Roslinda Abdul Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari DJ Lin)
Jump to navigation Jump to search
"DJ Lin" dilencongkan di sini.
DJ Lin
KelahiranRoslinda binti Abdul Majid
(1975-12-31) 31 Disember 1975 (umur 43)
Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyampai radio, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2004–kini
MajikanSuria FM (2006–kini)
Anak2

Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin (lahir 31 Disember 1975)[1] merupakan seorang penyampai radio dan penyanyi wanita Malaysia.[2] Beliau merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM dan terkenal kerana rancangan radio Suria Cinta yang dikendalikannya.[3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

DJ Lin merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Roslinda, lebih dikenali umum sebagai DJ Lin memulakan kerjaya awalnya di Best 104 sebelum berpindah ke Suria FM.

Pada 1 Jun 2006, beliau menyertai Suria FM yang mana beliau mengendalikan rancangan Suria Cinta pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8 malam hingga 1 pagi.[5] Suria Cinta membincangkan topik perhubungan dan percintaan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengurus Program di Suria serta memegang jawatan baharu di dalam pengurusan Star Radio Group.[6][7]

Pada November 2011, DJ Lin memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, "Ranting Kenangan" yang dicipta oleh Eddie Hamid dan ditulis oleh Ku Seman Ku Hussein.[8]

Beliau juga mengendalikan rancangan Apa Itu Cinta yang membincangkan tentang kisah cinta selebriti popular tanah air. Ia meraih 500,000 tontonan di Facebook rasmi Suria FM.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

DJ Lin merupakan anak ketujuh dari 10 beradik, lahir dan membesar di Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan ibu tunggal kepada dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Bapanya meninggal dunia pada 2000. Ibunya, Puteh Jantan mengalami bengkak jantung dan air memenuhi badan terutama paru-paru akibat kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik. Abangnya Ismail Abd Majid, meninggal dunia secara tiba-tiba akibat tekanan darah tinggi melampau sehingga pembuluh darah dikepalanya pecah pada 6 November 2017 pada 51 tahun.[10]

DJ Lin menjalani pembedahan membuang fibroid, iaitu ketumbuhan di pangkal rahim pada 1 Mei 2019. Beliau dinasihatkan oleh doktor agar berehat selama satu atau dua bulan.[11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2013
"Ranting Kenangan"

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Catatan
2010 Anugerah Sri Angkasa 2010 Penyampai Radio Wanita Terbaik Menang
2012 Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 Kesatria Puteri Penyampai Radio Penerima
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Penyampai Radio Wanita Popular Dicalonkan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Penyampai Radio Wanita Popular Dicalonkan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Penyampai Radio Wanita Popular Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyampai Radio Popular Dicalonkan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Penyampai Radio MeleTOP Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata DJ Lin Azhan.co. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  2. ^ Petah Wazzan Iskandar (16 Disember 2017). "DJ Lin cari rentak, keserasian pikul tugas baharu". Berita Harian. Dicapai 7 Ogos 2018. 
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Mei 2016). "Suria Cinta versi visual". Harian Metro. Dicapai 7 Ogos 2018. 
  4. ^ Ruhaya Ab. Hamid (8 Januari 2018). "Komitmen dan jiwa DJ Lin". Utusan Malaysia. Dicapai 22 September 2018. 
  5. ^ Zaidi Mohamad (7 Ogos 2018). "DJ Lin nafi kebal, anak emas Suria FM". Berita Harian. Dicapai 7 Februari 2017. 
  6. ^ "Dah Naik Pangkat, 'Suria Cinta' Tetap Ada". mStar Online. 16 November 2017. Dicapai 15 Mei 2018. 
  7. ^ Meen Tahrin (17 Mei 2018). "DJ Lin dilantik Pengurus Program Suria FM". Sinar Harian. Dicapai 14 November 2017. 
  8. ^ Siti Azira Abd Aziz (1 Januari 2012). "DJ Lin siap rakam single 'Ranting Kenangan'". mStar Online. Dicapai 17 Mei 2018. 
  9. ^ Michelle Gun (23 November 2017). "Apa Itu Cinta raih 500,000 tontonan di Facebook". Harian Metro. Dicapai 1 Disember 2017. 
  10. ^ Ridzuan Abdul Rahman (7 Januari 2018). "Dugaan berganda buat DJ Lin". Harian Metro. Dicapai 15 Mei 2018. 
  11. ^ DJ Lin selamat dibedah buang fibroid Harian Metro (1 Mei 2019). Dicapai pada 2 Mei 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]