Hulu Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Hulu Selangor)
Daerah Hulu Selangor
دايره هولو سلاڠور
Daerah Hulu Selangor Highlighted in the State of Selangor, Malaysia.svg
Daerah Hulu Selangor دايره هولو سلاڠور yang terletak di Malaysia
Daerah Hulu Selangor دايره هولو سلاڠور
Daerah Hulu Selangor
دايره هولو سلاڠور
Lokasi Daerah Hulu Selangor di Malaysia
Koordinat: 3°35′N 101°35′E / 3.583°N 101.583°E / 3.583; 101.583Koordinat: 3°35′N 101°35′E / 3.583°N 101.583°E / 3.583; 101.583
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Diberikan
status Majlis Perbandaran
21 Oktober 2021
KerusiKuala Kubu Bharu
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Hulu Selangor
Kerajaan
 • Yang di-PertuaShukri Mohamad Hamin [1]
 • Pegawai daerahHj Musa Ranli [2]
Luas
 • Jumlah1,756.30 km2 (678.11 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah243,029
 • Kepadatan140/km2 (360/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dilihat)
Poskod
44xxx, 482xx
Kod kawasan+6-03
Pendaftaran kenderaanB

Hulu Selangor[4] ialah salah sebuah daerah yang terletak di utara negeri Selangor. Luasnya adalah 1,756 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah lebih 243 ribu orang pada 2020. Daerah Hulu Selangor merupakan salah satu daerah di negeri Selangor. Hulu Selangor merupakan kawasan Hub Automotif Negara.

Daerah ini bersempadan dengan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor di barat, Gombak di selatan, negeri Pahang di timur dan negeri Perak di utara.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta daerah Hulu Selangor

Hulu Selangor mempunyai 13 mukim iaitu:

  1. Batang Kali
  2. Rasa
  3. Hulu Yam
  4. Ampang Pechah
  5. Serendah
  6. Hulu Bernam
  7. Sungai Tinggi
  8. Sungai Gumut
  9. Peretak
  10. Kalumpang
  11. Kuala Kalumpang
  12. Buloh Telor
  13. Kerling

Berikut merupakan senarai bandar dan pekan yang terdapat di Hulu Selangor:

  1. Bandar Utama Batang Kali
  2. Bandar Baru Batang Kali
  3. Bandar Kuala Kubu Bharu
  4. Bandar Hulu Bernam
  5. Bandar Rasa
  6. Pekan Hulu Yam Bharu
  7. Pekan Kerling
  8. Serendah
  9. Bukit Beruntung
  10. Bukit Sentosa
  11. Bandar Sungai Buaya
  12. Lembah Beringin
  13. Pekan Kalumpang
  14. Pekan Simpang Sungai Choh

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Hulu Selangor ialah seramai 243,029 orang dengan kepadatan penduduk 139 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 74.9 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum India diikuti Cina. Sebanyak 4.4 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Jumlah penduduk lelaki 6.4 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 114. Terdapat 89,865 tempat kediaman dengan sebanyak 60,666 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 162 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 70 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.

Pecahan kaum penduduk (2020)
Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 174,029
India 30,889
Cina 26,336
Lain-lain 1,162
Bukan warganegara N/A 10,613

Agama[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 74.1 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 26peratus, yang terbesar merupakan penganut Hindu sekitar 12.1 peratus diikuti Buddha sebanyak 10.2 peratus, Kristian sebanyak 1.9 peratus dan selebihnya (0.5 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 1.1 peratus dari keseluruhan penduduk.[5]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 2020, terdapat banyak infrastruktur awam yang dibina di sekitar daerah ini terdiri daripada 69 industri pendidikan, sebuah hospital kerajaan, 20 balai polis dan sebuah balai bomba. Dalam sektor perniagaan, terdapat sebanyak lapan hotel yang beroperasi, 255 buah restoran dan 117 kedai runcit di sekitar daerah.[5]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu Selangor berada dalam kawasan parlimen Hulu Selangor. Terdapat juga tiga kawasan undangan negeri dalam parlimen ini iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.mdhs.gov.my/ms/mdhs/pengurusan/profil-ydp. Dicapai pada 17 June 2019. Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ https://www.selangor.gov.my/huluselangor.php/pages/view/578?mid=325. Dicapai pada 17 June 2019. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Guna Tanah". www2.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-10-25.
  4. ^ 9 Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor Diarkibkan 2007-06-16 di Wayback Machine Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Dicapai 20 November 2012.
  5. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/