Bentong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Bentong)
Daerah Bentong
Lokasi Daerah Bentong di Pahang
Lokasi Daerah Bentong di Pahang
Map
Daerah Bentong yang terletak di Malaysia
Daerah Bentong
Daerah Bentong
Lokasi Daerah Bentong di Malaysia
Koordinat: 3°25′N 101°55′E / 3.417°N 101.917°E / 3.417; 101.917Koordinat: 3°25′N 101°55′E / 3.417°N 101.917°E / 3.417; 101.917
NegaraMalaysia Malaysia
Negeri Pahang Darul Makmur
KerusiBentong
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Bentong
Kerajaan
 • Pegawai daerahKhuzaidi Harun[1]
Luas
 • Jumlah707 batu persegi (1,831 km2)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah116,799
 • Kepadatan170/batu persegi (64/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
28xxx, 69xxx (Genting Highlands)
Kod panggilan+6-09, +6-03-6 (Genting Highlands)
Nombor plat kenderaanC

Bentong (Jawi:بنتوڠ) merupakan salah satu daerah dalam negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 kilometer persegi yang meliputi tiga buah mukim iaitu Bentong, Sabai dan Pelangai. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di bandar Bentong.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Bentong dipercayai bahawa dahulunya dikenali sebagai Kapong. Namun, setelah pelombong bijih timah membuka satu ban di kawasan ini, orang ramai mula memanggil Kapong sebagai "Ban Untung" bersempena dengan keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti perlombongan bijih timah itu. Akhirnya nama "Ban Untung" terus bertukar ke Bentong.[3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta daerah Bentong

Daerah Bentong ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Bentong yang berpusat di Bandar Bentong. Daerah ini terbahagi kepada tiga buah mukim, dua buah bandar dan sebuah pekan. Terdapat juga sekitar 35 buah kampung dalam daerah ini.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Bentong terletak di barat negeri Pahang, bersempadan dengan daerah Raub di utara, Temerloh dan Bera di timur, negeri Selangor di barat dan Negeri Sembilan di selatan.

Daerah ini merupakan daerah kedua terkecil di Pahang dengan keluasan 1,831 kilometer persegi. Ketinggian maksimum daerah ini mencecah 1,832 meter. Sebanyak hampir 83 peratus daripada jumlah keluasan daerah ini dilitupi kawasan hutan.[2]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199183,965—    
200096,689+15.2%
2010114,397+18.3%
2020116,799+2.1%
Pecahan etnik di Bentong - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
61.6%
Cina
  
29.1%
India
  
8.5%
Lain-lain
  
0.9%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Bentong ialah seramai 116,799 orang dengan kepadatan penduduk 64 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Purata saiz isi rumah pula dalam empat orang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 61 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak 7.2 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2] Jumlah penduduk lelaki melebihi penduduk wanita dengan beza 13 peratus. Lebih 67.9 peratus penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25.2 peratus penduduk dalam golongan muda dan selebihnya 6.9 peratus merupakan warga tua. Dalam setiap 1000 penduduk, dianggarkan sebanyak 26 kelahiran hidup direkodkan.

Agama di Bentong - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
59.1%
Buddha
  
27.1%
Hinduisme
  
8.4%
Tidak beragama
  
3.1%
Kristian
  
1.7%
Lain-lain
  
0.6%

Majoriti penduduk di daerah Bentong beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pegawai kanan PDT Bentong".
  2. ^ a b c d "OpenDOSM - Kawasanku". OpenDOSM. Dicapai pada 2023-01-03.
  3. ^ "Portal Rasmi Majlis Perbandaran Bentong". mpbentong.gov.my. Dicapai pada 30 April 2023.