Daeng Parani
Opu Daeng Parani ibni Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibni Raja Opu La Maddusila (Raja Bugis Di Luwu) (meninggal dunia sekitar 1726) ialah saudara tertua daripada lima adik-beradik bangsawan Bugis Luwu dari Sulawesi, yang pernah menubuhkan dominasi politik ke atas para diraja di Semenanjung Melayu.[1]
Daeng Parani secara khas terlibat dalam politik Kesultanan Johor pada awal abad ke-18. Beliau terbunuh di Kedah akibat terkena tembakan semasa memimpin peperangan melawan tentera Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil).[1] Ketika kapal perang Bugis melewati kubu Raja Kecil, beliau ditembak di atas kurung kapal tersebut. Berang atas kematian penghulu mereka, orang Bugis telah melanggar kubu tersebut lantas membunuh setiap orang Kedah dan Siak yang ditemui.[2]
Makam Daeng Parani terdapat di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah.[3][sumber tidak boleh dipercayai?]
Putera Daeng Parani, Daeng Kemboja, kemudian menjadi Yang Dipertuan Muda Riau III pada tahun 1745 untuk menggantikan saudaranya, Daeng Chelak.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Salasilah ringkas Daeng Parani diterangkan menurut surat-surat diutuskan antara Raja Ali Haji dan Hermann von de Wall seperti berikut:[4]
Opu Tandri Burang Daeng Relaka | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Daeng Parani | Daeng Menambun | Daeng Marewah | Daeng Chelak | Daeng Kemasi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Daeng Kemboja | Tengku Tengah | Raja Lumu | Raja Haji Fisabilillah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Temenggong Abdul Jamal | Raja Ali Haji | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Falarti, Maziar Mozaffari (2012), "Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society", Rowman & Littlefield, ISBN 0739168428, 9780739168424, hlmn. 141. Capaian 25 Julai 2013.
- ^ "NOTES ON THE HISTORY OF KEDAH". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 14: 178. 1936 – melalui JSTOR.
- ^ Asalbayu (21 September 2008). "Jadikan Lokasi Makam Daeng Perani Produk Pelancongan". http://asalbayu-kutipan.blogspot.com. Dicapai pada 25 Julai 2013. External link in
|website=
(bantuan) - ^ van der Putten, Jan, penyunting (2007). Dalam Berkekalan Persahabatan: Surat-surat Raja Ali Haji kepada Von de Wall. Al Azhar & Kepustakaan Populer Gramedia. m/s. 344. ISBN 9799100577, 9789799100573 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). Dicapai pada 25 Julai 2013.