DNA mitokondrion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
DNA mitokondrion manusia.

DNA mitokondrion (mtDNA atau mDNA[1]) merupakan DNA yang terletak dalam organel yang dipanggil mitokondrion, iaitu struktur di dalam sel eukariot yang menukarkan tenaga kimia dari makanan kepada bentuk yang boleh digunakan oleh sel, iaitu adenosine triphosphate (ATP). Kebanyakan DNA lain yang wujud dalam sel eukariot boleh dijumpai dalam nukleus sel, dan juga kloroplas tumbuhan.

Untuk manusia, DNA mitokondrion boleh dianggap sebagai pengekodan kromosom yang terkecil untuk 37 gen sahaja dan mengandungi sekitar 16,600 pasangan dasar sahaja. DNA mitokondrion manusia merupakan bahagian utama genom manusia yang mula-mula dijujukkan. Bagi kebanyakan spesies termasuk manusia, mtDNA diturunkan oleh ibu sahaja.[2]

Jujukan DNA mtDNA telah ditentukan daripada sebilangan besar organisma dan individu (termasuk yang pupus), dan perbandingan sesama jujukan DNA itu menggambarkan tulang belakang filogenetik yang mana ahli biologi boleh menjelaskan hubungan evolusi sesama spesies. Ini juga membolehkan penyelidikan terhadap keberkaitan dalam populasi, dan oleh itu telah menjadi penting dalam bidang antropologi dan biologi lapangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sykes, B (10 September 2003). "Mitochondrial DNA and human history". The Human Genome. Wellcome Trust. Dicapai pada 5 February 2012.
  2. ^ "Mitochondrial DNA: The Eve Gene". Bradshaw Foundation. Bradshaw Foundation. Dicapai pada 5 November 2012.