Daerah Kecil Debak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daerah Kecil Debak
Map of Betong District, Sarawak.svg
Daerah Kecil Debak yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Kecil Debak
Daerah Kecil Debak
Koordinat: 1°33′45″N 111°25′15″E / 1.56250°N 111.42083°E / 1.56250; 111.42083Koordinat: 1°33′45″N 111°25′15″E / 1.56250°N 111.42083°E / 1.56250; 111.42083
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Debak
Luas
 • Jumlah292.15 km2 (112.80 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah10,276
 • Kepadatan35/km2 (91/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Kecil Debak (Cina: 宁木副县, Bahasa Inggeris: Debak Sub-District) ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[2] Jumlah penduduknya ialah seramai 10,276 orang pada tahun 2010. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah kecil ini ialah beretnik Iban (51.2%).[3] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah, Debak. Ia memiliki luas sebanyak 292.15 km2.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Debak sepenuhnya dibawah seliaan Pejabat Daerah Kecil Debak. Terdapat 49 rumah panjang Iban dan sembilan perkampungan Melayu yang berlokasi di Daerah Kecil Debak pada tahun 2017. Contohnya, Kampung Dit merupakan salah satu daripada perkampungan Melayu di Debak dan Rumah Linseter di Rapong, Debak.[5] Daerah Kecil Debak ditadbir oleh seorang pegawai tadbir menyuasa; pemegang jawatan terkini ialah Nazari Bin Bujang.[6][7]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk yang menetap di Daerah Kecil Debak ialah seramai 10,276 orang pada tahun 2010. Majoriti penduduk ialah beretnik Iban. Berdasarkan, bancian Malaysia 2010, jumlah penduduk yang beretnik Iban ialah seramai 5,262 orang dan diikuti oleh etnik Melayu (4,447 orang), Cina dan Bumiputera Lain (masing-masing ialah 401 dan 35 orang), Bidayuh (33 orang), Melanau (12 orang), etnik lain-lain (11 orang) dan paling sedikit ialah etnik India (5 orang).[3]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[3]
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 10,206 Melayu 4,447
2 Iban 5,262
3 Bidayuh 33
4 Melanau 12
5 Bumiputera Lain 35
6 Cina 401
7 India 5
8 Lain-lain 11
9 Bukan warganegara 70 Tiada data 70

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan fakta sejarah, suatu ketika dahulu semasa pemerintahan Sultan Brunei di Sarawak, Debak telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran untuk kawasan Saribas (Betong). Wakil Sultan Brunei di Debak ketika itu adalah Datuk Bandar Abdul Hamid iaitu anak kepada Datuk Patinggi Kedit.[4]

Mengikut cerita penduduk asal di Debak, pada masa dahulu anak seorang pahlawan (yang bernama Datuk Ugak) dikatakan telah menjadi mangsa kepada benak atau fenomena dimana air sungai berombak besar dan ke hulu ketika air pasang yang umumnya berlaku di Sarawak,[8] berkenaan ketika sedang dia sedang mandi.[4] Apabila mengetahui anaknya terbunuh disebabkan benak itu, Datuk Ugak telah membawa pedang dan menunggu kemunculan benak tersebut. Akibat marah, Datuk Ugak telah "memotong"/menetak fenomena benak berkenaan dengan sebilah pedang yang dibawanya.[4] Mengikut komuniti di Debak, semasa menetak benak tersebut kelihatan darah yang mengalir di dalam Sungai Rimbas. Oleh itu, sesiapa sahaja tidak dapat lagi melihat fenomena tersebut, benak itu di Debak pada hari ini kerana dikatakan telah "mati" dibunuh Datuk Ugak.[4]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk yang tinggal di Debak ialah bekerja sebagai petani yang merangkumi 90% daripada bilangan penduduknya.[4] Kebanyakkannya mereka bekerja di Estet Kelapa Sawit Rimbas yang diuruskan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA). Terdapat juga penduduk berniaga dan bekerja dalam sektor awam.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  4. ^ a b c d e f g "Daerah Kecil Debak". sarawak.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-04. Dicapai pada 8 Disember 2014.
  5. ^ Pejabat Daerah Betong (2 November 2017). "Senarai Rumah Panjang dan Kampung yang Berdaftar dengan Pejabat Daerah Betong". betong.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-14. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  6. ^ "Pejabat Daerah Kecil Debak". betong.sarawak.gov.my/betongdo. Majlis Daerah Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 16 Jun 2021 – melalui Pentadbiran Bahagian Betong.
  7. ^ "Alamat / No. Telefon / No. Faks Pejabat". betong.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 16 Jun 2021 – melalui Pentadbiran Bahagian Betong.
  8. ^ Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008. ISBN 9789836294548. Dicapai pada 17 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]