Cuora trifasciata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Cuora trifasciata
Cuora trifasciata.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Geoemydidae
Genus: Cuora
Spesies: C. trifasciata
Nama binomial
Cuora trifasciata
(Bell, 1825)
Sinonim[2]
  • Sternothaerus trifasciatus Bell, 1825
  • Emys (Cistuda) trifasciata Gray, 1831
  • Cistuda trifasciata Gray, 1831
  • Cistudo trifasciata Duméril & Bibron, 1835
  • Cuora trifasciata Gray, 1856
  • Pyxidemys trifasciata Fitzinger, 1861
  • Terrapene trifasciata Strauch, 1862
  • Cyclemys trifasciata Boulenger, 1889
  • Cuora [cyclornata] cyclornata Blanck, McCord & Le, 2006
  • Cuora cyclornata meieri Blanck, McCord & Le, 2006
  • Pyxiclemmys trifasciata Vetter, 2006

Cuora trifasciata juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Syiling Emas ialah spesies kura-kura yang berasal dari selatan China dan utara Vietnam.[2]

Spesies ini boleh dijumpai di China (Guangdong, Guangxi, Fujian, Hainan serta Hong Kong dan Macau) dan utara Vietnam.[2] Populasi yang ditemui di sebahagian Vietnam dan Laos kini dianggap sebagai spesies lain, iaitu C. cyclornata.[3]

Baka Kacukan antara spesies rapatnya yang berbeza sering terjadi sama ada kura-kura yang diternak atau dari habitat liar. Sesetengahnya dianggap sebagai spesies baru, seperti Kura-kura Kolam Fujian ("Mauremys" × iversoni), Biasanya ia dikacukkan spesies jantan dengan Kura-kura Tasik Kuning Asia betina (Mauremys mutica). Kemungkinan, Kura-kura Katup Syiling Emas juga adalah induk kepada spesies Chinese false-eyed turtle dan Philippen's striped turtle.[4]

Spesies ini dikelaskan sebagai spesies yang sangat terancam dan hampir pupus oleh IUCN.[5] Haiwan ini dijadikan sebagai produk perubatan tradisional,[6] contohnya ramuan bagi perubatan cina yang dikenali sebagai guīlínggāo (龜苓膏); walaupun memburu haiwan ini dianggap sebagai kesalahan. C. trifasciata disenaraikan sebagai antara 25 kura-kura darat dan air paling terancam oleh Turtle Conservation Coalition.[7]

Spesimen yang ditayangkan di Taman Nasional Zoologikal Smithsonian, Washington, DC

Penternakan[sunting | sunting sumber]

C. trifasciata diternak oleh peladang-peladang China. Kajian menunjukkan penternak membela sebanyak 115,900 kura-kura dari spesies ini; 20,600 dijual setiap tahun, dengan anggaran kasar keuntungan lebih US $37 juta. Setiap penternak C. trifasciata memperoleh lebih $1,800, menjadikan haiwan ini antara yang termahal dijual berbanding spesies lain. (Sebagai perbandingan, Kura-kura Pelodiscus sinensis yang diternak untuk dimakan bernilai bawah daripada $7, manakala Cuora mouhotii pula, dijual sekitar $80. Tidak termasuk penternak yang tidak mendaftarkan perniagaan spesies ini, yang sebenarnya menjadikan anggaran tersebut lebih besar.[8] C. trifasciata yang ditangkap lebih bernilai tinggi berbanding yang diternak sama ada dalam pasaran perubatan tradisional atau perdagangan haiwan liar.[9][10][11] Jantina Kura-kura C. trifasciata ditentukan oleh suhu persekitaran.[7][11] Disebabkan suhu yang lebih hangat di kawasan-kawasan ladang, penternak hanya memperoleh kura-kura betina,[7][11] menjadikan harga kura-kura jantan yang ditangkap bernilai lebih $20,000.[7][11] Kebanyakan C. trifasciata yang terlepas ke habitat liar membentuk populasi baru menyebabkan pencemaran genetik.[10][11][12][13]

