Daerah Dashti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Dashti
شهرستان دشتی
Daerah (Counti)
Daerah Dashti dalam Peta Wilayah Bushehr.
Daerah Dashti dalam Peta Wilayah Bushehr.
Country Iran
ProvinceBushehr Province
CapitalBorazjan
Bakhsh (Districts)Central District, Kaki District, Shonbeh and Tasuj District
Penduduk
 (2006)
 • Jumlah71,285
Zon waktuUTC+3:30 (IRST)
 • Musim panas (DST)UTC+4:30 (IRDT)
Daerah Dashti boleh dijumpai di Pelayan Nama GEOnet, di pautan ini, dengan membuka kotak Carian Lanjutan, masukkan "9206094" di dalam borang "Unique Feature Id", dan klik pada "Search Database".

Daerah Dashti (Parsi: شهرستان دشتی) merupakan satu dari sembilan daerah dalam Wilayah Bushehr, Iran. Ia memiliki kawasan seluas 5,008 km². Pada bancian 2006, penduduk daerah ini adalah 71,285, dalam 15,465 families.[1] Penduduknya adalah Muslim dan mereka bertutur dalam pelbagai bahasa Persia termasuk Farsi dan Dashti tempatan. Ibukota daerah ini adalah Khormuj. Daerah ini terbahagi pada tiga daerah kecil: Daerah Tengah (wilayah Dashti, Daerah Kaki, dan Daerah Shonbeh dan Tasuj. Daerah ini memiliki tiga bandar: Kaki, Khormuj, dan Shonbeh.

Daerah Dashti dikelilingi oleh Teluk Parsi disebelah barat, Daerah Tangestan di utara dan barat, Daerah Dashtestan ke timur laut, Daerah Dayyer dan Daerah Kangan dan ke selatan, Daerah Jam di tenggara, dand Daerah Firuzabad di sebelah timur. Pusat kedudukan geografiknya adalah: Longitud: 51 10 - 52 10 N, Latitud: 28 10 – 28 45 E

Daerah Dashti memiliki 25 km persisiran pantai sepanjang Teluk Parsi, dengan cuaca yang kebanyakannya kering atau separa kering. Titik tertinggi daerah ini adalah Gunung Beyrami pada ketinggian 1,950 m. Petroleum, gas asli, kapur dan batu dari kuari dihasilkan secara pesat di daerah ini. Gandum, tomato, jagung, dan bijiran lain ditanam. Terdapat juga industri madu tempatan.

Gempa bumi 2013 Bushehr[sunting | sunting sumber]

Gempabumi yang kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda bandar Shonbeh dan perkampungan Daerah Shonbeh dand Tasuj di Daerah Dashti pada 9 April 2013, membunuh sekurang-kurangnya tiga puluh tujuh orang. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Banci Republik Islam Iran, 1385 (2006)". Republik Islam Iran. Diarkibkan daripada yang asal (Excel) pada 2011-11-11.
  2. ^ Iran quake kills 37, injures more than 850

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Bushehr Province Templat:Dashti County