Cucu Tauke Beras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cucu Tauke Beras
GenreCinta
Komedi
Ditulis olehAzlina Din
PengarahKhalid Nadzri
Dibintangi oleh
Azrel Ismail
Zahirah MacWilson
Ariff Aziz
Tania Hudson
Kay Maria
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranJumaat - Ahad, 6.58 Petang
Syarikat penerbitan
(A.Aida Production Sdn.Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3, (Slot Dahlia)
Siaran asal15 April 2017 – 28 Mei 2017
Kronologi
MengikutiMeh Sandar Pada Aku
Diikuti olehMenantu Bilal

Cucu Tauke Beras ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Khalid Nadzri, di bintangi oleh Azrel Ismail, dan Zahirah MacWilson . Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 15 April 2017 mengantikan Meh Sandar Pada Aku. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cucu Tauke Beras mengisahkan Irsya (Zahirah), yang dihantar ayahnya pulang ke kampung untuk membantu datuknya mengendalikan perniagaan keluarga ketika cuti semester.

Irsya yakin bahawa kerjanya sangat mudah. Dia berangan untuk menjadi ketua di sebuah pejabat dengan kondisi yang selesa dan berhawa dingin.

Harris (Azrel Ismail), sepupu kepada Irsya telah menjemputnya ke rumah datuk. Irsya terkejut melihat Harris yang dahulunya montel, kini sudah menjadi lelaki segak.

Namun harapannya untuk kerja mudah meleset apabila datuknya mahu Irsya mempelajari proses menanam padi dari mula.

Mampukah Irsya bertahan dengan segala tugasan yang diberikan oleh datuknya itu? Adakah dia akan berputus asa dan pulang ke bandar?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Muzik dan Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

No.TajukArtisMasa
1."Marry Me"Mark Adam3:47
2."Buat Macam Ni"Viral3:34
3."Tidak Adil"Lawa Nie Gang
4."Biasa"Zahid feat Viral4:12
5."Katakan Tidak"Afgan


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Cucu Tauke Beras. MyInfoTaip. Dicapai 17 Ogos 2021
: Dahlia , Jumaat - Ahad , 6:58 petang
Sebelumnya Cucu Tauke Beras Berikutnya
Meh, Sandar Pada Aku! Menantu Bilal