Dachshund

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dachshund (Berbulu Dawai))
Dachshund
Nama lainAnjing bejar
Tekel
Negara asalJerman
Trait
Berat
  • Dachshund kerdil: sehingga 11 paun (5.0 kg) pada paras kelasa
  • Dachshund: 16–32 paun (7.3–14.5 kg)
Tinggi
  • Dachshund kerdil: 5–6 inci (13–15 cm) pada paras kelasa
  • Dachshund: 8–9 inci (20–23 cm) pada paras kelasa
Bulu Berbulu licin, berbulu panjang, atau berbulu dawai
Warna Merah padu, hitam dan sawo matang, coklat dan sawo matang, telau, brindle, piebald, atau biru
Anjing (Canis lupus familiaris)

Dachshund, anjing bejar, atau tekel[a], juga dikenali sebagai anjing sosej, ialah satu baka anjing jenis hound bertungkai pendek dan bertubuh panjang. Anjing ini mungkin berbulu licin, berbulu dawai, atau berbulu panjang. Pewarnaan berubah-ubah.

Dachshund dibiakbakakan untuk menghidu, mengejar, dan menggarah bejar dan haiwan yang tinggal di dalam lubang. Dachshund kerdil atau dachshund katik pula dibiakbakakan untuk memburu haiwan kecil seperti arnab.[1]

Dachshund dinilai sebagai baka ke-9 dari segi pendaftaran dengan American Kennel Club pada tahun 2022.[2]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Dachshund telau dengan lapis bulu bertompok
Seekor dachshund licin
Seekor dachshund berbulu panjang piawai
Seekor dachshund kerdil hitam dan sawo matang

Nama dachshund berasal daripada bahasa Jerman dan memaksudkan "anjing bejar", daripada kata Dachs ("bejar") dan Hund ("anjing"). Kata bahasa Jerman Dachshund disebut [ˈdaks.hʊnt]  ( dengar). Walaupun Dachshund ialah perkataan bahasa Jerman, di Jerman moden, anjing ini lebih kerap dikenali dengan nama singkat Dackel. Anjing pekerja pula kurang dikenali sebagai Teckel.[3]

Oleh sebab tubuh panjang dan sempitnya, ia kerap dijuluki "anjing sosej" ("wiener dog"" atau "sausage dog").[4][5]

[6]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Walaupun dikelaskan dalam kumpulan hound atau kumpulan anjing pemburu bau di Amerika Syarikat dan di Great Britain, baka ini mempunyai kumpulannya sendiri di negara-negara yang tergolong dalam Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[7] Banyak dachshund, terutamanya subjenis berbulu dawai, mungkin menunjukkan tingkah laku dan penampilan yang serupa dengan kumpulan anjing terier.[8] Hujah dapat dikemukakan untuk pengelasan kumpulan anjing pemburu bau atau kumpulan hound kerana baka ini dikembangkan untuk menggunakan bau untuk menjejak dan memburu haiwan, dan barang kali diturunkan daripada anjing pemburu Santo Hubert sebagaimana banyak baka anjing pemburu bau moden seperti anjing pemburu darah dan anjing pemburu baset; namun dengan keperibadian tekun dan kecintaan terhadap penggalian yang barang kali dikembangkan daripada terier, dapat ada juga hujah bahawa ia mungkin tergolong dalam kumpulan terier, atau "anjing tanah".[8]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor dachshund berbulu dawai

Dachshund tipikal adalah bertubuh panjang dan berotot dengan tungkak kontot pendek. Kaki hadapannya besar di luar perkadaran, dengan rupa bentuk dayung dan kesesuaian khusus untuk penggalian. Kulitnya cukup longgar untuk tidak koyak semasa menerowongi korok sempit untuk mengejar mangsa. Muncungnya panjang.[9]

Bulu dan warna[sunting | sunting sumber]

Seekor dachshund kerdil berbulu merah

Terdapat tiga keragaman lapis bulu dachshund: berbulu licin (berbulu pendek), berbulu panjang, dan berbulu dawai.[10] Dachshund berbulu panjang mempunyai lapis bulu berkilat dan buluan pendek pada tungkai dan telinga. Dachshund berbulu dawai pula merupakan keragaman lapis bulu paling kurang umum di Amerika Syarikat (walaupun paling umum di Jerman) dan lapis bulu paling terkini yang muncul dalam piawaian baka.[10] Dachshund mempunyai pelbagai warna dan corak, dengan warna merah sebagai yang paling umum. Pewarnaan dasarnya mungkin ekawarna (sama ada merah atau krim), bertitik sawo matang (hitam dan sawo matang, coklat dan sawo matang, biru dan sawo matang, atau putih telur dan sawo matang), dan pada anjing berbulu dawai, warna yang dirujuk sebagai babi hutan. Corak seperti telau (merle), sabel, brindle, dan piebald juga terdapat pada mana-mana warna dasar. Dachshund dalam perinduk sama mungkin lahir dengan warna lapis bulu berlainan bergantung pada komponen genetik daripada induk.

Dachshund Club of America (DCA) dan American Kennel Club (AKC) menganggap Double Dapple ("Telau Ganda") sebagai ciri luar piawaian dan warna penyingkir dalam gelanggang pertunjukan. Piebald kini merupakan warna beriktiraf dalam piawaian baka Dachshund Club of America.[11]

Anjing yang bertelau ganda mempunyai corak merle bagi telau, namun dengan tompok-tompok putih tersendiri yang hadir apabila gen telau mengekspresikan diri sebanyak dua kali di kawasan lapis bulu sama. DCA mengecualikan sebutan "double-dapple" ("telau ganda") daripada piawaian pada tahun 2007 dan kini hanya menggunakan sebutan "dapple" ("telau") kerana gen telau ganda pada umumnya menyebabkan kebutaan dan kepekakan.[12]

Seekor dachshund kerdil hitam dan sawo matang dengan tanda-tanda brindle

Saiz[sunting | sunting sumber]

Seekor dachshund berbulu keemasan

Dachshund terdapat dalam tiga saiz: piawai, kerdil,[10] dan arnab. Walaupun saiz piawai dan kerdil diiktiraf hampir di mana-mana, saiz arnab tidak diiktiraf oleh kelab-kelab di Amerika Syarikat dan di United Kingdom. Saiz arnab diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) yang mengandungi kelab-kelab kenel dari 83 buah negara di serata dunia.[13] Saiz yang ssemakin menjadi umum untuk peliharaan keluarga terletak antara saiz kerdil dengan saiz piawai; ini kerap dirujuk sebagai "tweenie", yang bukan pengelasan rasmi.

