Pergi ke kandungan

Daerah Kanyakumari

Koordinat: 8°19′N 77°20′E / 8.32°N 77.34°E / 8.32; 77.34
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kanyakumari District
Melayu: Daerah Kanyakumari
Tamil: கன்னியாகுமரி மாவட்டம் (Kanniyaakumari Mavattam)
Kanniyaakumari Mavattam
Daerah Kanyakumari
Koordinat: 8°19′N 77°20′E / 8.32°N 77.34°E / 8.32; 77.34
NegaraIndia
NegeriTamil Nadu
DaerahKanyakumari
Ibu daerahNagercoil
Tehsil
  1. Agastheeswaram,
  2. Kalkulam,
  3. Thovalai,
  4. Vilavancode,
  5. Killiyur,
  6. Thiruvattar
Pentadbiran
 • District CollectorR. Alagu Meena, I.A.S[1]
 • Superintendan PolisR. Stalin, I.P.S[2]
 • Pegawai Perhutanan DaerahM. illayaraja, I.F.S
 • Pengerusi Panchayat DaerahS. Merliant Dhas
Keluasan
 • Jumlah1,672 km2 (646 batu persegi)
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah1,870,374
 • Kepadatan1,100/km2 (2,900/batu persegi)
Bahasa
 • RasmiTamil
 • MinoritiBahasa Malayalam
Zon waktuUTC+5:30 (IST)
Jalur Pantai72 kilometer (45 bt)
Ratio JantinaM-1000/F-1014 /
Literasi97.6%
Jenis PerundanganDipilih
Ahli Parlimen semasaVijay Vasanth
Kawasan pilihan raya Lok SabhaKanniyakumari
Kawasan pilihan raya dewan undangan negeri Tamil Nadu (6 M.L.A)
  1. N. Thalavai Sundaram (Kanyakumari)
  2. M. R. Gandhi (Nagercoil)
  3. J. G. Prince (Colachel)
  4. T. Mano Thangaraj (Padmanabhapuram)
  5. Tharahai Cuthbert (Vilavancode)
  6. S. Rajeshkumar (Killiyoor)
Laman sesawangkanniyakumari.nic.in

Daerah Kanyakumari , secara rasminya dikenali sebagai Kanniyakumari Mahavattam, adalah salah satu daripada 38 daerah di negeri Tamil Nadu .Ia juga agalah daerah paling selatan di tanah besar India Ia juga merupakan daerah terkaya di Tamil Nadu dari segi pendapatan per kapita, [3] [4] dan turut menduduki tempat teratas di negeri ini dari segi Indeks Pembangunan Manusia (HDI), literasi, dan pendidikan. [5] [6] Nagercoil adalah ibu dearah bagi daerah ini .

Daerah Kanyakumari mempunyai bentuk topografi yang pelbagai dengan laut di tiga sisi dan pergunungan Ghats Barat di sebelah utara. Kecuali kawasan kecil di timur bandar Kanyakumari, hampir keseluruhan daerah diapit di antara Ghats Barat dan Laut Arab .Ia merupakan satu-satunya daerah di negeri Tamil Nadu yang menghadap ke Laut Arab .

Dari segi sejarah, Nanjinad dan Edai Nadu, yang terdiri daripada daerah Kanyakumari masa kini, diperintah oleh pelbagai dinasti Tamil dan Malayalam: Cheras, dinasti Ay / Venad / Travancore, Pandyan, Chozhan dan Nayak . [7] Ia adalah sebahagian daripada kerajaan Travancore semasa zaman penjajah sebelum kemerdekaan India ; [8]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama daerah ini berasal dari nama Dewi Hindu, Dewi Kanya Kumari

Peta Travancore pada tahun 1871

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1901359,248—    
1911422,260+17.5%
1921494,125+17.0%
1931581,851+17.8%
1941676,975+16.3%
1951826,380+22.1%
1961996,915+20.6%
19711,222,549+22.6%
19811,423,399+16.4%
19911,600,349+12.4%
20011,676,034+4.7%
20111,870,374+11.6%

Menurut Banci 2011, daerah ini mempunyai populasi 1,870,374, terdiri daripada 926,345 lelaki dan 944,029 perempuan. . Bahasa Tamil ialah bahasa yang paling banyak dituturkan di daerah Kanyakumari, walaupun terdapat minoriti yang ketara (5.76%) penutur Malayalam yang tinggal terutamanya di sepanjang sempadan Kerala.

