D-Crunch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
D-Crunch
181118 디크런치 명동 버스킹 1.jpg
D-Crunch membuat persembahan hiburan jalanan di Myeong-dong, November 2018.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
디크런치
Berasal dari Korea Selatan
GenreK-pop, hip-hop, tarian
Tahun aktif2018–kini
Syarikat pengurusan
All-S Company
Kegiatan berkaitan
Geupsik-Dan
Ahli
  • Hyunwook
  • O.V
  • Hyunho
  • Minhyuk
  • Hyunwoo
  • Hyunoh
  • Chanyoung
  • Jungseung
  • Dylan

D-Crunch (Hangul: 디크런치) adalah sebuah kumpulan muzik lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh All-S Company.[1] Kumpulan muzik yang terdiri daripada sembilan orang anggota ini membuat penampilan sulung pada 6 Ogos 2018 melalui pelancaran album single 0806.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum pembentukan[sunting | sunting sumber]

D-Crunch telah dibentuk oleh Lee Jong-seok, dan anggota kumpulan muzik itu berlatih bersama untuk satu tahun.[3][4] Nonet hip hop ini pertama kali diumumkan pada 4 Julai 2018. Nama kumpulan muzik tersebut merupakan singkatan bagi 'Diamond-Crunch', menandakan kumpulan itu berupaya memecahkan berlian dengan "persemabahan yang kuat dan unsur muzik yang berkuasa".[3] Pertimbangan lain untuk nama kumpulan itu termasuklah Hip Hop Force dan Hip Hop Gangster (Daya Hip Hop dan Samseng Hip Hop).[5]

Sebelum D-Crunch memulakan penampilan pertama mereka, anggota O.V, Chanyoung, Jeongseung, dan Dylan serta pelatih–pelatih perempuan All-S Company membuat kemunculan sulung melalui unit Geupsik-Dan dengan "Geupsik".[6] Kumpulan muzik tersebut terdiri daripada enam orang penyanyi rap dan tiga penyanyi vokal—anggota yang lain ialah Hyunwook, Hyunho, Hyunoh, Hyunwoo, and Minhyuk[7]—yang diketuai oleh O.V and Hyunwook sebagai ketua–ketua kumpulan.[8]

Pelancaran album[sunting | sunting sumber]

D-Crunch memulakan kegiatan sulung mereka dengan pelancaran album single 0806 dan single utama "Palace" (Istana) pada 8 Ogos 2018.[9] Ia diikuti dengan pelancaran album mini pertama M1112 (4colors) dan single utama "Stealer" (Pencuri) pada 12 November tahun yang sama.[10] Kumpulan muzik ini berjaya memperoleh kategori Anugerah Fokus di Anugerah Artis Asia 2018, empat bulan selepas penampilan pertama mereka.[11]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

D-Crunch meletakkan asas dalam muzik hip hop dan cuba "untuk menyampaikan mesej" melalui seni kata lagu mereka.[12][13] O.V, Hyunwook, dan Hyunoh membentuk kumpulan penulisan lagu G.I.G, yang membentuk arah tuju muzik kumpulan.[14] Setiap anggota kumpulan memberikan buah fikiran kepada penulis lagu, yang kemudiannya dikembangkan untuk disesuaikan dengan gaya kumpulan.[13] D-Crunch juga memetik kumpulan muzik BTS sebagai contoh peranan mereka.[15]

Anggota[sunting | sunting sumber]

Nama Perihalan lain
Pentas Penuh
Hyunwook
(현욱)
Ji Hyun-wook
(지현욱)
  • Tarikh lahir: (1998-07-01) 1 Julai 1998 (umur 21)
  • Asal: Gwangmyeong, Wilayah Gyeonggi
  • Peranan: Ketua, penyanyi vokal utama
O.V
(오뷔)
Kim Sang-chan
(김상찬)
Hyunho
(현호)
Lee Hyun-ho
(이현호)
  • Tarikh lahir: (1998-11-04) 4 November 1998 (umur 21)
  • Asal: Ulsan, Wilayah Gyeongsang Selatan
  • Peranan: Penyanyi rap
Minhyuk
(민혁)
Kim Min-hyuk
(김민혁)
  • Tarikh lahir: (1999-11-06) 6 November 1999 (umur 20)
  • Asal: Suwon, Wilayah Gyeonggi
  • Peranan: Penyanyi rap
Hyunwoo
(현우)
Baik Hyun-woo
(백현우)
  • Tarikh lahir: (1999-02-19) 19 Februari 1999 (umur 20)
  • Peranan: Penyanyi vokal
Hyunoh
(현오)
Park Hyun-oh
(박현오)
  • Tarikh lahir: (1999-11-06) 6 November 1999 (umur 20)
  • Asal: Changwon, Wilayah Gyeongsang Selatan
  • Peranan: Penyanyi vokal
Chanyoung
(찬영)
Kim Chan-young
(김찬영)
  • Tarikh lahir: (2000-11-20) 20 November 2000 (umur 18)
  • Asal: Ulsan, Wilayah Gyeongsang Selatan
  • Peranan: Penyanyi rap
Jungseung
(정승)
Park Jung-seung
(박정승)
  • Tarikh lahir: (2002-05-26) 26 Mei 2002 (umur 17)
  • Asal: Iksan, Wilayah Jeolla Utara
  • Peranan: Penyanyi rap, anggota termuda
Dylan
(딜란)
Park Yeon-jae (박연재)
Dylan Park
  • Tarikh lahir: (1999-11-06) 6 November 1999 (umur 20)
  • Asal: Ilsan, Wilayah Gyeonggi
  • Peranan: Penyanyi rap, anggota termuda

