Daerah Dalat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalat
Cogan kata: Berakar Rumbia, Berinti Budaya[1]
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 2°44′20″N 111°56′19″E / 2.73889°N 111.93861°E / 2.73889; 111.93861
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSarawak Mukah
Lokasi Majlis DaerahDalat
PBTMajlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM)
Keluasan
 • Jumlah905.29 km2 (349.53 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (2017[3])
 • Jumlah22,100
 • Kepadatan24/km2 (63/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
96300
Pengawai daerahKueh Lei Poh
Daerah kecilOya
PekanDalat, Oya dan Sungai Kut

Daerah Dalat ialah sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Mukah, negeri Sarawak, Malaysia. Ia meliputi dari Kampung Penat ke Oya dan dari Muara Sungai Kut ke Ulu Baoh.[2] Ia memiliki keluasan sebanyak 905.29 km2 manakala keluasan bagi Daerah Kecil Oya pula 147.47 km2.

Waktu piawaian yang digunakan di Daerah Dalat ialah Waktu Piawai Malaysia dengan lapan jam lebih awal daripada Waktu Universal Selaras (UTC). Iklim di kawasan ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[4] Purata suhu 23°C. Bulan yang paling panas pada bulan Oktober, 24°C dan Januari yang paling sejuk, 21°C.[5] Purata hujan adalah 4,359 milimeter per tahun.[6]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Daerah Dalat mempunyai jumlah penduduk sebanyak 22,100 orang.[3]

Ethnicities of Dalat[7]
Kumpulan etnik peratusan
Melanau
  
59.40%
Iban
  
33.09%
Cina
  
4.73%
Bumiputera lain dan lain-lain
  
0.07%

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Hasil pertanian utama daerah ini adalah tepung sagu. 28.765 hektar (71.1 ekar) tanah pertanian digunakan untuk perkebunan sagu. Empat kilang tepung sagu di daerah ini mampu menghasilkan 75 tan tepung sagu setiap hari.[8]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta daerah

Daerah Dalat mentadbir seluruh kawasan di Daerah Dalat. Daerah ini juga mempunyai sebuah daerah kecil, Oya.

Kampung[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai kampung, rumah panjang serta taman perumahan yang terletak di bawah pentadbiran Daerah Dalat.[9]

  • Kampung Klid
  • Kampung Narub
  • Kampung Medong Hulu
  • Kampung Medong Hilir
  • Kampung Medong Sebarang
  • Kampung Kekan
  • Kampung Kekan Seberang
  • Kampung Sungai Kut Muara
  • Kampung Sungai Kut Tengah
  • Pasar Kut
  • Kampung Baru Cina
  • Kampung Baru
  • Kampung Brunei
  • Kampung Seberang
  • Taman Ceria
  • Kampung Tengah/Hilir
  • Kampung Sungai Ud
  • Kampung Tanam
  • Kampung Balan
  • Kampung Tanam Sebarang
  • Kampung Teh
  • Kampung Terus
  • Kampung Bakong
  • Kampung Kuala Tengah
  • Kampung Kuala Hilir
  • Kampung Boom
  • Kampung Senau
  • Pasar Oya
  • Kampung Penat
  • Rumah Balin
  • Rumah Duah
  • Rumah Tulu
  • Rumah Bala
  • Rumah Iman
  • Rumah Michael Chabo
  • Rumah Buan
  • Rumah Lawai
  • Rumah Langit
  • Rumah Changai
  • Rumah Simu
  • Rumah Bihai
  • Rumah Jawa
  • Rumah Balong
  • Rumah Tinggi
  • Rumah Sigah
  • Rumah Bajai
  • Rumah Ambah
  • Rumah Ahup
  • Rumah Rantai
  • Rumah Umpang
  • Rumah Balai
  • Rumah Albert Lasan
  • Rumah Ayuk anak Ujau

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 2 April 1974, Dalat telah diumumkan sebagai daerah, dengan bandar Dalat sebagai pusat pentadbiran daerah. Daerah ini berada di bawah Bahagian Sibu dan merangkumi Oya, Dalat Proper, Nanga Baoh, Nanga Tamin, Stapang, Skim Sekuau dan Nanga Pakoh. Daerah ini mempunyai 4 bandar kecil, 23 kampung dan 115 rumah panjang. Pada 1 Mac 2002, Mukah telah dinaiktaraf ke Bahagian Mukah dan daerah Dalat meliputi Kampung Penat ke Oya, dan dari Muara Sungai Kut ke Ulu Baoh. Terdapat 3 bandar kecil, 23 kampung dan 22 rumah panjang di daerah ini.[2]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan orang disini berkomunikasi menggunakan bahasa Melanau. Terdapat sedikit perbezaan bahasa antara setiap kampung, namun mereka dapat saling memahami dengan baik. Bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Sarawak, Bahasa Iban, Mandarin, Hokkien dan Bahasa Inggeris juga banyak digunakan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua sekolah menengah di daerah ini iaitu SMK Dalat (ditubuhkan pada tahun 1977) dan SMK Oya (ditubuhkan pada tahun 2004). Terdapat 25 sekolah rendah kebangsaan yang berada di bawah bidang kuasa daerah.[10]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Daerah Dalat ialah kawasan beriklim khatulistiwa (Af).

Carta iklim untuk Dalat
JFMAMJJOSOND
 
 
470
 
23
19
 
 
463
 
25
21
 
 
368
 
26
21
 
 
312
 
26
23
 
 
272
 
25
22
 
 
187
 
25
22
 
 
243
 
25
21
 
 
362
 
26
22
 
 
295
 
25
20
 
 
323
 
27
22
 
 
480
 
25
22
 
 
583
 
23
21
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: NASA[5]
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
19
 
73
66
 
 
18
 
77
70
 
 
14
 
79
70
 
 
12
 
79
73
 
 
11
 
77
72
 
 
7.4
 
77
72
 
 
9.6
 
77
70
 
 
14
 
79
72
 
 
12
 
77
68
 
 
13
 
81
72
 
 
19
 
77
72
 
 
23
 
73
70
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dalat waiting to be explored by culture, history buffs". The Borneo Post. Dicapai pada 2 August 2013.
  2. ^ a b c "Visi, Misi dan Latar Belakang". Pejabat Daerah Dalat. Dicapai pada 28 January 2011.
  3. ^ a b "Population Demography by Districts". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 4 July 2018.
  4. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification". Hydrology and Earth System Sciences. 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  5. ^ a b "NASA Earth Observations Data Set Index". NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  6. ^ "NASA Earth Observations: Rainfall (1 month - TRMM)". NASA/Tropical Rainfall Monitoring Mission. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  7. ^ "Visi, Misi dan Latar Belakang". Pejabat Daerah Dalat. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 July 2011. Dicapai pada 2 August 2013.
  8. ^ "Mukah: Dari Taman Rumbia ke Kota Bestar". Pejabat Residen Mukah. Dicapai pada 12 September 2014.
  9. ^ Pejabat Residen Bahagian Mukah (11 Mei 2018). "Senarai Nama Kampung dan Rumah Panjang di Bahagian Mukah" (XLSX). data.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Sarawak Data. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-05. Dicapai pada 20 Mei 2021.
  10. ^ "Daerah Dalat". Federation of Malaysian Consumers Associations. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2016. Dicapai pada 7 Jun 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]