DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI KELANTAN (DPMMNK)[sunting | sunting sumber]

LATAR BELAKANG PENUBUHAN
  • Bermula dengan penubuhan “Dewan Perniagaan Melayu Kelantan (DPMK)”, dalam tahun 1938. DPMK telah dipelopori penubuhannya oleh sekumpulan peniaga-peniaga Melayu Kelantan, yang menjadi perintis[nyatakan menurut siapa?] kepada penubuhan Dewan-Dewan Perniagaan bagi negeri-negeri lain, seperti Perak (1951); Johor (1952); Selangor (1953); Terengganu (1953); Kedah (1956); Pulau Pinang dan Seberang Perai (1959); Negeri Sembilan (1960); Perlis (1963); Melaka (1963); Pahang (1972); dan Wilayah Persekutuan (1975).
  • DPMK merupakan salah satu daripada enam buah Dewan-Dewan Negeri yang telah telah bergabung menubuhkan “Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se Malaya (GDPMM)”, pada tahun 1956. Walau bagaimanapun, DPMK dan lain-lain Dewan Negeri yang membentuk pergabungan tersebut telah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri masing-masing. GDPMM merupakan badan induk yang bertujuan mewujudkan satu pertubuhan di peringkat kebangsaan yang lebih kukuh bagi menyatukan Dewan-Dewan Negeri. Semasa diwujudkan pergabungan tersebut, DPMK telah dipengerusikan oleh Haji Nik Hassan bin Haji Nik Yahya[perlu rujukan] (kini Dato’).
  • Seawal penubuhannya, DPMK yang telah dipelopori oleh sekumpulan peniaga Melayu telah bergerak aktif bagi menjamin kepentingan dan hak ahlinya, sehingga mereka mempunyai bangunan pejabat dan beberapa unit hartanah sendiri, di Jalan Tengku Chik, Kota Bharu, Kelantan.
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU CAWANGAN KELANTAN (DPPMMCK) 1974 
  • Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dalam tahun 1971, yang menekankan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama, melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, khususnya bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan, maka struktur organisasi Dewan juga turut berubah. Perlembagaan GDPMM telah disusun semula telah membawa perubahan kepada nama dan struktur pentadbirannya. GDPMM telah ditukar kepada ‘Dewan Perniagaan Dan Perusahaan Melayu (DPPMM)’ dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 11 Februari, 1974.[perlu rujukan]
  • Perubahan tersebut bertujuan bagi menjadikan ‘Dewan’ sebuah badan yang lebih kukuh. Penukaran nama dari ‘Gabongan’ kepada ‘Dewan’ telah dibuat untuk menunjukkan, bahawa, ‘DPPMM’ kini bukan lagi merupakan satu gabongan yang terdiri dari ‘Dewan-Dewan Negeri’, tetapi ia adalah sebuah ‘Dewan Pusat’, yang mempunyai cawangan di tiap-tiap negeri. Perubahan ini telah membawa kepada penubuhan cawangan di peringkat Negeri Kelantan, iaitu “Dewan Perniagaan Dan Perusahaan Melayu Malaysia Cawangan Kelantan (DPPMMCK)”, yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Ogos, 1974, dialamat No. 1856, Jalan Pendek, Kota Bharu, Kelantan.
  • Mengikut Perlembagaan baru ini ‘DPPMMCK’ adalah merupakan cawangan kepada ‘DPPMM’. Lantaran itu, melalui kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada Jawatankuasa Agung, DPPMM, mempunyai hak untuk campurtangan dalam hal-ehwal DPPMMCK.
  • Perubahan Perlembagaan tersebut berlaku semasa era Tengku Razaleigh Hamzah selaku Yang DiPertua GDPMM. Beliau inginkan sebuah badan yang benar-benar kukuh dan dapat mewakili peniaga-peniaga Melayu dalam menghadapi persaingan yang hebat dengan peniaga-peniaga asing. Tengku Razaleigh berpendapat, walaupun tiap-tiap negeri telahpun mempunyai Dewan Perniagaan Melayu masing-masing, tetapi tidak ada perkembangan dan perhubungan yang erat di antara satu negeri dengan negeri yang lain.
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI KELANTAN (DPMMNK)1994
  • DPPMMCK sekali lagi mengalami perubahan apabila DPPMM menjalani perubahan struktur pada tahun 1994 di bawah teraju tokoh korporat yang pertama dipilih, iaitu Tan Sri Azmi Wan Hamzah, yang membabitkan pindaan nama dan Perlembagaannya, berserta Perintah Peraturan, yang telah diterima sebulat suara oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), yang telah diadakan pada 31 Mac, 1994. Perkara tersebut telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Mei, 1994, dan telah mula berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
