Pergi ke kandungan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Koordinat: 3°9′8.8″N 101°41′39.0″E / 3.152444°N 101.694167°E / 3.152444; 101.694167
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada DBKL)

3°9′8.8″N 101°41′39.0″E / 3.152444°N 101.694167°E / 3.152444; 101.694167

[sunting | sunting sumber]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL, pejabat pentadbiran DBKL.
Intisari agensi
Dibentuk1 Februari 1972; 53 tahun yang lalu (1972-02-01)
Agensi-agensi terdahulu
  • Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
  • Suruhanjaya Ibu Kota Persekutuan Kuala Lumpur
Bidang kuasa
Kuala Lumpur
Ibu pejabatMenara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Moto"Bersedia Menyumbang Bandaraya Cemerlang"
Belanjawan tahunanRM 2.905 billion (2018) [1]
Eksekutif agensi
Laman sesawang
www.dbkl.gov.my

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini ialah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.[2]

DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.

Senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur

[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1972, Kuala Lumpur telah dipimpin oleh 16 orang Datuk Bandar. Jawatan Datuk Bandar diwujudkan bagi menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota selepas ibu kota Malaysia itu menerima penaiktarafan menjadi bandar raya. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur : [3]

# Datuk Bandar Tahun Menjawat
1. Tan Sri Dato' Lokman bin Yusof 1972
2. Tan Sri Dato' Seri Yaacob Latiff 1972 - 1980
3. Tan Sri Dato' Seri Dr Elyas Omar 1980 - 1992
4. Tan Sri Dato' Dr. Mazlan Ahmad 1992 - 1995
5. Tan Sri Dato’ Indera Kamaruzzaman Shariff 1995 - 2001
6. Datuk Mohmad Shaid Mohd Taufek 2001 - 2003
7. Datuk Seri Ruslin Hasan 2003 - 2005
8. Datuk Seri Abdul Hakim Borhan 2005 - 2007
9. Tan Sri Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail 2007 - 2013
10. Tan Sri Datuk Seri Ahmad Phesal Talib 2013 - 2015
11. Tan Sri Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz 2015 - 2018
12. Datuk Seri Nor Hisham Bin A Dahlan 2018 - 2020
13. Datuk Seri Mahadi Che Ngah 2020 - 2023
14. Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh 2023 - 2024
15. Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif 2024 - 2025
16. Datuk Fadlun bin Mak Ujud 2025 - Kini

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya

[sunting | sunting sumber]

Lembaga Penasihat Bandaraya dianggotai oleh seorang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan, dua orang lantikan negeri Selangor, seorang wakil Kementerian Kewangan, seorang wakil Unit Perancang Ekonomi dan sepuluh orang individu yang tidak memegang jawatan perkhidmatan awam. [4]

# Jawatan Nama Catatan
# Datuk Bandar YBhg. Datuk Fadlun bin Mak Ujud Pengerusi
1 Ahli Lembaga Penasihat YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim Wakil Jabatan Wilayah Persekutuan
2 Ahli Lembaga Penasihat YAD Raja Dato' Muzzafar bin Raja Redzwa Wakil Kerajaan Negeri Selangor [5]
3 Ahli Lembaga Penasihat YB Dato' Setia Haji Haris bin Kassim Wakil Kerajaan Negeri Selangor
4 Ahli Lembaga Penasihat YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor Wakil Kementerian Kewangan
5 Ahli Lembaga Penasihat YBrs. Encik Che Kodir bin Bahrum Wakil Unit Perancang Ekonomi

Zon pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Zon Kawasan Peta
Damansara Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Pusat Bandar Damansara, Kerinchi, Bangsar South, Segambut, Mont Kiara, Sri Hartamas, Segambut, Sentul
Klang Lama Seputeh, Pantai Baharu, Kuchai Lama, Taman OUG, Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi
Kepong Kepong, Jinjang
Pusat Bandar Kuala Lumpur
Setiawangsa Ampang, Setiawangsa
Cheras Maluri, Miharja, Bandar Tun Razak, Bandar Sri Pemaisuri

UNESCO City of Design

[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Oktober 2025, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) secara rasmi mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Dunia dalam kategori Reka Bentuk sempena sambutan World Cities Day 2025 di Paris.

Pengiktirafan ini menzahirkan usaha berterusan Kuala Lumpur dalam menjadikan kreativiti sebagai pemacu utama pembangunan bandar yang mampan. Ia mengukuhkan komitmen bandar raya ini untuk memanfaatkan reka bentuk dalam membentuk persekitaran bandar yang inklusif, berdaya tahan dan beridentiti budaya, selaras dengan pelaksanaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) serta aspirasi Warisan KL.

Dengan pengiktirafan ini, Kuala Lumpur kini sebaris dengan 57 bandar lain yang turut tersenarai dalam kategori sama, termasuk Riyadh (Arab Saudi), Sao Paulo (Brazil), Ho Chi Minh City (Vietnam), Lucknow (India) dan Varna (Bulgaria). Secara keseluruhan, rangkaian UNESCO Creative Cities Network (UCCN) kini merangkumi 408 bandar daripada lebih 100 negara di seluruh dunia

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "DBKL allocates RM2.9b under 2018 budget | Malay Mail".
  2. ^ "Kuala Lumpur". Columbia Encyclopedia, Sixth Edition 2007. Columbia University Press. Dicapai pada 6 December 2007.
  3. ^ "Malaysia's towns and cities are governed by appointed mayors". City Mayors. 2006. Dicapai pada 9 October 2006.
  4. ^ Vijenthi Nair dan Shalini Ravindran (13 Julai 2018). "All political appointees on DBKL advisory board step down". The Star. Dicapai pada 30 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Merupakan Orang Besar Daerah Klang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]