Pergi ke kandungan

Daerah Kecil Padawan

Koordinat: 1°25′39″N 110°19′34″E / 1.427597°N 110.326150°E / 1.427597; 110.326150
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Padawan
Daerah Padawan yang terletak di Borneo
Daerah Padawan
Daerah Padawan
Lokasi di Borneo
Koordinat: 1°25′39″N 110°19′34″E / 1.427597°N 110.326150°E / 1.427597; 110.326150
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
BahagianBahagian Kuching
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Padawan
 • PengerusiCr. Tan Kai
 • Jumlah ahli42 orang
Keluasan
 • Jumlah1,771.3 km2 (683.9 batu persegi)
Penduduk
 (2024)
 • Jumlah303,114
 • Kepadatan170/km2 (440/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Padawan ialah sebuah daerah yang terletak di wilayah Sarawak, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Kuching yang merangkumi Lundu, Sematan, Kuching, dan daerah Bau.[2] Pekan pentadbiran bagi kawasan daerah ini ialah Kota Padawan. Ia terletak di bawah Daerah Kuching. Walau bagaimanapun, seiring dengan pembangunan yang strategik dan mampan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak, maka kawasan Daerah Padawan kini mengalami transformasi perbandaran yang sangat pesat dan lebih moden.

Padawan pada mulanya telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah kecil pada 11 Ogos 1983. Ibu pejabat bagi kawasan daerah kecil Padawan pada masa itu adalah terletak di Teng Bukap, sebelum ianya dipindahkan ke ibu pejabat baharunya di Kota Padawan. Pada tahun 1980-an, daerah kecil ini hanya mempunyai satu sistem jalan raya iaitu laluan jalan raya Jalan Padawan yang menghubungkan daripada Pasar Tapah sehingga Kampung Abang. Menjelang awal tahun 1990-an, sistem perhubungan jalan raya mula dinaiktaraf serta dilaksanakan sepenuhnya, sekaligus dapat menghubungkan antara kawasan Padawan dengan kawasan terdekatnya iaitu Kota Sentosa dan Kem Penrissen, sebelum laluan akses jalan raya berjaya dikembangkan sehingga ke kawasan Batu Kawah pada tahun berikutnya.[3]

Pembangunan daerah Padawan (yang merangkumi kawasan Kota Padawan, kawasan Landeh, Batu Kitang, Batu Kawah, Stapok, Moyan, dan sebahagian kawasan di Siburan) secara rasminya dimasukkan dalam pelan pembangunan strategik dan mampan Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) mulai tahun 2023 sehingga kini. Ianya merangkumi :

  • Pembangunan kawasan-kawasan bandar baharu yang lebih moden, bersepadu, kompleks, dan berimpak tinggi.
  • Pembangunan ekonomi yang lebih cekap dan berdaya maju.
  • Pemerkasaan dan pembangunan keusahawanan untuk golongan belia dan golongan wanita.
  • Pembangunan sistem teknologi digital termasuk transformasi teknologi kecerdasan buatan (A.I.), digitalisasi kewangan, dan memperluaskan liputan jaringan internet kelajuan tinggi.
  • Memantapkan pembangunan pendidikan rendah, pendidikan menengah, dan pendidikan pra-universiti di kawasan daerah Padawan.
  • Pemeliharaan ekosistem semula jadi serta mengekalkan keseimbangan biodiversiti alam di Sarawak.
  • Mengutamakan penggunaan teknologi hijau dan mesra alam seperti penggunaan elektrik berkuasa tenaga solar, penggunaan bas berkuasa hidrogen, serta penggunaan kenderaan elektrik (EV).
  • Menjamin dan melindungi keselamatan masyarakat komuniti daripada sebarang kegiatan jenayah dan kegiatan vandalisme.

Daerah Padawan merupakan salah satu daripada daerah yang terdapat dalam kawasan Bahagian Kuching. Dalam bahagian Kuching, hanya ada dua daerah kecil iaitu Padawan serta Sematan. Ia berjiran dengan Daerah Tebedu di timur, sempadan negara jiran Indonesia di selatan, dan kawasan Daerah Bau di barat.

Daerah Padawan mempunyai keluasan sebanyak 1,771.3 kliometer persegi (atau bersamaan 683.9 batu persegi). Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di kawasan Padawan ialah Sungai Semedang dan Sungai Serin. Kawasan tanah di sekitar Padawan adakalanya kebanyakan masih berbukit-bukau.

Daerah Padawan diletakkan di bawah 5 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam dua kawasan Parlimen iaitu:

Demografi penduduk

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk di Daerah Padawan

• Batu Kawah

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Batu Kawah mengikut etnik pada tahun 2024
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 161,120 Cina 62,890
2 Iban 58,173
3 Melayu 19,342
4 Bidayuh 20,195
5 Hindu 406
6 Orang Ulu 51
7 Melanau 43
8 Lain-lain etnik 20

• Kota Sentosa

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Kota Sentosa mengikut etnik pada tahun 2024
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 77,854 Cina 38,876
2 Melayu 21,904
3 Iban 10,735
4 Bidayuh 6,302
5 Orang Ulu 20
6 Melanau 17
7 Hindu
8 Lain-lain etnik

• Kota Padawan

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Kota Padawan mengikut etnik pada tahun 2024
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 64,140 Bidayuh 30,468
2 Melayu 19,340
3 Cina 9,185
4 Iban 5,076
5 Orang Ulu 60
6 Melanau 11
7 Hindu
8 Lain-lain etnik


Agama di kawasan Daerah Padawan

Agama di Daerah Padawan (2024)
Agama Peratusan
Kristian
  
54.3%
Islam
  
28.1%
Buddha
  
15%
Lain-lain
  
1.9%
Tidak beragama
  
0.5%
Tidak diketahui
  
0.2%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2022.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2022. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  3. ^ "Ringkasan Pejabat Daerah | Daerah-Daerah Kecil | Daerah Kecil Padawan". Pejabat Daerah Kuching. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-01. Dicapai pada 20 Julai 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]