Dachshund piawai dewasa biasanya berukuran seberat 7.5–14.5 kg (16–32 lb), manakala keragaman kerdil biasanya berukuran lebih ringan daripada 5.5 kg (12 lb).[10] Dachshund arnab pula berukuran seberat 3.5–5 kg (8–11 lb). Menurut piawaian kelab kenel, anjing kerdil (dan anjing arnab) berbeza daripada saiz penuh hanya dari segi saiz dan berat, maka anak daripada induk anjing kerdil mesti berukuran berat tidak lebih daripada piawaian anjing kerdil untuk dianggap sebagai anjing kerdil.[10] Walaupun banyak pembahagian saiz kelab kenel menggunakan berat untuk pengelasan, seperti American Kennel Club, piawaian kelab kenel lain menentukan perbezaan antara anjing kerdil dengan anjing piawai dengan lilitan dada; sesetengah kelab kenel, seperti yang di Jerman, malah mengukur lilitan dada sebagai tambahan kepada tinggi dan berat.[14]

Warna mata[sunting | sunting sumber]

Anak dachshund kerdil berbulu panjang piebald merah

Dachshund berwarna cerah dapat memiliki mata ambar, perang muda, atau hijau; walau bagaimanapun, piawaian kelab kenel menyatakan bahawa semakin gelap warna mata, semakin baki. Dachshund telau dan dachshund telau ganda dapat memiliki mata "dinding" berbilang warna dengan iris sepenuhnya biru, separa biru, atau bertompok oleh sebab kesan gen telau pada ekspresi pempigmenan mata.[15] Mata "dinding" diizinkan menurut piawaian DCA tetapi tidak diingini dalam piawaian AKC. Dachshund bercorak piebald tidak akan memiliki warna biru pada matanya, kecuali terdapat corak telau.[perlu rujukan]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Dachshunds dapat menjadi degil dan menolak perintah, terutamanya jika mengejar yang terhadapnya ia cenderung.[16][17][18] Oleh sebab dachshund pada asalnya digunakan sebagai pemburu bejar, ia mempunyai deria bau tajam untuk mengejar haiwan lebih kecil. Dachshund kerap degil, menjadikannya cabaran untuk dilatih.[19][20][21][22]

Sebagai pemilik dachshund, untuk saya, buku tentang disiplin anjing menjadi sejilih kelucuan penuh ilham. Setiap ayat menggelikan hati. Sesetengah hari, jika saya berpeluang, saya akan menulis buku, atau amaran, tentang perwatakan dan perangai dachshund dan sebab bahawa ia tidak dapat dilatih dan tidak patut pun. Saya lebih rela melatih kuda belang untuk menyeimbangkan kayu belantan daripada memujuk dachshund untuk mematuhi perintah terkecil saya. Apabila saya bercakap kepada Fred, saya tidak pernah menaikkan suara saya mahupun harapan saya. Dia malah mengingkari saya apabila saya mengarahnya dalam sesuatu yang saya mahu dia lakukan. (terjemahan)

Dachshund dapat menjadi agresif terhadap orang asing dan anjing lain.[25] Walau bagaimanapun, ia dinilai dari segi kecerdasan anjing sebagai anjing pekerja sederhana dengan kebolehan berterusan untuk mengikuti perintah sebanyak 50% kali atau lebih.[26] Ia dapat memiliki salakan lantang. Sesetengah anjing menyalak dengan agak banyak dan mungkin memerlukan pelatihan untuk dihentikan, manakala selebihnya tidak begitu banyak menyalak langsung.[17][18] Dachshund dapat menjadi tidak ramah terhadap orang asing.[16] Sebuah kajian Jepun mendapati bahawa dachshund kerdil mempunyai kadar lebih tinggi untuk enggan bergerak semasa berjalan, menyalak terhadap bunyi dari luar semasa berada di dalam, menyalak terhadap orang asing yang melawati rumahnya, kebimbangan perpisahan, penyingkiran tidak wajar (inkontinens tinja dan kencing), keraguan untuk menghampiri manusia dan anjing yang tidak dikenali, dan agresi terhadap anggota keluarga, lantas menegaskan kedegilan dan agresi baka ini.[27]

Seekor dachshund berbulu panjang telau ganda
Anak dachshund
Seekor dachshund yang memanjat

Menurut piawaian baka American Kennel Club, "dachshund adalah pintar, bersemangat, dan berani sehingga takat kegopohan, tekun dalam kerja atas tanah dan bawah tanah, dengan semua deria yang cukup berkembang. Sebarang penampilan kesiluan ialah kecacatan parah".[28] Perangainya dan bahasa tubuhnya memberikan penampilan bahawa ia tidak tahu atau peduli tentang saiznya agak kecil. Seperti banyak anjing pemburu kecil, ia akan mencabar anjing lebih besar. Dachshund yang menurut hati mungkin menjadi bengkeng atau teramat ketegar.[19][29]

Sebuah kajian Universiti Pennsylvania tahun 2008 terhadap 6,000 orang pemilik anjing yang ditemu duga menunjukkan bahawa anjing baka lebih kecil lebih mungkin menjadi "cenderung secara genetik terhadap tingkah laku agresif". Dachshund dinilai paling agresif dengan 20% yang pernah menggigit orang asing, serta kadar tinggi serangan terhadap anjing lain dan pemiliknya. Kajian mencatat bahawa serangan oleh anjing kecil kurang mungkin menyebabkan kecederaan parah dan, oleh sebab ini, barang kali kurang dilaporkan.[30]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Dua ekor anak dachshund