  • Di bawah Perlembagaan baru ini nama DPPMM sekali lagi bertukar kepada “Dewan Perniagaan Melayu (DPMM)”. Perkataan ‘perusahaan’ telah digugurkan kerana perkataan ‘perniagaan’ itu sendiri sudah meliputi ‘perdagangan dan perindustrian’. Tempoh penggal pemilihan dan perlantikan jawatan di dalam Dewan-Dewan Negeri telah diselaras dengan Dewan Pusat, iaitu semua jawatan yang dipilih dan dilantik untuk dipegang selama tempoh satu penggal, iaitu tiga (3) tahun berturut-turut, berbanding tempoh penggal selama dua (2) tahun yang telah diamalkan di negeri-negeri sebelumnya. Penyelarasan ini bertujuan menyeragamkan pentadbiran di antara Pusat dan Negeri-Negeri, terutamanya yang melibatkan kepemimpinan Dewan.
ARAHALA PERJUANGAN DAN OBJETIF DEWAN PERNIAGAAN MELAYU KELANTAN 
  • Sebagai sebuah persatuan di peringkat Negeri Kelantan yang telah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri;
  • Arahala perjuangannya lebih terhad dan tertumpu kepada sebilangan kecil ahli yang berdaftar dengan persatuan tersebut;
  • Gerakannya meliputi hal-hal yang berkaitan dengan keperluan dan kepentingan ahli di peringkat negeri, dengan pihak Penguasa-Penguasa Tempatan, seperti menyokong permohonan ahli untuk mendapat permit, lesen perniagaan, dan seumpamanya;
  • Apabila bergabung di bawah GDPMM, skop perkhidmatannya telah diperluaskan ke peringkat kebangsaan, termasuk menyokong permohonan-permohonan ahli melalui GDPMM, bagi mendapat kerja-kerja kontrak; pinjaman kewangan; pelesenan dan seumpamanya di peringkat kebangsaan;
  • Bekerjasama dengan GDPMM menganjur Kongres Ekonomi Bumiputera 1965, di Kuala Lumpur, dengan menyalurkan beberapa usul untuk kepentingan peniaga Melayu, termasuk persetujuan Kerajaan menubuhkan MARA bagi menggantikan RIDA yang didapati mempunyai beberapa kelemahan, termasuk aktivitinya lebih tertumpu kepada pembangunan untuk orang-orang Melayu di luar bandar sahaja
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU CAWANGAN KELANTAN(DPPMCK)
  • Bekerjasama dengan DPPMM meneruskan usaha-usaha ke arah memaju dan meningkatkan penyertaan ahli-ahli/usahawan Melayu dalam perniagaan dan perindustrian (selaras dengan matlamat DEB), dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Majlis Perjumpaan; dialog; ceramah; kursus; seminar dan aktiviti lain yang berkaitan dengan aspek perniagaan;
  • Menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil bagi mengadakan hubungan dan kerjasama dengan badan-badan dan agensi Kerajaan serta swasta, untuk kepentingan dan kebajikan ahli-ahli/usahawan Melayu yang bernaung di bawahnya;
  • Bekerjasama dengan DPPMM mendesak Kerajaan, melalui UMNO, mengada dan menjayakan Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua (KEB 2), bagi menilai prestasi dan pencapaian DEB yang pada waktu itu (1980) telahpun sampai ke peringkat pertengahan jalan;
  • Menyelaras dan menjayakan perlaksanaan Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk ahli-ahli yang terjejas dan menghadapi masalah akibat kemelesetan ekonomi 1984 – 1986.
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI KELANTAN(DPMMNK)
  • Bekerjasama dengan DPMM bagi menjayakan perjuangan tokoh-tokoh korporat Melayu ke arah mengangkat maruah dan martabat bangsa Melayu dalam ekonomi negara dan antarabangsa;
  • Penubuhan Biro-Biro dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Petugas/Perunding bagi mengenalpasti dan mengkaji setiap isu/masalah/cabaran yang dihadapi oleh sektor/ahli, kemudian berusaha menangani/mengatasi melalui penyerahan usul/memorandum, atau surat-surat sokongan kepada pihak Kementerian - Kementerian/agensi - agensi/Jabatan - Jabatan/ Institusi-Institusi yang berkaitan;Meneruskan pelaksanaan TPU di bawah Skim Runding Terus (SRT);
  • Mencetuskan peluang-peluang kepada ahli-ahli melalui Projek TPU/SRT, dan ‘Design & Build’, sebagai kontraktor/sub-kontraktor; pembekalan bahan-bahan binaan; perlindungan insuran; dan sebagai Pengurus/Perunding Projek;Melaksanakan berbagai program pendidikan; pengurusan; motivasi keusahawanan, dalam bentuk kursus/bengkel; ceramah dan seminar bagi mendedahkan ahli-ahli/usahawan Melayu kepada ilmu-pengetahuan semasa; kemahiran; maklumat berhubung tabung-tabung pembiayaan dan peluang-peluang menghadapi masalah akibat kemelesetan ekonomi 1984 – 1986.
PENUBUHAN SYARIKAT TAJAAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad

