Déjà vu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Déjà vu (Dengari/ˌdʒɑː ˈv/; Sebutan bahasa Perancis: [deʒa vy]), daripada bahasa Perancis yang bermaksud "sudah lihat", ialah suatu fenomena mengalami perasaan kuat bahawa sesebuah peristiwa atau pengalaman yang sedang dialami itu telah dilalui seseorang pada masa lalu.[1][2][3][4] Déjà vu ialah perasaan sudah terbiasa dengan sesuatu manakala déjà vécu (perasaan seperti "sudah melalui" sesuatu)[5] pula suatu perasaan ingatan.[6]

Istilah-istilah yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

Jamais vu[sunting | sunting sumber]

Jamais vu (daripada bahasa Perancis yang ertinya "tidak pernah dilihat")ialah istilah psikologi yang digunakan untuk menggambarkan apa-apa keadaan biasa yang tidak dikenali oleh para pemerhati. Ia merupakan sifat yang berlawanan dengan déjà vu.

Jamais vu melibatkan perasaan kengerian dan gambaran pemerhati melihat sesuatu keadaan itu untuk pertama kalinya, meskipun dia mengetahui dengan rasionalnya bahawa dia pernah berada dalam keadaan sebegini. Perkara ini lebih biasanya diandaikan seperti ketika seseorang tidak mengenali sebarang perkataan, orang, atau tempat yang mereka sudah ketahui untuk seketika. Jamais vu kadangkalanya juga dikaitkan dengan jenis-jenis afasia, amnesia, dan epilepsi yang tertentu.

Perasaan ini dapat ditimbulkan melalui jenuh semantik (semantic satiation). Terdapat suatu kajian yang dilakukan oleh Chris Moulin dari Universiti Leeds di mana dia telah meminta 95 orang sukarelawan untuk menulis perkataan "pintu" 30 kali dalam 60 saat, 68 peratus daripada bilangan sukarelawan tersebut dilaporkan mempunyai gejala jamais vu dengan ada beberapa orang daripada mereka menyatakan keraguan mereka sama ada "pintu" ialah perkataan sebenar.[7]

Presque vu[sunting | sunting sumber]

Presque vu (Sebutan bahasa Perancis: [pʁɛsk vy], "hampir dilihat") ialah perasaan kuat berada di ambang rasa insaf yang sangat kuat tanpa mencapai bayangan yang sebenarnya. Perasaan ini sering berkaitan dengan perasaan tidak lengkap atau sempurna yang begitu mengecewakan dan menggoda.[8]

Déjà entendu[sunting | sunting sumber]

Déjà entendu, ("sudah mendengar") ialah pengalaman berasa pasti telah terdengar sesuatu, meskipun butiran yang diberikan bagi menyokong pengalaman tersebut adalah tidak tepat atau mungkin bayangan semata-mata.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brown, A. S. (2003). "A Review of the Deja Vu Experience". Psychological Bulletin. 129: 394–413. doi:10.1037/0033-2909.129.3.394. 
  2. ^ O'Connor, A. R; Moulin, C. J. A. (2010). "Recognition without identification, erroneous familiarity, and déjà vu". Current Psychiatry Reports. 12: 165–173. doi:10.1007/s11920-010-0119-5. 
  3. ^ Schnider, Armin. (2008).
  4. ^ Blom, Jan Dirk. (2010).
  5. ^ Ratliff, E. (02-06-2006).
  6. ^ Illman, N. A.; Butler, C. R.; Souchay, C.; Moulin, C. J. A. (2012). "Déjà Experiences in Temporal Lobe Epilepsy". Epilepsy Research and Treatment. 2012: 1–15. doi:10.1155/2012/539567. 
  7. ^ Ahuja, Anjana (2006-07-24). "Doctor, I've got this little lump on my arm . . . Relax, that tells me everything". London: Times Online. Dicapai pada 2010-05-01. 
  8. ^ Blom, Jan Dirk (2009).
  9. ^ Grinnel, Renée (2008). "Déjà Entendu". PsychCentral. Dicapai pada 2011-04-10 
  10. ^ Mental Status Examination Rapid Record Form

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]