Baka ini terdedah kepada masalah spina, terutamanya penyakit cakera intervertebra (IVDD), sebahagiannya oleh sebab turus spina amat panjang dan sangkar rusuk pendek.[31] Risiko kecederaan mungkin diperburuk oleh kegemukan, lompatan, pengendalian kasar, atau senaman kencang, yang mengenakan bebanan lebih tinggi terhadap vertebra. Sekitar 20%–25% dachshund bakal menghidap IVDD.[32] Dachshund dengan sebilangan cakera intervertebra terkapur pada usia muda mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit cakera di peringkat lanjut kehidupan. Sebagai tambahan, kajian telah menunjukkan bahawa perkembangan cakera terkapur adalah sangat boleh waris pada baka ini.[33] Program penyaringan sesuai untuk IVDD telah dikenal pasti oleh para penyelidik Finland[34] dan program penyaringan IVDD United Kingdom telah dimajukan untuk para pembiak baka[35] dengan sasaran untuk mengurangkan prevalens masalah spina.

Rawatan terdiri daripada gabungan pengurungan bersangkar dan susunan ubat-ubatan antiradang (drug antiradang steroid dan bukan steroid seperti karprofen dan meloksikam), atau ubat-ubatan sakit kronik, seperti tramadol. Kes parah mungkin memerlukan pembedahan untuk menanggalkan kandungan cakera bermasalah.[36] Anjing mungkin memerlukan bantuan kereta tarik untuk bergerak dari tempat ke tempat jika kelumpuhan terjadi.

Tatacara minimal invasi minimal yang dipanggil "ablasi cakera laser perkutaneus" telah dimajukan di Hospital Veterinar Universiti Negeri Oklahoma.[37] Pada asalnya, tatacara ini[38] digunakan dalam ujian klinikal[38] hanya pada dachshund yang telah menderitai insiden belakang terdahulu. Oleh sebab dachshund terdedah kepada isu belakang, matlamatnya adalah untuk mengembangkan rawatan ini kepada anjing dalam populasi normal.

Sebagai tambahan kepada masalah belakang, baka ini terdedah kepada kehelan tempurung lutut.[39][40] Dachshund mungkin juga terjejas akibat osteogenesis imperfekta (penyakit tulang rapuh). Keadaan ini kelihatan terutamanya terbatas kepada dachshund berbulu dawai, dengan 17% yang menjadi pembawa.[41] Ujian genetik tersedia untuk membolehkan para pembiak baka untuk mengelakkan pembiakbakaan sesama pembawa. Dalam pasangan sedemikian, setiap anak anjing bakal mempunyai 25% peluang untuk terjejas.[42]

Pada sesetengah anjing telau ganda, terdapat darjah berbeza-beza dari segi kehilangan penglihatan dan pendengaran, termasuk mata terkurang atau ketiadaan mata.[43] Bukan semua anak anjing telau ganda mempunyai masalah dengan mata atau telinga, yang mungkin termasuk darjah berbeza-beza bagi kehilangan pendengaran, kepekakan penuh, telinga cacat bentuk, kecacatan mata kongenital, mata terkurang atau ketiadaan mata, kebutaan separa atau penuh, atau darjah berbeza-beza bagi masalah penglihatan dan pendengaran; namun masalah memuncak dapat terjadi oleh sebab proses genetik yang melibatkan persilangan dua gen telau, khususnya pada susur galur pembiakbakaan tertentu. Gen-gen telau, yang merupakan gen dominan, dianggap sebagai gen "pencairan", yang bermaksud bahawa apa-apa warna yang sepatutnya pada asalnya dimiliki oleh anjing tersebut menjadi cerah, atau cair, secara rawak; dua gen "pencairan" dominan dapat membatalkan satu sama lain, atau "bersilang", lantas menanggalkan semua warna dan menghasilkan gen resesif putih, pada dasarnya mutasi putih.[44] Apabila terjadi secara genetik pada mata atau pada telinga, mutasi putih ini dapat membawa mudarat, lalu menyebabkan masalah pendengaran atau penglihatan.

Masalah kesihatan lain pada dachshund termasuklah epilepsi warisan,[45] meningoensefalitis granuloma, isu gigi, sindrom Cushing, masalah tiroid[45] dan autoimun,[46] pelbagai alahan[47] dan atopi, dan pelbagai keadaan mata termasuk katarak, glaukoma, atrofi retina progresif,[45] ulser kornea, penyakit kornea nonulseratif, kemerosotan retina perolehan tiba-tiba, dan mata ceri. Dachshund juga 2.5 kali lebih cenderung daripada baka anjing lain untuk menghidap duktus arteriosus paten, iaitu suatu kecacatan jantung kongentinal. Anjing berwarna cair (biru, putih telur, dan krim) sangat terdedah kepada alopesia pencairan warna, suatu kecelaruan kulit yang dapat menyebabkan keguguran bulu dan kepekaan esktrem terhadap cahaya matahari. Oleh sebab kejadian dan keparahan masalah-masalah kesihatan ini sebahagian besarnya merupakan warisan, para pembiak baka sedang berusaha untuk menghapuskan ini.

Faktor-faktor yang mempengaruhi saiz perinduk dan perkadaran anak anjing lahir mati seperinduk dianalisis pada dachshund Jerman bersaiz normal.[48] Catatan yang dianalisis mengandungi data tentang 42,855 perinduk. Terdapat penemuan bahawa semakin pekali pembiakbakaan meningkat, semakin saiz perinduk menurun dan peratusan anak lahir mati meningkat, lantas menunjukkan kemurungan pembiakbakaan dalam. Terdapat juga penemuan bahawa ibu muda dan ibu lebih tua melahirkan saiz perinduk lebih kecil dan lebih anak anjing lahir mati berbanding dengan ibu pertengahan usia.