  • Mencetus penjanaan pendapatan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan
  • Mencetus peluang perniagaan kepada ahli-ahli / anggota Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan
MISI

Untuk menjadi sebuah organisasi yang berjuang menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu, demi kepentingan dan faedah ekonomi dan bangsa Melayu yang ditingkatkan maruah dan martabatnya.

VISI
  • Untuk melahirkan kelompok usahawan Melayu yang berniaga berteraskan aqidah dan mengamal nilai-nilai Islam, iaitu yang teguh dan terbentuk jiwanya; yakin dan jati diri; tangkas menghadapi rintangan; sentiasa mengejar kecemerlangan dan berdaya saing; menyedari potensi diri; tinggi nilai kerohaniannya; utuh nilai moral dan etikanya; luhur budi pekertinya; dan mantap keikhlasan dan keikramannya.
  • Untuk melahirkan kelompok usahawan Melayu yang mantap cintanya terhadap ilmu dan pengetahuan; tinggi daya fikirnya; canggih mindanya; jauh visinya; luas dan dalam pengetahuannya dan mampan daya tahannya.
  • Untuk melahirkan kelompok usahawan Melayu yang bertunjangkan sains dan teknologi, berdaya cipta dan berinovasi yang konstruktif.
  • Untuk melahirkan kelompok usahawan Melayu yang dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara; mempunyai semangat patriotik yang mendalam; bersifat dinamis dan tangkas merebut peluang.
OBJEKTIF-STRATEGI
  •  Bagi menrealisasikan misi dan mencetuskan visi strategiknya, DPMM Negeri Kelantan akan sentiasa mengambil Objektif-strategi berikut sebagai garis penggeraknya.
  • Menjadikan DPMM Negeri Kelantan sebagai satu wadah dan forum yang lebih mantap dan mampan bagi mengolah dan mengeluarkan pemikiran ahli dan bangsa Melayu, yang berkaitan dunia perniagaan dan keusahawanan.
  • Menjadikan DPMM Negeri Kelantan sebagai satu wacana yang lebih kukuh dan utuh bagi meningkatkan kredibilitinya supaya lebih disegani dan dihormati, serta berupaya mengembalikan maruah dan martabat usahawan Melayu dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.
  • Menjadikan DPMM Negeri Kelantan sebagai satu wahana yang lebih mampan untuk merebut peluang yang terluang dan diluangkan untuk ahlinya.
PERANAN DAN FUNGSI

Bagi meningkatkan kekesanan objektif-strateginya, DPMM Negeri Kelantan, berperanan dan berfungsi sebagaimana berikut:

  • Sebagai pemangkin / penjana, penyebar dan penyalur budaya luhur, yang berteraskan nilai-nilai murni Islam dalam program-program perniagaan dan keusahawanannya.
  • Sebagai sumber rujukan maklumat dan pengantaraan, antara ahli/ usahawan Melayu dengan pihak kerajaan / sektor awam.
  • Sebagai pengenalpasti, dan pencetus peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan
  • Sebagai tempat untuk usahawan Melayu yang berjaya, menyalurkan pengalaman, bantuan dan sokongan
  • Sebagai penyokong dan pendokong wawasan, strategi dan dasar kepimpinan negara ke arah mencapai matlamat melahirkan Masyarakat Perdagangan Dan Perusahaan Bumiputera (MPPB).
KEPEMIMPINAN
  • Dato’ Dr.Hj.Abdul Aziz B.Omar(1974-1984)
  • Dato’ Hj.Abdul Rahim B. Hj.Abdul Rahman(1984-1986)
  • Dato’ Dr.Hj.Mohd Adam B. Hj. Harun (1986-1998)
  • Tuan Haji Nik Abd Rahman Bin Haji Nik Taib (1998-2008)
  • Tuan Haji Mohd Rosli Bin Ismail (2009-2017)
  • En.Mohd Ali Amin Bin Ab.Latif (2017-kini
PENUBUHAN BIRO-BIRO

Program penubuhan Biro-Biro dilaksanakan bagi memberi ruang dan peluang kepada setiap Ahli Jawatankuasa khususnya, menyalurkan khidmat dan sumbangan bakti secara lebih berkesan bagi mencapai matlamat organisasi sebagaimana yang diwawaskan, dalam usaha membantu ahli-ahlinya.

  • Biro Pertanian , Perlombongan ,Agropolitan dan Bio Teknologi
  • Biro Hubungan Perhotelan dan Pelancongan
  • Biro Pendidikan dan Teknologi Pendidikan
  • Biro Pembinaan dan Hartanah
  • Biro Peruncitan, Perdagangan &b Perkilangan Biro Pembangunan Kemahiran & Modal Insan
  • Biro Pelaburan Domestik & Antarabangsa Biro Professional ,"Artificial Intelligence dan Tenaga
  • Biro Keahlian
  • Biro Ekonomi Digital
KESIMPULAN

DPMMNK sebagai sebuah organisasi yang menjaga kepentingan peniaga-peniaga Melayu, perlu terus diperkukuh dan dimantapkan. Terjayanya kelak strategi dan program DPMMNK, dalam usahanya bagi membantu ahli dan seterusnya memartabatkan ekonomi bangsa Melayu dalam arus ekonomi perdana, amat bergantung kepada kerjasama rapat dan mantap di antara kepemimpinannya, dan kerjasama rapat dan mantap di antara kepemimpinan dan keahliannya; di samping mempunyai satu barisan Kakitangan Sekretariat yang cekap, bermutu dan berdisiplin.