Sehingga Banci 2011, penduduk Kanyakumari ialah 1,870,374, dengan Hindu (48.7%), Kristian (46.9%), dan Islam (4.2%) sebagai kumpulan agama utama. Taluk barat daerah ini kebanyakannya beragama Kristian, manakala taluk timur kebanyakannya beragama Hindu. Kadar celik huruf di daerah ini kekal tinggi, dengan purata 91.75% pada tahun 2011 [9]

Tempat Pelancongan

[sunting | sunting sumber]

Patung Thiruvalluvar

[sunting | sunting sumber]
Patung Valluvar di Kanyakumari

Patung Thiruvalluvar, atau Patung Valluvar, adalah tugu atau arca batu ahli penyair dan falsafah Tamil yang terkenal, Valluvar. . Ia terletak di atas sebuah pulau kecil berhampiran bandar Kanniyakumari di titik paling selatan semenanjung India di Persisir Coromandel di mana dua laut ( Teluk Benggala dan Laut Arab ) dan lautan ( Lautan Hindi ) bertemu.

Air Terjun Thirparappu

[sunting | sunting sumber]
Air Terjun Thriparappu

Air Terjun Thirparappu ialah sebuah air terjun di Daerah Kanniyakumari. Ia juga dikenali sebagai 'Courtallam of Kanniyakumari'.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Jalan raya

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua lebuh raya (Lebuhraya Nasional - NH) yang berasal dari bandar Kanniyakumari. Lebuhraya Kebangsaan 44 menghubungkan Kanniyakumari dengan Srinagar di Jammu & Kashmir . NH 44 menghubungkan India Utara dengan India Selatan. Lebuh raya ini melalui bandar bandar seperti Madurai, Hosur, Bengaluru, Hyderabad, Nagpur, Jhansi, Delhi dan Jalandhar. Manakala, Lebuhraya Nasional 66 yang menghubungkan Kanniyakumari dengan Panvel (38 km dari Mumbai ) di Maharashtra. NH 66 secara kasar berjalan selari utara-selatan dengan ghats barat. Ia melalui Thiruvananthapuram, Kochi, Kozhikode, Mangaluru, Udupi, Margoa dan Ratnagiri . Nagercoil, ibu kota daerah mempunyai hubungan yang baik dengan seluruh Tamil Nadu .

Lapangan terbang

[sunting | sunting sumber]

Daerah ini tidak mempunyai Lapangan terbang. Lapangan terbang antarabangsa yang paling terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Thiruvananthapuram iaitu 76 km dari Kanniyakumari. [10]

  1. ^ "Kanniyakumari District". www.tn.gov.in. Dicapai pada 21 July 2024.
  2. ^ "New SP takes charge in Kanniyakumari district". The Hindu. 3 January 2025. Dicapai pada 31 July 2025.
  3. ^ "தமிழ்நாட்டின் முதல் 5 பணக்கார மாவட்டங்கள் இவை தான்.. கண்டிப்பா சென்னை, கோவை இல்லை".
  4. ^ "State Income chapter 2.1 Growth Imperatives" (PDF). Tamil Nadu Government.
  5. ^ Ramakrishnan, T. (17 May 2017). "Kanniyakumari tops HDI rankings". The Hindu.
  6. ^ "TN's literacy rate at new high". 22 March 2012.
  7. ^ "Keeladi Excavation – A Revelation That Rewrites The History of Tamil Nadu – Tamilnadu Tourism" (dalam bahasa Inggeris). 22 October 2019. Dicapai pada 7 September 2020.
  8. ^ "Districts Details | Tamil Nadu Government Portal". tn.gov.in. Dicapai pada 7 September 2020.
  9. ^ www.census2011.co.in [l l] Check |url= value (bantuan). Dicapai pada 1 October 2024. Missing or empty |title= (bantuan)
  10. ^ "MP seeks airport in Kanyakumari". The Times of India. 1 August 2021. ISSN 0971-8257. Dicapai pada 29 April 2024.