DVD-Video

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Struktur fail DVD-Video.

Cakera DVD-Video memerlukan pemacu DVD yang disertakan dekoder MPEG-2 (contohnya, pemain DVD atau pemacu DVD pada komputer disertakan perisian DVD). Filem DVD komersial dikodkan menggunakan gabungan video dimampat MPEG-2 dan audio pelbagai format (lazimnya format pelbagai saluran seperti diterangkan di bawah). Lazimnya kadar data bagi filem DVD terdiri daripada 3–10 Mbit/s, dan kadar bit biasanya bersifat adaptif, iaitu boleh berubah mengikut keadaan. Resolusi video dalam cakera NTSC ialah 720 × 480 dan dalam cakera PAL pula 720 × 576. Sejumlah besar runut audio dan/atau banyak bahan tambahan dalam cakera biasanya menyebabkan kadar bit (dan kualiti imej) yang lebih rendah bagi tujuan utamanya.

Data audio dalam gambar filem DVD mungkin terdiri daripada format PCM, Sistem Teater Digital (DTS), MP2, atau Dolby Digital (AC-3). Di negara yang memakai sistem warna NTSC apa-apa jenis video dalam DVD lazimnya mengandungi runut bunyi dalam (sekurang-kurangnya) bentuk format PCM atau Dolby AC-3, dan mana-mana pemain DVD berformat NTSC mesti menyokong kedua-dua format ini; yang lain boleh dipertimbangkan. Ini memastikan mana-mana cakera yang serasi dengan format ini boleh dimainkan pada mana-mana pemain yang serasi dengan format tersebut. Kebanyakan besar keluaran DVD format NTSC di pasaran pada masa kini memakai audio AC-3.

Mula-mulanya, di negara yang memakai piawaian PAL (e.g. hampir seluruh Eropah) bunyi DVD sewajarnya dipiawaikan kepada PCM dan MP2, namun nampaknya setelah tidak disetujui oleh Philips, dan menghadapi tekanan daripada orang awam, pada 5 Disember, 1997, Forum DVD menerima penambahan format Dolby AC-3 sebagai format elektif bagi cakera dan format wajib bagi pemain DVD. Kebanyakan besar keluaran DVD format PAL di pasaran kini menggunakan audio AC-3.

DVD boleh menampung lebih daripada satu saluran audio untuk digabungkan dengan kandungan video. Lazimnya, terdapat beberapa runut bunyi bagi lebih daripada satu bahasa (contohnya, bahasa asal suatu filem dalam cakera serta runut bunyi alih suara dalam bahasa yang ditutur di negara yang menjual DVD tersebut).

Sekatan[sunting | sunting sumber]

DVD-Video mempunyai empat sistem komplementari yang direka untuk mengehadkan pengguna DVD melalui pelbagai cara: Macrovision, Content Scrambling System (CSS), kod setempat, dan operasi pengguna yang tertutup (disabled user operations/Disabled UOPs).

Sistem pengarau kandungan (CSS)[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan judul DVD-Video menggunakan penguncian melalui sistem pengarau kandungan (content-scrambling system/CSS) encryption, yang bertujuan mengehadkan kebolehan orang ramai daripada menghasilkan salinan digital yang sempurna kepada media lain atau melangkaui mekanismer kawalan rantauan (lihat di bawah). Lazimnya, pengguna perlu memasang perisian yang disertakan dalam DVD atau dimuat turun dari Internet seperti WinDVD agar dapat melihat kandungan cakera dalam sistem komputer.

Sistem CSS pernah menyebabkan masalah besar bagi penyertaan pemain DVD di mana-mana sistem operasi sumber terbuka (open source), kerana implementasi pemain sistem sumber terbuka tidak diberi capaian secara rasmi kepada kunci-kunci pembukaan penguncian atau melesenkan paten yang terlibat dalam sistem CSS. Pemain perisian eksklusif (Proprietary software) juga sukar didapati untuk sebilangan platform DVD. Bagaimanapun, satu usaha telah dijayakan untuk mengarang dekoder melalui kejuruteraan pembalikan (reverse engineering), dinamakan DeCSS. Ini mengakibatkan masalah perundangan yang berpanjangan dan penahanan beberapa pihak yang terlibat dalam mereka atau mengedar kod DeCSS, melalui rujukan kepada Akta Hakcipta Milenia Digital AS yang kontroversi, atas sebab-sebab perisisan sebegini boleh digunakan untuk memudahkan penyalianan data yang terlarang pada cakera. Namun, oleh sebab bidang kuasa undang-undang AS terhad di dalam negara itu sahaja, negara-negara lain dapat menikmati perisian pengarau untuk melangkaui sekatan-sekatan DVD. Sejak itu, sebilangan perisian telah muncul di Internet untuk memaparkan kandungan DVD pada sebilangan platform.

Sekatan-sekatan ini juga menghalang orang ramai daripada menyalin kandungan DVD. Beberapa tahun yang lalu, sebilangan besar perisian telah direka untuk tujuan penyalinan, misalnya DVD Shrink, DVD Decrypter dan ShrinkTo5.

