Cucur
Penampilan
Cucur (Tulisan Jawi: چوچور) sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan bahan-bahan lain dan digoreng, ini bermaksud cucur ialah adunan berasaskan tepung yang boleh berintikan pelbagai jenis bahan, seperti jagung, udang, ikan bilis, sayur-sayuran dan lain-lain. Rupa bentuk kuih ini lebar dan leper. Juga mempunyai tekstur rangup dan berminyak. Cucur yang terkenal ialah cucur udang.