Désert

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Désert"
Single oleh Émilie Simon
daripada album Émilie Simon
Sisi A"Desert (Versi Bahasa Inggeris)"
Dilancarkan padaOktober 2002
Dirakamkan pada2002
FormatCakera padat
Rekod vinil
GenreElektronik
Panjang3:02
SyarikatBarclay
Universal
PenulisÉmilie Simon
Kronologi single Émilie Simon
"Désert" ""Flowers"
(2003)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Désert" (bermaksud "gurun" dalam Bahasa Melayu) ialah sebuah lagu yang telah ditulis oleh penyanyi serta pengkarya lagu Perancis, Émilie Simon. Lagu tersebut ialah sebuah lagu berbahasa Perancis dengan gaya muzik elektronik. Lagu tersebut merupakan lagu pertama dalam senarai lagu untuk album Émilie Simon. Lagu "Désert" telah dilancarkan sebagai single sulung dari album studio pertamanya, Émilie Simon.

"Désert" merupakan sebuah kejayaan untuk Émilie Simon di tanah airnya, dari segi kritikal dan komersial.

Pada tahun 2006, sebuah lagu bertajuk "Desert" iaitu lagu "Désert" versi Bahasa Inggeris telah dilancarkan di Amerika Syarikat sebagai single. Single tersebut merupakan single kedua yang dikeluarkan daripada album himpunan, The Flower Book.

"Désert" telah dipasarkan dengan format cakera padat dan rekod vinil serta cakera padat maxi-single dengan set senarai lagu yang berbeza.

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Émilie Simon mengeluarkan ranting-ranting dari lengannya.

Video muzik bagi lagu "Désert" telah diarah oleh Philippe André[1] dan diterbitkan oleh Wanda[2].

Video muzik ini bermula dengan Émilie Simon bertubuh kecil (mungkin sekali sebuah patung) sedang duduk di atas kerusi di bawah lampu. Beliau telah menarik jerami-jerami serta ranting-ranting dari kedua-dua lengannya. Kita dapat lihat bahawa bunga-bungaan pada ranting-rantingan tersebut mekar sebaik sahaja dikeluarkan daripada lengan beliau. Seterusnya sepasang tangan yang besar muncul, lalu bertindak dengan menarik kesemua ranting dan jerami yang terkeluar lalu menjahit lengan Émilie Simon kembali. Video ini berakhir dengan sepasang tangan tersebut berundur (perhatikan bahawa tangan tersebut kini bersaiz sama dengan tangan Émilie Simon). Akhir sekali, kita dapat lihat Émilie Simon, yang telah besaiz normal, duduk di atas kerusi tersebut (menunjukkan Émilie Simon telah bertukar daripada "patung" ke "manusia" semasa video muzik ini sedang berjalan).

Senarai lagu dalam single[sunting | sunting sumber]

Cakera padat dan vinil 12 inci[sunting | sunting sumber]

  1. "Désert"
  2. "Desert"

Cakera Maxi-Single[sunting | sunting sumber]

  1. "Desert"
  2. "Desert" (Mix Puzzle Avril)
  3. "Desert" (Remix Leila)
  4. "Désert"
  5. "Désert" (Remix Thievery Corporation)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tapak web Philippe André
  2. ^ Video muzik Désert di BEAM.TV