Sebuah kajian di Jepun mendapati bahawa dachshund kerdil mempunyai kadar lebih rendah bagi glaukoma berbanding dengan baka lain. Dengan 2.4% kes yang berpunca daripada baka ini, baka ini merangkumi 10.1% daripada jumlah lawatan ke hospital veterinar.[49]

Dachshund cenderung terhadap hipotiroidisme.[50]

Jangka hayat[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian di Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan meletakkan jangka hayat dachshund kerdil betul-betul di bawah 14 tahun, betul-betul di bawah purata bagi semua baka.[51] Tinjauan di United Kingdom tentang anggota kelab baka mendapati bahawa dachshund mempunyai jangka hayat di atas 12 tahun setengah.[52][b]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seekor dachshund gaya lama yang menunjukkan tungkai lebih panjang
Ilustrasia bagi dachshund yang mengepung seekor bejar Eropah

Dachshund ialah ciptaan para pembiak baka Jerman dan menyertakan unsur-unsur anjing dan terier Jerman, Perancis, dan Inggeris. Dachshund telah dibela oleh istana diraja di serata Eropah, termasuk istana Ratu Victoria, yang khususnya berkenan dengan baka ini.[53]Templat:Unreliable source

Rujukan sahih pertama terhadap dachshund, pada asalnya dinamai "Dachs Kriecher" ("perangkak bejar") atau "Dachs Krieger" ("pahlawan bejar"), berasal daripada buku-buku yang ditulis pada awal abad ke-18.[54] Sebelum itu, terdapat rujukan terhadap "anjing bejar" dan "anjing lubang", namun ini mungkin merujuk tujuan berbanding dengan baka khusus. Dachshund asli Jerman lebuh besar daripada keragaman saiz penuh moden, dengan ukuran berat 14–18 kg (31–40 lb), dan pada asalnya terdapat dengan keragaman tungkai lurus dan keragaman tungkai bengkok (daripada keragaman ini dachshund moden diturunkan). Walaupun baka ini terkenal kerana penggunaannya dalam pembasmian bejar dan pengumpanan bejar, dachshund juga umumnya digunakan untuk pemburuan arnab dan rubah, untuk pengesanan kedudukan rusa tercedera, dan dalam kawanan diketahui memburu buruan sebesar babi hutan dan seganas wolverin.[55]

Terdapat perbezaan besar dari segi pendapat mengenai waktu pembiakbakaan khusus dachshund untuk tujuan pemburuan bejar, kerana American Kennel Club menyatakan bahawa dachshund dibiakbakakan pada abad ke-15, manakala Dachshund Club of America menyatakan bahawa para rimbawa membiakbakakan anjing ini pada abad ke-18 atau abad ke-19.[perlu rujukan]

Dachshund telau ganda, yang terdedah kepada masalah mata, kebutaan, atau masalah pendengaran, pada umumnya dipercayai telah diperkenalkan ke Amerika Syarikat pada antara tahun 1879 dengan tahun 1885.[56][57]

Telinga lipat bawah dan ekor melengkung terkenal dachshund telah sengaja dibiakbakakan ke dalam anjing. Dalam hal telinganya, ini adalah untuk menghalang benih rumput, kotoran, dan jirim lain daripada memasuki liang telinga. Ekor melengkungnya bertujuan ganda: untuk dilihat dengan lebih mudah di kawasan rumput tinggi dan, dalam soal dachshund penggali korok, untuk membantu menarik anjing ke luar jika terperangkap di dalam korok.[58]Templat:Unreliable source Dachshund berbulu licin, gaya terlama, mungkin merupakan silangan antara anjing penuding berbulu pendek Jerman, pincer, dengan bracke (sejenis anjing pemburu darah), atau telah dihasilkan melalui penyilangan anjing pemburu Jura Bruno dengan pincer.[22] Sebahagian percaya bahawa ia merupakan silangan daripada anjing penuding katik Perancis dengan pincer; sebahagian lain mendakwa bahawa ia dikembangkan daripada anjing pemburu St. Hubert, juga bloodhound, pada abad ke-18,[59] dan sebahagian lagi percayai bahawa ia diturunkan daripada anjing pemburu baset, berdasarkan kebolehan penghiduannya dan penampilan umumnya.[60]

Oleh itu, asal usul tepat bagi dachshund tidak diketahui. Menurut William Loefller, daripada The American Book of the Dog (1891), dalam bab tentang dachshund: "Asal usul dachshund diragui, orang berwibawa terbaik kami bercanggah tentang permulaan baka ini".[60] Hal yang dapat dipersetujui, walau bagaimanapun, ialah bahawa dachshund licin menurunkan keragaman berbulu panjang dan keragaman berbulu dawai.[perlu rujukan]

Terdapat dua teori tentang cara kemunculan dachshund berbulu panjang piawai. Salah satu teori ialah bahawa dachshund licin kadang-kadang memperanakkan anak anjing yang mempunyai bulu lebih panjang sedikit berbanding dengan induk. Melalui membiakbakakan anjing-anjing ini secara terpilih, para pembiak baka akhirnya menghasilkan anjing yang setekalnya menghasilkan anak anjing berbulu panjang, lantas dachshund berbulu panjang dilahrikan. Lagi satu teori ialah bahawa dachshund berbulu panjang piawai dikembangkan dengan membiakbakakan dachshund licin dengan pelbagai spaniel darat dan spaniel air. Dachshund berbulu panjang mungkin merupakan silangan antara mana-mana baka anjing kecil dalam kumpulan spaniel, termasuk stoeberhund Jerman, dengan dachshund licin.[22]

Dachshund berbulu dawai pula, yang terakhir dikembangkan, dibiakbakakan pada lewat abad ke-19. Terdapat kemungkinan bahawa dachshund berbulu dawai ialah silangan antara dachshund licin dengan pelbagai terier berbulu kasar dan pincer berbulu dawai, seperti schnauzer, terier Dandie Dinmont, anjing penuding berbulu dawai Jerman, atau mungkin terier Scotland.[22][61]

Lambang Jerman[sunting | sunting sumber]

Dachshund secara tradisional pernah dipandang sebagai lambang Jerman. Pelukis kartun politik kerap menggunakan imej dachshund untuk mencemuh Jerman.[62] Semasa Perang Dunia Pertama, kepopularan dachshund di Amerika Syarikat menjunam oleh sebab perkaitan ini. Hasilnya, ia kerap dipanggil "liberty hound" ("anjing kebebasan"), sebaik "liberty cabbage" ("kubis kebebasan") menjadi istilah untuk jeruk kubis kebanyakannya di Amerika Utara.[63] Stigma perkaitan ini dihidupkan semula dengan tidak begitu parah semasa Perang Dunia Kedua, namun ini hanya kekal dengan agak singkat. Maharaja Wilhelm II dan fil marsyal Jerman Erwin Rommel diketahui membela dachshund.

