lebih daripada 600 persembahan antara 2001 dan 2003 di World Underground Theater di Times Square.[2] 24 jamnya di dalam setanki air mencatatkan catatan dunia untuk jumlah masa terpanjang bagi manusia berada sepenuhnya di dalam air.[11] Persembahan ini juga menjadi sebahagian daripada rancangan khas TV pertamanya.

Angel juga dikenali kerana tidak menggalakkan keyakinan terhadap perantaran, dengan menyatakan bahawa tiada jalan bagi perantara untuk bercakap dengan orang yang telah mati. Dia berkata, "Sekiranya seseorang melakukannya untuk tujuan hiburan, itu satu hal. Tetapi sekiranya mereka mendakwa dapat berkomunikasi dengan orang mati, saya tidak peduli jika mereka berasal dari kampung halaman saya, saya tidak peduli jika mereka adalah ahli keluarga saya: saya akan dedahkan mereka dan beritahu mereka siapa mereka sebenarnya."[12]

Kurungan seksaan air di Times Square, 2002[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2002, Angel menghabiskan masa selama 24 jam dibelenggu di dalam sebuah kurungan seksaan air bersaiz pondok telefon yang berisi air berhampiran kedai hiburan WWE di Times Square New York, syarikat WWE adalah pemilik Teater World Underground tempat Angel pernah mempersembahan pertunjukan pentasnya. Sebagai persediaan untuk silap mata itu, dia berlatih kolam renang kawasan belakang rumah seorang jiran bersebelahan dengan rumah ibunya di East Meadow, New York. Sebelum persembahan dia hanya mampu meluangkan masa selama 12 jam berturut-turut di dalam air. Dia berpuasa selama 24 jam sebelum persembahan untuk membiasakan diri tidak keluar dan pergi ke tandas sepanjang tempoh itu. Sepanjang silap mata itu, dia menggunakan 16 tangki oksigen. Selepas silap mata itu dia dikehendaki menanggalkan belenggu dan rantainya sebelum keluar dari air. Dalam masa sejam, kulitnya mula bertindakbalas secara besar terhadap air.[13]

Pada penghujung persembahan, menurut Ted Shaffrey, "Sebelum dia timbul dari alat aneh bersaiz pondok telefon yang dibuat daripada plastik jernih dan keluli, Angel mencabut hos udara yang membolehkannya bernafas. Kemudian para pembantu menarik langsir hitam di atas bilik 220 galon untuk menghalang pandangan kamera TV dan lebih kurang 100 orang yang berkumpul di luar jendela tempat dia dipamerkan. Dengan berselindung, Angel nampaknya melepaskan diri dari belenggu yang mengikat lengan, kaki dan lehernya, sebelum menarik dirinya sendiri dari bilik berair itu dengan jeritan keraian." Sejurus menyempurnakan silap mata itu dengan jayanya, dia digambarkan mempunyai "kulit berkedut dan mata merah", dan sejurus timbul dari tangki dia dibawa ke Hospital St. Clare dan dirawat kerana penyahidratan yang teruk. Dia dilaporkan selepas itu bahawa dia menderita kepanasan melampau, keletihan maut dan separa kesedaran semasa berada di dalam tangki itu.[14]

Rancangan khas TV dan penampilan promosi (2002-2005)[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Oktober 2002, Angel membuat persembahan dalam rancangan khas TV ABC Family berjudul Criss Angel Mindfreak: Postmodern illusionist, satu persembahan selama sejam dan adalah penghormatan buat Harry Houdini.[15][16] Rancangan khas itu disiarkan lagi pada 24 Disember 2002 di Channel 4, UK. Birmingham Evening Mail yang mengulas rancangan itu menulis, "Criss Angel kini sedang menempa nama sebagai alternatif yang lebih provokatif, lebih gelap berbanding ahli ilusi lain." Dia berjalan di jalan-jalan New York, memukau orang yang lalu-lalang, menukarkan cawan kopi bawa balik menjadi lipas dan menggantungkan dirinya di siling dengan memasukkan cangkuk pada belakangnya. Piece de resistance kesemua permainan minda ini adalah kemas kini silap mata dalam air Houdini - satu cubaan untuk berada di dalam sebuah tangki berisi air selama 24 jam, berkunci dan terikat. Semuanya kelihatan berjalan lancar sehinggalah sistem penapis rosak dan air mula menjadi panas."[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Unbylined (n.d.). "Criss Angel biography". Las Vegas Sun. Dicapai November 20, 2009. 
  2. ^ a b c d e "Criss Angel Biography". Biography. Dicapai February 12, 2014. 
  3. ^ Gray, Mark (June 6, 2007). "Criss Angel (Sort Of) Explains Cameron Diaz Shout-Out". People. Look, I'm Greek. 
  4. ^ Kopka, Deborah (25 November 2010). Eastern Europe and Russia: Eastern Europe and Russia. Lorenz Educational Press. m/s. 49. ISBN 978-1-4291-2252-8. Dicapai 6 April 2012. 
  5. ^ Lovece, Frank (October 15, 2013). "Criss Angel on his new show, 'BeLIEve': 'It's healthy' to be skeptical". Newsday. New York City / Long Island. Dicapai 2013-10-29. 
  6. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fff tidak disediakan
  7. ^ Marc Morrone and Nancy Ellis-Bell (2010). A Man for All Species: The Remarkable Adventures of an Animal Lover and Expert Pet Keeper. Random House. m/s. 97. Dicapai February 13, 2014. 
  8. ^ Karen Idelson (September 15, 2006). "Now you see them: magic goes mainstream as bigscreen pics, cable hits and Vegas hipsters offer more than card tricks". Daily Variety. Dicapai February 13, 2014. 
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Leachone tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IMDBio tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan xst tidak disediakan
  12. ^ Frank Lovece (October 11, 2013). "Criss Angel on his new show, 'BeLIEve': 'It's healthy' to be skeptical". Newday. Dicapai March 7, 2014. 
  13. ^ Sarah Kugler (August 26, 2002). "Illusionist, trained in backyard pool, tries 24 hours underwater in Times Square tank". Associated Press. Dicapai February 12, 2014. 
  14. ^ Ted Shaffrey (August 27, 2002). "Illusionist emerges after 24 hours underwater, thanks crowd, plugs show, passes out". Associated Press. Dicapai February 12, 2014. 
  15. ^ Jim Forkan (September 30, 2002). "'Halloween' promo estimate: $2.5m.(ABC Family)". Multichannel News. Dicapai February 13, 2014. 
  16. ^ "Television highlights for the week of Oct. 20-26". Knight Ridder. October 10, 2002. Dicapai February 13, 2014. 
  17. ^ "TV: Tune in to the alternative magical experience.(Features)". Birmingham Evening Mail. December 20, 2002. Dicapai February 13, 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Famous Magicians