Daerah Kanowit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai daerah. Untuk pekan, sila lihat Kanowit.

Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.

Daerah Kanowit
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
Pusat pentadbiranKanowit
Kerajaan
 • JenisMajlis Daerah
Kawasan
 • Total2,253.5 km2 (870.1 batu persegi)
Populasi
(2016)[2]
 • Total31,400
 • Ketumpatan14/km2 (36/batu persegi)

Daerah Kanowit ialah sebuah daerah dalam Bahagian Sibu di Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Kanowit ialah 2,253.5 kilometer persegi (870.1 batu persegi) sementara jumlah penduduk ialah 31,400 orang pada tahun 2016.[1][2] Pekan bagi daerah ini ialah Kanowit. Daerah Kanowit merupakan salah satu dari tiga daerah dalam Bahagian Sibu; daerah-daerah lain ialah Daerah Selangau dan Daerah Sibu.[3]

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Kanowit ialah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab terhadap seluruh kawasan Daerah Kanowit. Ia beribu pejabat di Pekan Kanowit.

Daerah Kanowit diwakili dalam Dewan Rakyat Malaysia oleh sebuah kerusi iaitu Kanowit dengan kod P210, sementara dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak ia diwakili oleh dua kerusi iaitu Ngemah (N49) dan Machan (N50).[4][5]

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Mengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Kanowit mempunyai jumlah penduduk seramai 31,400 orang. Daripada jumlah tersebut, 16,000 orang adalah terdiri dari lelaki dan 15,400 adalah perempuan.[2] Penduduk dalam Daerah Kanowit terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik: Iban merupakan penduduk majoriti dengan keramaian 26,500 orang, diikuti dengan Cina dengan jumlah 3,200 orang, Melayu 1,000 orang, Melanau 500 orang dan Bidayuh 100 orang.[2] Terdapat juga kaum bumiputera yang lain dengan jumlah keseluruhan 100 orang.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Dicapai 4 Julai 2018. 
  2. ^ a b c d e "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Dicapai 4 Julai 2018. 
  3. ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai 4 Julai 2018. 
  4. ^ "BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK" (PDF). www.spr.gov.my. 30 Mac 2018. Dicapai 4 Julai 2018. 
  5. ^ "P210 Kanowit". undi.info. Dicapai 4 Julai 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]