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Artis Asia Anugerah Fokus Menang [11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "디크런치 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai 16 Disember 2018. 
  2. ^ Min Jin-kyung (17 Ogos 2018). "디크런치(D-CRUNCH), `0806` 데뷔 쇼케이스 비하인드 영상 공개 [동영상]" (dalam bahasa Korea). MK News. Dicapai 16 Disember 2018. 
  3. ^ a b Kim, Myeong-mi (4 Julai 2018). 걸스데이 제작자, 힙합 장르 남자아이돌 팀명 '디크런치' 공개. Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai 28 November 2018. 
  4. ^ Seo Beom-se (12 November 2018). [1618]디크런치, "데뷔 후 첫 미니앨범 선보여…힙합으로 '렛츠 기릿(Let′s get it)'". Campus Job&Joy (dalam bahasa Korea). Dicapai 14 Disember 2018. 
  5. ^ Go Seung-ah (6 Ogos 2018). 디크런치 현욱 "팀 명 후보? 힙합기동대-힙합갱스터도 있었다". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Herald Corporation. Dicapai 29 November 2018. 
  6. ^ Kim Su-kyeong (9 Julai 2018). 디크런치 유닛 '급식단', 서공예와 한림예고의 만남. 10asia (dalam bahasa Korea). Korea Entertainment Media. Dicapai 28 November 2018. 
  7. ^ Go Seung-ah (16 Julai 2018). 신인 보이그룹 디크런치, 8월 6일 데뷔 확정…전곡 멤버 자작곡. Herald Pop (dalam bahasa Korea). Herald Corporation. Dicapai 28 November 2018. 
  8. ^ Lee Ho-yeon (8 Ogos 2018). [fn★인터뷰①] ‘괴물 신인’ 디크런치, 단단하게 준비한 반짝이는 데뷔. The Financial News (dalam bahasa Korea). Dicapai 30 November 2018. 
  9. ^ Hwang Su-yeon (6 Ogos 2018). "전곡 자작곡" 9인조 디크런치, 오늘(6일) 데뷔 싱글 발매. Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai 28 November 2018. 
  10. ^ Lee Ha-na (12 November 2018). 디크런치, 오늘(12일) 4개월 만에 'M1112(4colors)'로 컴백…전곡 작사 · 작곡. Seoul Economy (dalam bahasa Korea). Dicapai 14 Disember 2018. 
  11. ^ a b Cho Jeong-won (29 November 2018). "디크런치, 생애 첫 시상식 '2018 AAA'서 포커스상 수상". The Financial News (dalam bahasa Korea). Dicapai 14 Disember 2018. 
  12. ^ Lee Jeong-ho (6 Ogos 2018). 디크런치 "우리 정체성 보여주고파 힙합곡으로 데뷔". Starnews (dalam bahasa Korea). Dicapai 29 November 2018. 
  13. ^ a b Jung Byeong-keun (21 November 2018). 디크런치 "전곡 자작곡+안무…결과도 우리 책임"(인터뷰). Joynews24 (dalam bahasa Korea). inews24. Dicapai 14 Disember 2018. 
  14. ^ Hwang Su-yeon (11 Oktober 2018). 디크런치 "롤모델은 방탄소년단, 가요계에 한 획을 긋고 싶어요"(인터뷰). Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai 4 Disember 2018. 
  15. ^ Lee Jeong-ho (6 Ogos 2018). 디크런치 "롤모델 방탄소년단..특히 제이홉 좋아해". Starnews (dalam bahasa Korea). Dicapai 29 November 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]