Oleh sebab perkaitan baka ini dengan Jerman, serta kepopularan khususnya dalam kalangan pembela anjing di München pada masa itu, dachshund dipilih sebagai maskot rasmi pertama untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di München, dengan nama Waldi.[64]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Dachshund licin dalam perlumbaan terancang

Sesetengah orang melatih dan memasukkan dachshund mereka untuk bertanding dalam perlumbaan dachshund, seperti Wiener Nationals. Beberapa perlumbaan di serata Amerika Syarikat kerap menarik beberapa ribu orang pelawat.[65]

Sungguhpun acara-acara ini popular, Dachshund Club of America menentang "perlumbaan anjing sosej", kerana banyak litar grehaun menggunakan acara-acara ini untuk menarik kerumun besar ke prasarana mereka. DCA juga bimbang tentang potensi kecederaan kepada anjing, oleh sebab kecenderungannya terhadap kecederaan belakang. Satu lagi sukan kegemaran ialah ujian anjing tanah, yang melibatkan dachshund yang memasuki terowong dengan jalan mati dan halangan dalam usaha untuk mengesan lokasi sama ada bagi umpan buatan atau tikus hidup namun bersangkar (dan terlindung).[66]

Antara Dackel dengan Teckel[sunting | sunting sumber]

Di Jerman, dachshund dipanggil Dackel secara meluas. Dalam kalangan pemburu, ia terutamanya dirujuk sebagai Teckel. Ada kenel yang khusus untuk pembiakbakaan dachshund pemburu, yang dipanggil jagdliche Leistungszucht ("pembiakbakaan prestasi perburuan") atau Gebrauchshundezucht ("pembiakbakaan anjing pekerja"), berlainan dengan pembiakbakaan anjing keluarga. Maka, Teckel kadang-kadang salah dipercayai sebagai nama untuk baka perburuan atau tanda kelulusan ujian untuk anjing pemburu terlatih (dipanggil "VGP", "Verband-Gebrauchsprüfung") di Jerman.[67]

Kepopularan[sunting | sunting sumber]

Dachshund merupakan salah satu baka anjing paling popular di Amerika Syarikat dengan kedudukan di tangga ke-12 dalam statistik pendaftaran AKC tahun 2018.[68] Ia popular sesama penghuni luar bandar dan pangsapuri sebagai antara 10 baka paling popular di 76 daripada 190 buah bandar raya utama Amerika Syarikat yang ditinjau oleh AKC.[69]

Terdapat kelab dachshund tempatan di kebanyakan bandar raya utama Amerika, termasuk New York, New Orleans, Portland, Los Angeles, dan Chicago.[perlu rujukan]

Anjing dan pemilik terkenal[sunting | sunting sumber]

