Daerah Betong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Betong
Daerah Betong is located in Bumi
Daerah Betong
Daerah Betong (Bumi)
Koordinat: 1°24′45″N 111°31′30″E / 1.41250°N 111.52500°E / 1.41250; 111.52500Koordinat: 1°24′45″N 111°31′30″E / 1.41250°N 111.52500°E / 1.41250; 111.52500
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Betong
Keluasan
 • Jumlah1,547 km2 (597 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah17,014
 • Kepadatan11/km2 (28/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Betong ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang dimana merangkumi Daerah Pusa, Spaoh, Debak, Maludam, Saratok, Roban, Kabong, Betong dan Nanga Budu.[3] Sebelum ini, ia terletak dibawah pentadbiran Bahagian Sri Aman dengan nama Saribas. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Iban dengan jumlah seramai 12,492 orang.[4]

Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Betong. Daerah Betong mempunyai keluasan lebih/kurang 1,547 kilometer persegi (154,700.0 he) yang juga merupakan daerah terbesar dalam Bahagian Betong.[5] Terdapat dua daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Debak dan Spaoh.[3]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama "Betong" diambil sempena dari pokok buluh tempatan yang banyak terdapat disitu yakni buluh betong. Nama saintifik bagi buluh Betong ialah Dendrocalamus asper.[6][7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum daerah Betong terbentuk dalam Bahagian Betong, ia terletak di bawah pentadbiran sepenuhnya Bahagian Sri Aman dengan nama sebagai "Daerah Saribas". Pada 26 Mac 2002, ia telah dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Sri Aman dan telah membentuknya daerah serta bahagian baharu yang sekarang dikenali sebagai "Bahagian Betong". Bandar Betong telah dipilih sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama bandar tersebut dipilih sebagai nama bahagian.[7] Betong adalah sebuah petempatan yang amat penting dari segi sejarah Negeri Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.[7]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Sundar ialah seramai 17,014 orang.[8] Kebanyakannya Penduduk di daerah kecil Sundar beretnik Iban, dengan jumlah 12,492 orang dan paling sedikit ialah penduduk beretnik India, dua puluh orang.[8]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[8]
No. Kategori Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia Melayu 2,789
2 Iban 12,492
3 Bidayuh 116
4 Melanau 60
5 Bumiputera Lain 94
6 Cina 1,319
7 India 20
8 Lain-lain 65
9 Bukan warganegara Tiada data 59

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  4. ^ "Pengiktirafan kepada Bidayuh yang menyumbang kepada negara: KM". serian.sarawak.gov.my. The Borneo Post. 13 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-10. Dicapai pada 20 Mei 2020 – melalui Laman web Pentadbiran Bahagian Serian. Jika kita ada Bahagian Samarahan bagi Melayu, Bahagian Betong dan Kapit (Iban), Bahagian Mukah (Melanau), Bahagian Sarikei dan Sibu (Cina) dan Bahagian Miri serta Limbang (Orang Ulu) maka Serian adalah bahagian yang majoriti Bidayuh," ujar Ketua Menteri Datuk Patinggi, Tan Sri Adenan Satem
  5. ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
  6. ^ Roskov Y.; Kunze T.; Orrell T.; Abucay L.; Paglinawan L.; Culham A.; Bailly N.; Kirk P.; Bourgoin T.; Baillargeon G.; Decock W.; De Wever A.; Didžiulis V. (2019). Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist. Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X.
  7. ^ a b c "Sejarah Daerah Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
  8. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]