DAMAI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dewan Amal Islam Hadhari atau 'Kelab Damai' dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Julai 2009, di Universiti Teknologi Mara UiTM, Shah Alam, Selangor.


Kelab Damai menjadi penaung kepada pergerakan persatuan-persatuan Islam di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)di seluruh negara.Watikah Penubuhan Kelab Damai diserahkan Naib Canselor semua IPTA di seluruh negara.

Pemimpin pelapis[sunting | sunting sumber]

Mahasiswa merupakan belia yang bakal menjadi pemimpin negara. Kepimpinan mahasiswa adalah amat penting sebagaimana pesanan Imam Al-Ghazali. Jika golongan belia sesebuah negara itu baik, maka masa hadapan negara itu berada di tangan barisan yang boleh ditaruhkan harapan. Perkaderan pada zaman Rasulullah amat menitikberatkan tarbiyyah dan disiplin sepertimana baginda membimbing para sahabat seperti Usamah, Muaz dan Mus'ab.Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah biarpun jenazah Rasulullah s.a.w pada masa itu belum disemadikan lagi demi ketamadunan dan survival ummah.

kepimpinan Islam menekankan taklif yakni amanah yang mesti dilaksanakan dan bukannya tashrif yakni kemuliaan semata-mata bagi membawa transfromasi yang besar kepada negara.Pemimpin yang dipilih mestilah seimbang antara roh dan jasad, antara pembangunan kerohanian dan kebendaaan bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Kemimpinan mestilah mendapatkan keredaan Allah.

Pengerusi Damai ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kemudian diambil alih oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]