  • John F. Kennedy membeli seekor anak dachshund semasa melawat Eropah pada tahun 1937 untuk Olivia yang merupakan teman wanita beliau pada masa itu. Anak anjing itu, bernama Dunker, tidak pernah meninggalkan Jerman selepas Kennedy mula mendapat reaksi alahan.[70]
  • Grover Cleveland, Presiden Ke-22 dan Presiden Ke-24 Amerika Syarikat, memiliki seekor dachshund di Rumah Putih.[71]
  • William Randolph Hearst merupakan pencinta tegar dachshund. Semasa dachshund beliau sendiri mati, beliau mengeuloginya dalam ruang surat khabar "In The News" sendiri.[72]
  • Fred, dachshund milik E. B. White, muncul dalam banyak esei masyhur beliau.[73]
  • Lump (bahasa Jerman untuk "si nakal"), anjing peliharaan milik Pablo Picasso, yang disangkakan telah mengilhamkan sesetengah karya beliau. Picasso & Lump mengisahkan Picasso dan Lump.
  • Jack Ruby, pembunuh Lee Harvey Oswald, memiliki seekor dachshund bernama Sheba, yang kerap dirujuk olehnya sebagai isterinya.[74] Semasa dia membunuh Oswald, dia memiliki empat ekor—namun pernah sekali memiliki sebanyak 10 ekor.[74]
  • Andy Warhol memiliki sepasang dachshund, Archie dan Amos, yang digambarkan oleh beliau dalam lukisan beliau dan kerap disebut oleh beliau dalam diari beliau.[75]
  • Stanley dan Boodgie, diabadikan pada kanvas oleh pemilik mereka David Hockney, dan diterbitkan dalam buku David Hockney's Dog Days.[76]
  • Wadl dan Hexl, pasangan garang masyhur milik Maharaja Wilhelm II. Setelah tiba di kediaman desa milik Archduke Franz Ferdinand, istana Konopiště, dalam lawanan separa rasmi, mereka segera menewaskan kuang mas sangat berharga milik salah seorang pewaris raja Austria-Hungary, lalu hampir menyebabkan insiden antarabangsa.[77] Seekor dachshund kesayangan beliau, Senta, buat masa ini terkubur di Huis Doorn, manor Wilhelm di Belanda.[78]
  • Di Zelenogorsk, Rusia, perarakan dachshund melewati sebuah tugu dachshund pada setiap 25 Julai untuk meraikan hari penubuhan kota.[79]
  • Joe ialah dachshund milik Jeneral Claire Lee Chennault, komander Flying Tigers dan kemudian Pasukan Petugas Udara China dalam Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, dan menjadi maskot bagi pertubuhan-pertubuhan itu.[80]
  • Maxie, seekor dachshund yang dimiliki oleh pelakon Marie Prevost, mencuba untuk membangunkan tuannya yang telah meninggal, yang ditemukan dengan gigitan kecil pada kaki beliau. Salakan Maxie akhirnya menarik perhatian jiran ke tempat kejadian. Insiden ini mengilhamkan lagu Nick Lowe dari tahun 1977 "Marie Prevost".[81]
  • Liliane Kaufmann, isteri kepada Edgar J. Kaufmann yang menempah rumah Fallingwater daripada Frank Lloyd Wright pada tahun 1935, merupakan pembiak baka dan pemilik cukup terkenal bagi dachshund berbulu panjang. Di kedai buku Fallingwater, para pelawat dapat membeli buku yang berjudul Moxie, iaitu tentang salah seekor dachshund yang tinggal di Fallingwater.[82] Liliane membesarkan dachshund berbulu panjang dan mereka berjalan-jalan dari Pittsburgh ke Bear Run dengan beliau.[83]
  • Mantan Ratu Denmark, Margrethe II, merupakan salah seorang kerabat diraja Denmark yang membela dachshund.[84] Margrethe dari Denmark mempunyai kecintaan khusus kepada dachshund dan telah membela banyak sepanjang kehidupan baginda.[85] Hari kelahiran ke-80 baginda, yang diraikan pada tahun 2020, disemarakkan dengan bergaya bersama dengan salah satu kegemaran baginda (Lilia) di perkarangan Istana Fredensborg.[86]
  • Obie ialah seekor dachshund yang menjadi terkenal kerana kegemukannya dengan ukuran berat setinggi 77 paun (35 kilogram), lebih daripada dua kali berat normal bagi dachshund piawai.[87][88] Ia mencapai sasaran berat 28 lb (13 kg) pada Julai 2013.[89]
  • Carole Lombard dan Clark Gable memiliki seekor dachshund bernama Commissioner.[90]
  • Crusoe si Dachshund Selebriti memperoleh kemasyhuran di media sosial. Pada tahun 2015, Crusoe muncul dengan buku terlaris The New York Times-nya yang berjudul Crusoe: Adventures of the Wiener Dog Extraordinaire!.[91] Pada tahun 2018, Crusoe muncul dengan sebuah lagi buku yang berjudul Crusoe: The Worldly Weiner Dog. Pada acara Shorty Awards tahunan ke-9, Crusoe memenangi kategori haiwan terbaik.[92] Pada tahun 2018 juga, Crusoe memenangi People's Choice Awards Animal Star of 2018.[93]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: دکسون; انجيڠ بيجر, Sebutan bahasa Melayu: [daksʊn]; Jerman: Dachshund; Dackel; Teckel; Dachsel; bahasa Inggeris: dachshund; badger dog
  2. ^ Kajian Jepun menyemak data perkuburan yang kurang berkemungkinan mempunyai sebarang catatan lahir mati dan kematian altrisial manakala klinik veterinar patut mempunyai data tentang ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dachshund History: The Badger Dog's Fascinating Past" (dalam bahasa Inggeris). AKC. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  2. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  3. ^ "Dachshund" (dalam bahasa Jerman). Duden. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  4. ^ "wiener dog". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Universiti Oxford. Dicapai pada 12 Mac 2024.
  5. ^ "sausage dog". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Universiti Oxford. Dicapai pada 12 Mac 2024.
  6. ^ "We Can't Stop Staring at This Wiener Dog That Had to Be 'Deflated'". Vice. 1 Jun 2018. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  7. ^ "Fédération Cynologique Internationale Group 4 "Dachshund Group"". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2009. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  8. ^ a b Nicholas, Anna (1987). Dachshund (dalam bahasa Inggeris). Neptune City: TFH Publications. m/s. 10. ISBN 0-86622-158-1.
  9. ^ "American Kennel Club Official Standard of the Dachshund" (PDF). akc.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  10. ^ a b c d e "Dachshund Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  11. ^ "Breed standard" (dalam bahasa Inggeris). Dachshund Club of America. 13 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2024.
  12. ^ "What to Know About Dachshunds" (dalam bahasa Inggeris). Webmd. Dicapai pada 12 Mac 2024.
  13. ^ "Fédération Cynologique Internationale Official Website". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  14. ^ Hutchinson, Robert (2005). For the Love of Dachshunds (dalam bahasa Inggeris). BrownTrout Publishers. m/s. 112. ISBN 1-56313-903-0. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  15. ^ "The Double Dapple" (dalam bahasa Inggeris). The Dachshund Magazine Online. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  16. ^ a b Stall, Sam (2005). The Good, the Bad, and the Furry (dalam bahasa Inggeris). Quirk Books. m/s. 93–94. ISBN 1-59474-021-6.
  17. ^ a b Kilcommons, Brian; Wilson, Sarah (1999). Paws to Consider (dalam bahasa Inggeris). Warner Books. m/s. 156–157. ISBN 0-446-52151-5.
