Daerah Kecil Nanga Medamit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Daerah Kecil Nanga Medamit
Map of Limbang District, Sarawak.svg
Daerah Kecil Nanga Medamit yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Kecil Nanga Medamit
Daerah Kecil Nanga Medamit
Koordinat: 4°28′30″N 114°54′45″E / 4.47500°N 114.91250°E / 4.47500; 114.91250Koordinat: 4°28′30″N 114°54′45″E / 4.47500°N 114.91250°E / 4.47500; 114.91250
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Limbang
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Nanga Medamit
Luas
 • Jumlah3,012.5 km2 (1,163.1 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah7,086
 • Kepadatan2.4/km2 (6.1/batu persegi)
Demografi
 • EtnikMelayu, Lun Bawang, Cina, Iban, Bisaya , Bidayuh , Melanau
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Kecil Nanga Medamit ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Limbang yang merangkumi Limbang, Nanga Medamit, Lawas, Sundar dan Trusan.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Nanga Medamit. Daerah Kecil Nanga Medamit mempunyai keluasan lebih/kurang 3,012.5 kilometer persegi (301,250.0 he).[3] Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak di timur laut Sarawak yang juga bersempadan dengan Daerah Temburong dan Daerah Tutong di Brunei Darussalam.[3]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama "Nanga Medamit" diambil sempena sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Medamit. Perkataan nanga secara harfiah membawa maksud "kuala sungai". Nama itu bersesuaian digunakan untuk merujuk kepada masyarakat yang mendiami kawasan Kuala Sungai Medamit.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Nanga Medamit merupakan daerah kecil terbesar dalam Daerah Limbang. Ia berjiran dengan sempedan antarabangsa iaitu negara jiran Malaysia, Brunei Darussalam dimana Daerah Tutong di barat dan Daerah Temburong di timur.[3] Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di Daerah Kecil Nanga Medamit ialah Sungai Limbang, Sungai Medamit dan Sungai Medalam yang dimana hulu sungai dan kuala atau pertemuan antara lain-lain sungai terletak di Limbang.[2]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Nanga Medamit ialah seramai 7,086 orang.[4] Kebanyakannya penduduk di daerah kecil Nanga Medamit beretnik Iban, dengan jumlah 3,798 orang dan paling sedikit ialah penduduk beretnik Melanau, tiga orang.[4]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[4]
No. Kategori Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia Melayu 136
2 Iban 3,798
3 Bidayuh 37
4 Melanau 3
5 Bumiputera Lain termasuk Lun Bawang 2,764
6 Cina 118
7 India 17
8 Lain-lain 18
9 Bukan warganegara Tiada data 54
10 Jumlah 7086

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk di Daerah Kecil Nanga Medamit adalah pertanian iaitu merangkumi 80% daripada penduduk.[3] Masing-masing dalam 10% pula bergiat dalam kegiatan pembalakan dan bekerja di negara Brunei Darussalam. Kedudukan Daerah Kecil Nanga Medamit yang berdekatan Daerah Temburong dan Tutong dapat memudahkannya untuk dikunjungi oleh penduduk dari negara berkenaan khususnya apabila menjelang musim buah.[3] Kedatangan para-para pengunjung sepanjang tahun telah memberi peluang kepada para penduduk sekitar Nanga Medamit yang mengusahakan tanaman dan industri desa seperti kraftangan untuk menjual hasil ke Pekan Nanga Medamit ataupun ke Pekan Limbang.[3]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan di Daerah Kecil Nanga Medamit adalah baik. Terdapat dua buah klinik kesihatan untuk penduduk yang tinggal di Nanga Medamit, Bukit Batu, Kuala Mendalam, Melaban, Long Napir dan kampung yang dibawah Daerah Kecil Nanga Medamit.[3] Selain itu, fungsi petempatan Nanga Medamit ialah pekan pendidikan yang menawarkan pendidikan sekolah rendah hingga sekolah menengah. Sekolah di Daerah Kecil Nanga Medamit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit, Sekolah Kebangsaan Nanga Medamit, Sekolah Kebangsaan Bukit Batu, Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam, Sekolah Kebangsaan Melaban, Sekolah Kebangsaan Long Napir dan Sekolah Kebangsaan Ukong.[5] Bekalan air diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya manakala bekalan elektrik diuruskan oleh Syarikat SESCO Berhad. Sebahagiannya pula ada yang menggunakan set generator yang dibekalkan kerajaan tempatan.[3]

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Nanga Medamit dihubungkan dengan jalan raya yang dibina oleh kerajaan dan dihubungkan dengan aliran sungai.[3] Masa perjalanan ke Nanga Medamit mengambil masa sehingga tiga jam tetapi kini dengan adanya jalan raya sepanjang 22 kilometer (13.7 bt),[6] hanya mengambil satu jama sahaja. Peranan jalan darat sangat penting khususnya kepada masyarakat tani bagi membawa hasil tanaman mereka ke bandar terutama untuk dipasarkan di Pasar Tamu Limbang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ a b c M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c d e f g h i j k "Daerah Kecil Nanga Medamit". sarawak.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-21. Dicapai pada 20 November 2003.
  4. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  5. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)
  6. ^ Anak Jati Limbang (12 Februari 2000). "Ketua masyarakat mesti bersuara". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2006 – melalui KLIK.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]