Dactylopius coccus
Cochineal | |
---|---|
Kokineal betina (kiri) dan jantan (kanan) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | D. coccus
|
Nama binomial | |
Dactylopius coccus Costa, 1835
| |
Sinonim | |
Coccus cacti Linnaeus, 1758 |
Dactylopius coccus atau nama umumnya kokineal (bahasa Inggeris: cochineal , Sepanyol: cochinilla , bahasa Nahuatl: nocheztli[1]) adalah serangga sisik parasit dalam suborder Sternorrhyncha bertaburan dari kawasan-kawasan tropika dan subtropika Amerika Selatan melalui Amerika Utara (Mexico dan Barat Daya Amerika Syarikat);
Serangga ini menghasilkan sejenis asid melindungi diri dari pemangsaan serangga lain iaitu asid karminik, asid ini dapat diekstrak dari tubuh dan telur serangga kemudian diproses untuk menghasilkan pewarna semula jadi dalam industri makanan dan persolekan terutamanya gincu (E120 atau Natural Red 4).
Anatomi
[sunting | sunting sumber]Badan serangga ini lembut berbentuk bujur pipih. Badan serangga betina berukuran sepanjang 5 milimeter manakala jantan lebih kecil dan berkepak; betina-betina serangga ini berkumpul di daun kaktus.[2]
Mulut kokineal berbentuk seakan paruh agar dapat merobek daun kaktus meresap jus air terkandung.[2]
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pelindungan diri
[sunting | sunting sumber]Asid karminik biasanya 17-24% dari berat kering serangga.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Jantan serangga hidup tidak lama selepas mengawan dengan pasangannya.[3] Betina yang dsenyawakan semakin besar lalu melahirkan nimfa-nimfa kecil. Nimfa-nimfa ini merembeskan suatu bahan berlilin putih melindungi diri dari kehilangan air dan terik sinar matahari menampakkan diri putih jika dilihat dari jauh; pada tahap ini juga anak-anak ini menghasilkan asid karminik.[2]
Apabila nimfa mencapai kedewasaan, rembesan lilin dihasilkan membentuk filamen-filamen yang membantu serangga dibawa tiupan angin ke mana-mana lokasi baharu untuk habitat seterusnya.[4]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Warna merah dihasilkan lenyekan serangga ini sangat didambakan raja-raja sampailah ke pihak Gereja Katolik yang menjadikan ia warna rasmi persalinan kardinal-kardinal gereja, ia menjadi eksport utama jajahan Sepanyol Baru selepas hasil harta perak yang dirampas para penakluk empayar ini.[5]
Ia boleh digunakan sebagai bahan pewarna makanan namun ditegah dalam kalangan pemakan vegetarian serta melanggar hukum halal dan kasyrut.
Bahan pewarna ini juga dapat dimanfaatkan dalam bidang histologi untuk mengenalpasti tisu dan karbohidrat dalam kerja-kerja makmal.[6]
Pemerolehan
[sunting | sunting sumber]Serangga kaktus yang dikehendaki dibela dalam ladang-ladang nopal khas[7] sama ada dibiarkan bersarang secara bebas mahupun dipelihara dalam keranjang kecil menyimpan betina yang menarik perhatian jantan-jantan mengawan; kelompok-kelompok kokineal ini dilindungi dari sebarang pemangsaan mahupun cuaca seperti suhu sejuk atau hujan dalam persekitaran dikekalkan sebanyak 27 °C selama 3 bulan.[8]
Serangga-serangga ini dikumpul setelah tempoh ini sebelum dikeringkan untuk pemprosesan lanjut,[8] sebanyak 30% berat asal dapat dikeringkan tanpa merosakkan badan serangga.[9] Sebanyak kira-kira 80,000 hingga 100,000 ekor kokineal dapat dikumpulkan untuk menghasilkan sekilogram pewarna ini.[10]
Cecair merah keunguan ini ditambahkan bahan tertentu agar lebih menepati warna yang dikehendaki: ammonia atau natrium karbonat ditambahkan untuk mendapatkan warna merah hasil pemendakan dengan alum manakala kalsium karbonat ditambahkan untuk mendapatkan warna ungu.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ramos-Zuñoga, Rodrigo (2006). El nocheztli perdido de Autlán (dalam bahasa Sepanyol). Universidad de Guadalajara. ISBN 9789702711148.
- ^ a b c Eisner, T. (2003). For Love of Insects. Cambridge, Massachusetts: Belknap Press of Harvard University Press. ISBN 0-674-01827-3.
- ^ Armstrong, W. P. "Cochineal, Saffron & Woad Photos". Economic Plant Photographs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-24. Dicapai pada July 14, 2005.
- ^ Olson, C. "Cochineal". Urban Integrated Pest Management. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2005. Dicapai pada July 19, 2005.
- ^ Threads In Tyme, LTD. "Time line of fabrics". Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2005. Dicapai pada July 14, 2005.
- ^ Athens, G.A. "Dazzling Color in the Land of the Inca: A Centuries-old Dye Still Important in Histology Today" (PDF). Histologic. XLVI (2). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-16.
- ^ "definition of nopalry from Webster Dictionary. Accessed Nov. 4, 2009". Webster-dictionary.net. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ a b "Cultivation of Cochineal in Oaxaca". Go-Oaxaca Newsletter. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2008. Dicapai pada July 15, 2005.
- ^ Foodnet. "Tropical commodities and their markets". Diarkibkan daripada yang asal pada July 31, 2012. Dicapai pada July 14, 2005.
- ^ "Cochineal and Carmine". Major colorants and dyestuffs, mainly produced in horticultural systems. FAO. Dicapai pada June 16, 2015.
- ^ Threads In Tyme, LTD. "Time line of fabrics". Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2005. Dicapai pada July 14, 2005.