  18. ^ a b "Dachshund info" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2009. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  19. ^ a b "Is a Dachshund Right For You". WienerDogRescue.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  20. ^ "Frequently Asked Questions". DachshundRescue.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  21. ^ "Dachshund Facts". 3doxies.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2011. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  22. ^ a b c d "History and Development". Dachshund Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  23. ^ Goodman, Jack (1947). The Fireside Book of Dog Stories (dalam bahasa Inggeris). Universiti California: Cassell and Co. m/s. 591.
  24. ^ Busby, Mark; Dixon, Terrell (2007). "Of Dachshunds and Dashes: Subjects and Style in E.B. White and John Graves, by Dickie Maurice Heaberlin". John Graves, Writer (dalam bahasa Inggeris). University of Texas Press. m/s. 266. ISBN 978-0-292-71494-6.
  25. ^ Duffy, Deborah; dll. (2008). "Breed Differences in Canine Aggression". Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). 114 (3–4): 441–460. doi:10.1016/j.applanim.2008.04.006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2015. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  26. ^ Coren, Stanley (2006). The intelligence of dogs (dalam bahasa Inggeris). Free press. ISBN 0-7432-8087-3.
  27. ^ YAMADA, Ryoko; KUZE-ARATA, Sayaka; KIYOKAWA, Yasushi; TAKEUCHI, Yukari (2019). "Prevalence of 25 canine behavioral problems and relevant factors of each behavior in Japan". Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 81 (8): 1090–1096. doi:10.1292/jvms.18-0705. ISSN 0916-7250. PMC 6715928. PMID 31167977.
  28. ^ "Dachshund Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  29. ^ "Dachshunds" (dalam bahasa Inggeris). Burke's Backyard with Don Burke. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  30. ^ Dobson, Roger (8 Julai 2008). "Sausage dogs are the most aggressive dogs". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). London. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2022. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  31. ^ Jensen, V. F.; Ersbøll, A. K. (2000). "Mechanical Factors affecting the Occurrence of Intervertebral Disc Calcification in the Dachshund – a Population Study". Journal of Veterinary Medicine, Series A (dalam bahasa Inggeris). 47 (5): 283–296. doi:10.1046/j.1439-0442.2000.00296.x. PMID 10932525.
  32. ^ "Intervertebral Disc Disease". Genetic Welfare Problems of Companion Animals (dalam bahasa Inggeris). ufaw.org.uk: Universities Federation for Animal Welfare. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2015. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  33. ^ Mogensen, Mette Sloth; Karlskov-Mortensen, Peter; Proschowsky, Helle Friis; Lingaas, Frode; Lappalainen, Anu; Lohi, Hannes; Jensen, Vibeke Frøkjær; Fredholm, Merete (1 September 2011). "Genome-Wide Association Study in Dachshund: Identification of a Major Locus Affecting Intervertebral Disc Calcification". Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 102 (Suppl_1): S81–S86. doi:10.1093/jhered/esr021. ISSN 0022-1503. PMID 21846751.
  34. ^ Lappalainen, Anu K; Vaittinen, Elina; Junnila, Jouni; Laitinen-Vapaavuori, Outi (2014-12-19). "Intervertebral disc disease in Dachshunds radiographically screened for intervertebral disc calcifications". Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). 56 (1): 89. doi:10.1186/s13028-014-0089-4. ISSN 0044-605X. PMC 4285634. PMID 25523328.
  35. ^ "Dachshund IVDD – X-ray Scheme". www.dachshund-ivdd.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  36. ^ BVSc, Dhupa; MPH, N; David, J. Waters DVM; PhD, Diplomate ACVS; -1#Sarit, Nita Glickman MS (1999). "Reoperative Neurosurgery in Dogs With Thoracolumbar Disc Disease". Veterinary Surgery (dalam bahasa Inggeris). 28 (6): 421–428. doi:10.1111/j.1532-950X.1999.00421.x. PMID 10582738.
  37. ^ "On the Forefront: Prophylactic laser disk ablation in dogs at Oklahoma State University – Veterinary Medicine" (dalam bahasa Inggeris). 1 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2008. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  38. ^ a b Bartels, Kenneth E.; Higbee, Russell G.; Bahr, Robert J.; Galloway, David S.; Healey, Tiffany S.; Arnold, Christopher (15 Jun 2003). "Outcome of and complications associated with prophylactic percutaneous laser disk ablation in dogs with thoracolumbar disk disease: 277 cases (1992–2001)". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 222 (12): 1733–1739. doi:10.2460/javma.2003.222.1733. PMID 12830867.
  39. ^ Coile, D. Caroline; Earle-Bridges, Michelle (2005). The Dachshund Handbook (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 126. ISBN 0-7641-2673-3.
  40. ^ "Dachshund Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  41. ^ Eckardt, J.; Kluth, S.; Dierks, C.; Philipp, U.; Distl, O. (2013). "Population screening for the mutation associated with osteogenesis imperfecta in dachshunds". Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). 172 (14): 364. doi:10.1136/vr.101122. PMID 23315765. S2CID 34816198.
  42. ^ ""Brittle Bone" Gene in Dachshunds Discovered" (PDF). Newsletter (dalam bahasa Inggeris). Dachshund Club of America. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 April 2014. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  43. ^ Parizo, Angie. "Double Dapple Warnings" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  44. ^ "Recessive and Dominant Genes". Weatherly's Miniature Dachshunds (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  45. ^ a b c Adamson, Eve (2007). Dachshunds for Dummies (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). For Dummies. m/s. 231. ISBN 978-0-470-22968-2.
  46. ^ "Immune-Mediated Thrombocytopenia". Genetic Welfare Problems of Companion Animals (dalam bahasa Inggeris). ufaw.org.uk: Universities Federation for Animal Welfare. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2015. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  47. ^ Adamson, Eve (2007). Dachshunds for Dummies (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). For Dummies. m/s. 232. ISBN 978-0-470-22968-2.
  48. ^ Gresky C, Hamann H, Distl O (2005). "[Influence of inbreeding on litter size and the proportion of stillborn puppies in dachshunds]". Berl. Munch. Tierarztl. Wochenschr. (dalam bahasa Jerman). 118 (3–4): 134–139. PMID 15803761.
  49. ^ KATO, Kumiko; SASAKI, Nobuo; MATSUNAGA, Satoru; NISHIMURA, Ryohei; OGAWA, Hiroyuki (2006). "Incidence of Canine Glaucoma with Goniodysplasia in Japan: A Retrospective Study". Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 68 (8): 853–858. doi:10.1292/jvms.68.853. ISSN 0916-7250. PMID 16953087.
  50. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 148. ISBN 978-0-8138-1596-1.
