Cuping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cuping
Gray904.png
Telinga luaran. Permukaan sisian.
Latin auricula
Ruj. Gray subject #229 1034
Arteri aurikel posterior, aurikel anterior
Saraf trigeminal, aurikel besar, oksipital kecil
Limfa Kepada nodus-nodus pra- dan pasca-aurikel, nodus-nodus rantaian parotid dan serviks

Dalam anatomi haiwan, cuping atau pina (pinna, bulu pelepah dalam bahasa Latin) merupakan bahagian telinga yang kelihatan dan terletak pada luar kepala (ini juga boleh dipanggil aurikel atau aurikula).

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Bagi seekor impala, cuping telinga berguna untuk mengumpulkan bunyi

Fungsi cuping telinga adalah mengumpulkan bunyi serta melakukan transformasi spektrum pada bunyi-bunyi mendatang yang membolehkan proses penentuan arah bunyi secara menegak.[1] Ia mengumpul bunyi dengan bertindak sebagai corong yang menguatkan bunyi dan menghalakannya ke arah salur pendengaran. Sambil dipantulkan dari cuping, bunyi juga melalui proses penapisan dan juga pemodulatan amplitud bersandarkan frekuensi yang menambahkan maklumat arahan kepada bunyi. Kesan penapisan oleh cuping telinga manusia terutamanya memilih bunyi-bunyi dalam julat frekuensi perbualan mansuia. Untuk pelbagai spesies, cuping telinga boleh juga mengisyaratkan angin perasaan serta menyinarkan haba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]