Kod rantau[sunting | sunting sumber]

Setiap cakera DVD-Video mengandungi satu atau lebih kod rantau, yang melambangkan tempat-tempat atau negara-negara di dunia di mana sesuatu filem DVD ditujukan untuk pengedaran dan penjualan. Spesifikasi pemain DVD-Video komersial menyatakan sesebuah pemain itu dimestikan cuma boleh memainkan cakera yang sepadan dengan kod rantaunya. Secara tidak langsung, ini membolehkan syarikat perfileman untuk mengawal pelbagai aspek pengeluaran filem (termasuk kandungan, tarikh dan harga) dari tempat ke setempat. Namun, secara praktiknya, kebanyakan pemain DVD membenarkan mainan mana-mana cakera tidak mengira kodnya, atau boleh diubahsuai untuk membolehkannya berbuat demikian. Tanpa bergantung kepada penguncian sekalipun, pengekodan rantau tertakluk kepada penguncian setempat, yang berasal daripada idea yang dikembangkan dalam industri permainan komputer dan video.

Kod rantau Liputan
0 Istilah tidak rasmi, menandakan "boleh dimainkan di semua tempat di dunia"
1 Bermuda, Kanada, Amerika Syarikat and wilayahnya
2 Kebanyakan negara Eropah, Timur Tengah, Mesir, Greenland, Jepun, Lesotho, Afrika Selatan, Swaziland
3 Asia Tenggara, Hong Kong, Macau, Korea Selatan, Taiwan
4 Amerika Tengah, Oceania, Amerika Selatan, Mexico
5 Negara-negara Afrika yang tidak disebut sebelumnya, Eropah Timur, Asia Selatan, Mongolia, Korea Utara, Rusia
6 Tanah Besar China
7 Disimpan untuk kegunaan masa hadapan
8 "Pengangkutan perentas antarabangsa" seperti kapal terbang, kapal layar, dll.

Lihat peta dunia kod rantau

DVD Kod 2 di Eropah boleh dibahagikan kepada sub-kod "D1" hingga "D4." "D1" menandakan DVD itu hanya boleh dijual di UK. "D2" dan "D3" melambangkan DVD keluaran negara-negara Eropah selain UK dan Republik Ireland. "D4" pula menunjukkan bahawa DVD itu boleh diedar di semua negara Eropah yang diliputi kod tersebut tanpa mengecualikan mana-mana negara.

Mana-mana kombinasi kod rantau boleh diterapkan dalam sekeping cakera DVD. Contohnya, DVD yang bertandakan Kod 2/4 sesuai dimainkan dalam pemain di Eropah Barat, Oceania dan mana-mana kawasan Kod 2 atau Kod 4. Cakera "Kod 0" yang sering dilabel "semua tempat" (sebenarnya kombinasi Kod 1/2/3/4/5/6) dimaksudkan untuk kegunaan seluruh dunia.

Istilah "Kod 0" juga menyifatkan pemain DVD yang direka atau diubahsuai untuk merangkumi Kod 1–6 sekaligus, membolehkan pemain tersebut seiras dengan mana-mana cakera DVD secara mutlak, tanpa mengira kod rantaunya. Penyelesaian yang nyata ini lebih popular pada tahun-tahun terawal era format DVD, namun studio perfileman segera bertindak balas dengan menyelaraskan cakera-cakera DVD untuk menghalang pemainan dalam mesin-mesin sebegini. Sistem ini dikenali sebagai Penambahan Nilai Pengekodan Rantau (Regional Coding Enhancement) atau RCE.

Kebelakangan ini, kebanyakan pemain DVD "pelbagai rantau" mampu mengatasi penguncian setempat dan RCE dengan mengenalpasti dan memadankan kod rantau sekeping cakera secara automatik dan/atau membenarkan pengguna sendiri memilih mana-mana tempat untuk diprogramkan. Pemain-pemain lain cuma melangkau sepenuhnya penyemakan kod rantau. Beberapa syarikat pembuatan pemain DVD kini bebas menyumbangkan maklumat bagi cara-cara membuka penguncian setempat, dan bagi sebilangan model-model terkini, penguncian setempat dimatikan sedia ada apabila dibeli.

Kebanyakan pihak memandang penguatkuasaan kod rantau sebagai melanggar perjanjian perdagangan bebas WTO; namun, perundangan melibatkan hal ini masih belum digubal.

Operasi pengguna[sunting | sunting sumber]

DVD-Video membenarkan cakera untuk menentukan sama ada pengguna boleh melaksanakan apa-apa operasi atau tidak, seperti memilih menu, melangkau babak-babak, melakukan imbasan cepat—secara amnya, mana-mana fungsi pada alat kawalan jauh. ini dikenali sebagai Larangan Operasi Pengguna (User Operation Prohibitions/UOP). Kebanyakan pemain DVD menuruti arahan-arahan ini, meskipun ada yang boleh diselaraskan untuk mengabaikannya. Kebanyakan pemain pasaran kelabu (grey-market — halal haram sesuatu benda tidak menentu) mengabaikan UOP.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]