  51. ^ INOUE, Mai; KWAN, Nigel C. L.; SUGIURA, Katsuaki (2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data". Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Japanese Society of Veterinary Science. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 0916-7250. PMC 6068313. PMID 29798968.
  52. ^ Adams, V. J.; Evans, K. M.; Sampson, J.; Wood, J. L. N. (2010-10-01). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 0022-4510. PMID 21029096.
  53. ^ "Dachshund History Queen Victoria". Dachshund History Sub Category (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2014. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  54. ^ Der vollkommene teutsche Jäger [Pemburu Jerman Lengkap] (Jerman), Johann Friedrich von Flemming, 1719–1724, Leipzig.
  55. ^ "THE CHAMPION DACHSHUND, MANN". Forest and Stream; A Journal of Outdoor Life, Travel, Nature Study, Shooting, Fishing, Yachting (1873–1930) (dalam bahasa Inggeris): 149. 14 Oktober 1875 – melalui ProQuest.
  56. ^ "Dachshund Breed Information: History, Health, Pictures, and more". www.easypetmd.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2018. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  57. ^ "Dach-Facts: Double Dapple Health Risks" (PDF). www.dachshundbreedcouncil.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 Mac 2018.
  58. ^ Brown, Adverd. "A Brief History of the Breed". TwoDogZoo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  59. ^ "Dachshund Dog Breed Origins". 5StarDog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2009. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  60. ^ a b Loeffler, William (1891). "Dachshunds". Dalam Shields, George O. (penyunting). The American Book of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Universiti California: Cassell and Co. m/s. 217–239.
  61. ^ "Dachshund Breed Resources". FurryCritterNetwork (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2009. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  62. ^ "Political Cartoon for War Bonds". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 5 April 1943.
  63. ^ Green, Graham. A Sort of Life (dalam bahasa Inggeris). m/s. 49.
  64. ^ Whelliston, Kyle (8 Julai 2008). "Meet the Mascots: Waldi (Munich 1972)" (dalam bahasa Inggeris). Swifter Higher. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2010. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  65. ^ Mercker, Jan (19 September 2017). "Short on Legs, Long on Competition: It's the 2017 Wiener Dog Races". Loudoun Now (dalam bahasa Inggeris).
  66. ^ "Earthdog Den Trials" (dalam bahasa Inggeris). Canada's Guide to Dogs. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  67. ^ Soalan lazim dalam Teckelclub Jerman tentang isu nama (Jerman)
  68. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  69. ^ "2006 AKC Top Breeds By City" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  70. ^ John F. Kennedy Presidential Library and Museum John F. Kennedy with "Dunker" during tour of Europe in the summer of 1937 (Inggeris), The Hague, Ogos 1937.
  71. ^ "White House Pets Menu 1850 to 1889" (dalam bahasa Inggeris). Presidential Pet Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 30 April 2011.
  72. ^ Belozerskaya, Marina The Medici Giraffe (2006) 371.
  73. ^ "Lightness: E.B. White On Atomic Energy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2006. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  74. ^ a b Bugliosi, Vincent Reclaiming History: The Assassination of President John F. Kennedy Norton. 2007 hlm. 8
  75. ^ "Dachshunds in Pop Culture: Andy Warhol" (dalam bahasa Inggeris). Dachshundlove.blogspot.com. 17 November 2007. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  76. ^ College ArchaeologyArt History HistoryRome. "David Hockney's Dog Days" (dalam bahasa Inggeris). Thamesandhudsonusa.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2011. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  77. ^ "8 Curious Facts About Dachshunds". www.puppies.co.uk (dalam bahasa Inggeris).
  78. ^ Paterson, Tony (18 November 2012). "End of the line for Germany's Last Emperor". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2013. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  79. ^ Зеленогорск отмечает 461-ю годовщину со дня основания [Zelenogorsk meraikan ulang tahun ke-461 penubuhannya]. Society (dalam bahasa Rusia). fontanka.ru. 25 Julai 2009. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  80. ^ Scott, Robert L. Jr., God Is My Co-Pilot (1943)
  81. ^ Golden, Eve; King, Bob (2001). Golden Images: 41 Essays on Silent Film Stars (dalam bahasa Inggeris). McFarland. m/s. 140. ISBN 0-7864-0834-0.
  82. ^ "Moxie: The Dachshund of Fallingwater". Mill Run, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Fallingwater. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  83. ^ "Fallingwater Facts". Fallingwater (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2012. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  84. ^ Bates, Stephen (14 April 2001). "See the queen by request or bump into her at a shop". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Guardian News & Media Limited. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  85. ^ Madsen, Anders Christian. "Meet Queen Margrethe Of Denmark, An Unsung Style Heroine". Vogue (dalam bahasa Inggeris) (2 Mary 2020). Condé Nast. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  86. ^ McCullagh, Suzanne. "Royals and the adorable pets that are an integral part of their lives". Hola (dalam bahasa Inggeris) (10 Jun 2020). Hola S.L. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  87. ^ Nora Vanatta (7 September 2012). "Obese Dachshund takes on challenge of being Doxie version of 'Biggest Loser'" (dalam bahasa Inggeris). OregonLive.com. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  88. ^ Medina, Sarah (10 September 2012). "Obie The Obese Dachshund: One Adorable Doxie's Mission To Lose 40 Pounds". Huffington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  89. ^ Thompson, Jeff. "Obie the Dachshund reaches goal weight" (dalam bahasa Inggeris). KGW.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2016. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  90. ^ "A vigil for Carole" (dalam bahasa Inggeris). 16 Januari 2012.
  91. ^ "New York Times Animal Best-Sellers". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  92. ^ "CRUSOE THE CELEBRITY DACHSHUND" (dalam bahasa Inggeris). Shorty Awards. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  93. ^ Wenger, Stephanie (11 November 2018). "So Sweet! The Always Adorable Crusoe the Celebrity Dachshund Is Your People's Choice Awards Animal Star of 2018". E! News (dalam bahasa Inggeris). NBC Universal. Dicapai pada 31 Disember 2023.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]