Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Gombak)
Daerah Gombak
Transkripsi lain
 • Jawiڬومبق
 • Cina鹅唛县 (Ringkas)
鵝嘜縣 (Tradisional)
 • Tamilகோம்பாக் மாவட்டம்
Lokasi di Daerah Gombak di Selangor Darul Ehsan
Lokasi di Daerah Gombak di Selangor Darul Ehsan
Gombak is located in Bumi
Gombak
Gombak (Bumi)
Koordinat: 3°16′27.3″N 101°34′14.6″E / 3.274250°N 101.570722°E / 3.274250; 101.570722Koordinat: 3°16′27.3″N 101°34′14.6″E / 3.274250°N 101.570722°E / 3.274250; 101.570722
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatBandar Baru Selayang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Selayang
(Barat)
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(Timur)
Pentadbiran
 • Pegawai daerahNor Azlina Abdul Aziz[1]
 • Orang Besar DaerahWan Mahmood Pawanteh[2]
Keluasan
 • Jumlah650.08 km2 (251.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah942,400
 • Kepadatan1,400/km2 (3,800/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
48xxx, 52xxx-54xxx, 68xxx
Kod panggilan+6-03-41, +6-03-60, +6-03-61, +6-3-62
Nombor plat kenderaanB

Gombak merupakan sebuah daerah di negeri Selangor. Daerah ini terletak di bahagian timur negeri Selangor dan berkeluasan 650 kilometer persegi. Daerah ini juga menjadi daerah kelima paling ramai penduduk dan antara yang terpadat di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 942,400 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Baru Selayang.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Gombak bersempadan dengan daerah Hulu Selangor di utara, Kuala Selangor di barat, Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur di selatan serta negeri Pahang di timur.

Keadaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai-sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu dan Sungai Buloh.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Gombak ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Selayang di barat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya di timur. Daerah ini dibahagikan kepada empat mukim, 10 bandar dan enam pekan.[5]

Mukim Bandar Pekan
01 Batu 01 Selayang 01 Sungai Buloh
02 Kepong
03 Sungai Buloh
02 Ulu Kelang 04 Ulu Kelang Tiada
03 Rawang 05 Batu Arang 02 Batu 20
06 Kundang 03 Pengkalan Kundang
07 Kuang 04 Kuang
08 Rawang 05 Templer
04 Setapak 09 Sungai Pusu 06 Mimaland
10 Gombak Setia

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Gombak ialah seramai 942,400 orang dengan kepadatan penduduk 1,444 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 64.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India . Sebanyak 7.1 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 253,148 tempat kediaman dengan sebanyak 222,549 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 572 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 347 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 21 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 565,310
Cina 200,496
India 95,503
Lain-lain 14,121
Bukan warganegara N/A 66,970

Agama[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk beragama Islam iaitu 66.5 peratus (627,052 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Buddha seramai 18.3 peratus (172,400 orang), Hindu sebanyak 9.5 peratus (89,997 orang), Kristian sebanyak 4.1 peratus (38,928 orang) dan lain-lain sebanyak 0.9 peratus (8,261 orang). Sebanyak 4,059 orang (0.4 peratus) tidak beragama manakala selebihnya 1,703 orang (0.2 peratus) tidak diketahui status agamanya.[6]

Kawasan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Daerah Gombak meliputi empat kawasan parlimen dan 10 kawasan dewan undangan negeri.

Parlimen Selayang

Parlimen Gombak

Sebahagian Parlimen Ampang

Sebahagian Parlimen Sungai Buloh

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Senarai wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan pentadbiran daerah Gombak, Selangor.

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Negeri (ADN)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Senarai Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Gombak". www.selangor.gov.my.
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Gombak Orang Besar Daerah Gombak". www.selangor.gov.my.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Gombak Profil Gombak". www2.selangor.gov.my.
  4. ^ "Profail Daerah Gombak". Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Dicapai pada 24 Feb 2023.
  5. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
  6. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]