DGE Hall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daniel George Edward Hall
Potret Hall
Kelahiran(1891-11-17)17 November 1891
Meninggal dunia12 Oktober 1979(1979-10-12) (umur 87)
Hitchen, UK
WarganegaraBritish

Daniel George Edward Hall (1891-1979) merupakan ahli sejarah British,penulis dan akademik. Beliau menulis tentang sejarah Burma. Karya terbesarnya ialah 'Sejarah Asia Tenggara' yang dikatakan sebagai ensiklopedia. Beliau menjadi profesor sejarah Asia Tenggara di Cornell University dan University of London di mana beliau akhirnya menjadi Profesor Emeritus.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Daniel George Edward Hall dilahirkan pada 17 November 1891 dalam keluarga petani di Hertfordshire, England . Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tatabahasa Hitchin. Beliau memasuki Jabatan Sejarah di King College London (1913) dan lulus pada tahun 1916 dengan mendapat ijazah kepujian kelas pertama dalam Sejarah Moden, lantas memenangi Hadiah Memorial Gladstone. Beliau juga mendapat Ijazah Sarjana dari University of London dengan tesis – dasar luar Inggeris semasa pemerintahan Charles II. Semasa Perang Dunia Pertama, Hall berkhidmat sebagai tentera.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1919, beliau bekerja sebagai pensyarah sejarah di Royal Grammar School, Worcester. Beliau berkahwin Helen Eugenie Bank yang mengajar Sekolah Bedales, Hampshire.

Hall bekerja di Universiti Rangoon, Burma/Myanmar. Beliau tiba di Rangoon pada Mei 1921, beliau mendapati sukatan pelajaran sejarah tidak sesuai dengan universiti baharu itu dengan tumpuan pada Greece dan Rom klasik dan sejarah Eropah moden. Oleh itu, beliau menyediakan buku-buku teks yang bersesuaian dengan keperluan pelajar Burma. Tumpuannya ialah sejarah tempatan, budaya Burma dan kajian Asia.

Kertas kerjanya "Hubungan Inggeris dengan Burma, 1587-1686" disiarkan dalam Jurnal Persatuan Penyelidikan Myanmar, 1927. Hall dianugerahkan ijazah Doktor Kesusasteraan oleh Universiti London. Pada tahun 1934, Hall terpaksa meletak jawatan kerusi di Rangoon dan kembali ke England kerana masalah kesihatan keluarganya iaitu tidak boleh kekal di kawasan cuaca tropika. Sekembalinya ke England, Hall menjadi Guru Besar Caterham School di Surrey. Hall meninggalkan Caterham pada tahun 1949 apabila beliau dilantik sebagai pengerusi Jabatan Sejarah Asia Tenggara di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, University of London. Buku Sejarah Asia Tenggara diterbitkan pada tahun 1955. Pada September 1959, Hall bersara dari University of London dan menjadi profesor tamu di Universiti Cornell. Beliau kembali ke England pada tahun 1973. Hall menerbitkan biografi Henry Burney pada tahun 1975.

Hall meninggal dunia pada 12 Oktober 1979.


Buku dan Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  1. 1922: A Professorship of Far Eastern History JBRS
  2. 1925: A Brief Survey of English Constitutional History London: Harrap.
  3. 1927: English Relations with Burma, 1587-1686 Journal of the Burma Research Society
  4. 1928: Early English Intercourse With Burma, 1587-1743 Rangoon University Publications
  5. 1935: A High School British History, 1714–1930, for Burma, India and the East Oxford University Press
  6. 1945: Europe and Burma: A study of European Relations with Burma to the Annexation of Thibaw's Kingdom,1886 London: Oxford University Press
  7. 1950: Burma London: Hutchinson's University Library
  8. 1955: A History of Southeast Asia London: Macmillan Limited
  9. 1955: Michael Symes, Journal of his Second Embassy to the Court of Ava in 1802 London: George Allen and Unwin
  10. 1974: Henry Burney: A Political Biography London: Oxford University Press

Rujukan[sunting | sunting sumber]