Dabai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dabai
Kembayau
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Burseraceae
Genus: Canarium
Spesies:
C. odontophyllum
Nama binomial
Canarium odontophyllum

Dabai atau kembayau (Sbh., Bru.; nama saintifik: Canarium odontophyllum) ialah sejenis pokok buah dari genus Canarium dalam keluarga Burseraceae[2] serumpun dengan kacang-kacang kenari dan pili. Pokok ini hanya boleh didapati dalam kawasan-kawasan (atau "bahagian") Sibu dan Kapit di negeri Sarawak, pulau Borneo.[3]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok ini tumbuh sehingga ketinggian dalam 40 hingga 50 meter.

Buahnya berisi keras dengan purata 2.9-3.98 sentimeter panjang dan 1.94-2.63 sm lebar[3] dengan berat sekitar 10.0 hingga 18.0 g sebiji.[4] Kulit luar buahnya berwarna hitam licau sementara isinya kuning dan mempunyai biji yang panjang. Isirong bijinya mengandungi minyak sebanyak kira-kira 33.13% berat biji.[3] Sebatang pokok dabai boleh membuah sehingga 80 kilogram paling maksimum ada satu-satu masa.[5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buahnya perlu direndam dalam air panas terlebih dahulu agar ia dapat dilembutkan sebelum dimakan dengan garam, gula, lada hitam atau kicap.[4][5] Ada yang menyatakan rasa buahnya seperti buah avokado, rasa dan tekstur ia juga adakala sering dibandingkan mirip zaitun.[3] Buah ini boleh dimakan bersama sagu[5] mahupun dimasak jadi lauk sambal atau nasi goreng.

Bijinya juga boleh dimakan dengan rasa mirip kacang badam atau pistacio.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Burseraceae - Canarium odontophyllum (Miq.)". Indeks Nama-Nama Tumbuh-Tumbuhan Antarabangsa. Dicapai pada 14 Mei 2019.
  2. ^ L.Y. Chew; I. Amin; A. Azrina; C.Y. Lau. "Canarium odontophyllum Miq.: An Underutilized Fruit for Human Nutrition and Sustainable Diets" (PDF). Universiti Putra Malaysia. Dicapai pada 30 Mac 2014.
  3. ^ a b c d H. P. Chua; Nicholas, D.; M. N. Adros Yahya (2015). "Physical properties and nutritional values of dabai fruit (Canarium odontophyllum) of different genotypes". Journal of Tropical Agriculture and Food Science. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. 43 (1): 1–10.
  4. ^ a b "Nutritional composition and antioxidant properties of Canarium odontophyllum Miq. (dabai) fruits". Journal of Food Composition and Analysis (dalam bahasa Inggeris). 24 (4–5): 670–677. Jun 2011. doi:10.1016/j.jfca.2011.01.006. ISSN 0889-1575.
  5. ^ a b c Khalid Latip (24 Februari 2017). "Buah dabai beri pulangan lumayan". Berita Harian.
  6. ^ Lim T. K. (2012). Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants (dalam bahasa Inggeris). 1, Fruits. Springer Science & Business Media. m/s. 629. ISBN 978-90-481-8661-7.
  7. ^ Hoe V. B.; Siong K. H. (1998). "The Nutritional Value of Indigenous Fruits and Vegetables in Sarawak". Asia-Pacific Journal of Clinical Nutrition. 8 (1): 24-31. doi:10.1046/J.1440-6047.1999.00046.X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]