Ladang penternakan Kura-kura C. trifasciata terbesar terletak di Boluo County, Guangdong. Menurut pemiliknya, Li Yi (李艺), ladang tersebut dimulakan pada tahun 1989 oleh induk yang ditangkap dari habitat liar (dua ekor jantan dan enam betina) di beli dari pasar tempatan, dan kini memiliki "lebih 2000" ekor kura-kura.[14] Menurutnya lagi, kura-kura tersebut boleh membiak apabila mencecah usia 8 tahun.[15]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asian Turtle Trade Working Group (2000). "Cuora trifasciata". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2000: e.T5962A97360008. doi:10.2305/IUCN.UK.2000.RLTS.T5962A11969807.en. Dicapai 9 November 2017. 
  2. ^ a b c Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 218–219. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai 29 May 2012. 
  3. ^ Blanck et al. (2006)
  4. ^ Parham et al. (2001), Buskirk et al. (2005)
  5. ^ ATTWG (2000)
  6. ^ da Nóbrega Alves et al. (2008)
  7. ^ a b c d "Turtles in Trouble: The World's 25+ Most Endangered Tortoises and Freshwater Turtles" (PDF). International Union for Conservation of Nature. February 2011. 
  8. ^ Shi, Haitao; Parham, James F; Fan, Zhiyong; Hong, Meiling; Yin, Feng (2008-01-01), "Evidence for the massive scale of turtle farming in China", Oryx, Cambridge University Press, 42, m/s. 147–150, doi:10.1017/S0030605308000562, dicapai 2009-12-26 
  9. ^ Courtney, Cavaliere (2010). "How TCM Purchases in Western Markets Can Impact Bear Farming Practices in Asia". HerbalGram. American Botanical Council. Dicapai 2 February 2016. 
  10. ^ a b "Conclusions from the Workshop on Trade in Tortoises and Freshwater Turtles in Asia". ASIAN TURTLE TRADE WORKING GROUP. 1 December 1999. 
  11. ^ a b c d e Platt, John R. (20 March 2013). "5 Turtles from Nearly Extinct Species Fly Home to Hong Kong". Scientific American Blog Network. Dicapai 2016-02-01. 
  12. ^ Norris, Scott (27 March 2007). "China's Turtle Farms Threaten Rare Species, Experts Say". National Geographic News. 
  13. ^ James, Parham; SHI, HAITAO (2001). "The Discovery of Mauremys iversoni-like Turtles at a Turtle Farm in Hainan Province, China: The Counterfeit Golden Coin". Asiatic Herpetological Research. 
  14. ^ 财富人物:金钱龟"中国第一人" ("People and fortune: Country's No. 1 Golden-coin-turtle man") 2007-09-24 (Cina)
  15. ^ Liyi Gold-coin Turtle Breeding Farm: Breeding and reproduction[pautan putus]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Blanck, T., W.P. Mccord & M. Le (2006): On the Variability of Cuora trifasciata. Edition Chimaira. 153pp.
  • Buskirk, James R.; Parham, James F. & Feldman, Chris R. (2005): On the hybridisation between two distantly related Asian turtles (Testudines: Sacalia × Mauremys). Salamandra 41: 21-26. PDF fulltext[pautan putus]
  • da Nóbrega Alves, Rômulo Romeu; da Silva Vieira; Washington Luiz & Gomes Santana, Gindomar (2008): Reptiles used in traditional folk medicine: conservation implications. Biodiversity and Conservation 17(8): 2037–2049. doi:10.1007/s10531-007-9305-0 (HTML abstract, PDF first page)
  • Parham, James Ford; Simison, W. Brian; Kozak, Kenneth H.; Feldman, Chris R. & Shi, Haitao (2001): New Chinese turtles: endangered or invalid? A reassessment of two species using mitochondrial DNA, allozyme electrophoresis and known-locality specimens. Animal Conservation 4(4): 357–367. PDF fulltext Erratum: Animal Conservation 5(1): 86 HTML abstract

Pautan luar[sunting | sunting sumber]